apakah itu??haha..ia mengenai seekor anak burung
yang baru sahaja melihat realiti dunia yang sebenar....baru menyedari betapa pentingnya untuk dia berdikari sendiri selepas ditinggalkan ibubapa tercinta yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka iaitu hanya dengan mengajarnya perkara-perkara asas untuk terbang dan mencari makanan untuk terus hidup.
Si anak burung yang comel ini tidak pernah berfikir mengenai rintangan dan halangan yang harus di lalui olehnya kelak untuk meneruskan hidup tanpa ibubapanya sebagai pembimbing...semasa bersama ibubapanya, mereka tidak putus-putus menasihatinya supaya dapat menjadi anak yang baik dan pandai berdikari jika mereka sudah tidak berada disampingnya kelak....biasalah bagi keluarga burung..selepas mengajar anak unuk terbang mereka akan terus meninggalkan anak mereka...jadi sekarang dan ketika ini si anak burung yang comel ini baru sahaja bangun dari dibuai mimpi yang enak....
Dia menyedari untuk meneruskan hidupnya dia perlu kuat dan tabah kerana dia yakin dan percaya setiap perbuatan dan kesungguhan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Yang Maha Kuasa....oleh itu si anak burung yang comel ini sudah mula mengorak langkah untuk membina masa hadapan yang berjaya dan membanggakan dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan hidupnya sebagai si anak burung yang comel menjadi burung dewasa yang cantik dan pandai berdikari kelak...
Dia juga percaya tanpa usaha yang gigih masakan kelak dia dapat jadi burung dewasa yang berguna kepada kaum burungnya kelak....jadi seribu keinsfan telah datang ke dalam dirinya supaya bangun untuk memperjuangkan hidupnya walaupun dia masih lagi si anak burung yang comel.....tapi itu bukanlah penyebab utama untuknya tidak berjaya!!jadi fikir2kanlah sejenak bagaimana nasib kita jika kita mengikuti tingkah laku si anak burung yang comel ini??
0 comments:
Post a Comment