Wednesday, May 6, 2009

usul debat integriti '09

USUL
1Harga barang tanggungjawab peniaga
2Wawasan 2020 sukar dicapai
3Isu rasuah: NGO lepas tangan
4Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5PIN: Kita masih kabur
6Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9Politik Malaysia tidak telus
10Politik wang masih relevan
11Demokrasi di Malaysia semakin subur
12Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14Politik wang: beri salah tak beri kalah
15Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16Youtube menjejaskan integriti
17Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25Warga tua di malaysia terabai
26Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31Negara maju, remaja berintegriti
32Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35Program penerapan modal insan telah berjaya
36Peguam di malaysia amalkan integriti
37Politik stabil kerana integriti
38Sistem penghakiman kita sudah telus
39Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat

Gejala Rasuah :



Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan