Showing posts with label My little heart.... Show all posts
Showing posts with label My little heart.... Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

HaTi keCilku TerGanggu...


Ya Allah....
ku tadah kedua-dua telapak tanganku kepadamu.....
memohon dengan penuh rasa rendah diri...
semoga Engkau kuatkanlah hati kecilku ini.....
yang semakin hari semakin berdarah dan menjadi tidak kuat....
untuk menghadapi pelbagai dugaan kecil daripadamu....

Ya Allah....
ku mohon kepadamu...
hadirkanlah seorang insan yang mampu membimbingku ke jalan mu....
yang dapat mendengar dan memahami luahan hati kecilku ini....
supaya segala beban yang terasa di hati ini dapat dikongsi bersama...
semoga segala masalah ini dapatku selesaikan bersama...
Ya Allah...
aku perlukan sokongan dan petunjuk daripadamu...
aku semakin hari menjadi semakin lemah....
tidak sekuat seperti sang suria lagi...
jadi sebelum aku betul2 lemah sehingga jatuh tersungkur...
aku amat berharap aku mendapat penawarnya...
supaya aku dapat bangun semula dan jadi kuat seperti si badang....

Thursday, January 15, 2009

aKu kesaL....

Astaugfirullahhalazim.....
Ya Allah ampunilah aku...
hari ini entah kenapa perasaan aku sedikit berbeza...
sebelum ini aku x peduli dengan hal yang agak remeh-temeh bagi aku...
tak tahu kenapa perasaan cemburu aku timbul sedikit demi sedikit berkenaan sesuatu yang x sepatutnya bagi aku..
Ya Allah ampunilah aku...
kenapa kAU uji aku sebegini....
aku bukannya seorang yang mudah cemburu kepada seseorang...
tapi dalam pembelajaran aku x nafikan...
namun hal ini x berkaitan dengan pembelajaran...
Ya Allah pandulah aku ke jalan asal...
jauhilah aku dari Iblis jahanam itu...
lindungilah diri ini daripada perkara2 mazmumah itu...
aku mohon seikhlas hati kepadamu...
kau tahu aku ada banyak kelemahan...
jadi aku pinta...
jangan jadikan kelemahan diriku sebagai tembok penghalang ke jalanmu....
ku rintih kepadamu....
TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI...........

Wednesday, January 14, 2009

SyamSu...


syamsu.....
kerana engkau...
aku mendapat fitnah yang aku tak sangka....
kerana engkau juga la aku menjadi terpinga-pinga.....
tatkala kawan-kawan memandangku dengan seribu persoalan....
yang aku sendiri tidak memahaminya....
aduhhhhh...
apa sebenarnya yang terjadi.....
syamsu...
kerana engkau.....
aku menjadi semakin keliru....
apakah kesalahanmu....
sehingga mereka menghukummu sebegitu....
padaku kau hanyalah serupa atau sama sahaja dengan aku....
tiada bezanya dari segi maknanya batinnya....
syamsu....
apa pun yang berlaku...
aku tetap akan terus menyokongmu....
kita akan senantiasa bersama dan bersatu....
kerana hati dan perasaan kita dah menjadi satu.....
kerana itu juga la.....
matlamat kita juga satu...
hanya untuk terus bersinar dan bersatu...
syamsu...
moga Allah memberi kita keberkatan...
menurunkan inayah-Nya...
supaya hubungan kita akan terus diredhai-Nya....

Friday, January 9, 2009

PeNaT sAnGat....nak CUTI !!!

Assalamualaikum buat semua...
agak lengang blog aku pada minggu ni...aku x dapat mencoret banyak di atas kesibukan tertentu...hmm....memang penat minggu ni bagi aku dan apa yang lebih menarik sehingga ada segelintir rakan2 pendebat perasaan akan keadaan aku...sehingga ada suatu hari mereka menggosip tentang aku...
aku x ingat hari apa...haha..memalukan juga la...namun kami sekarang dah macam adik-beradik...lebih bersikap terbuka...
antara faktor yang membuat aku sangat penat pada minggu ini adalah
1) Aku masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan subjek2 sem ke 2 aku dan jadual yang begitu padat....
2) Aku penat dengan kedudukan fakulti dan library yang jauh padaku sehinggakan aku menjadi malas untuk pergi..huhu..
3) Aku juga penat dengan kesibukan diri melaksanakan tanggungjawab yang kadang2 ia membuatkan aku menjadi lemah dan tidak bermaya....
4) Aku letih dengan kata-kata daripada tenaga pengajar yang terlampau menekan sehingga aku terasa tertekan....
5) Aku penat untuk melayan kerenah orang disekeliling aku yang kadang2 membuatkan aku berasa bersalah...
6) Aku penat dengan diri aku yang masih tercari-cari diri aku yang sebenar yang agak lost sekejap akibat kepenatan yang aku alami....
mungkin ada diantara anda akan kata biasa la tu....namun padaku ak perlu melakukan perubahan..
Moralnya..
setelah melakukan perbincangan dengan rakan2 pendebat (kak mas...khairil...abg fendi...helmi...arney..)...mereka menyarankan aku supaya berilah ruang pada diri sendiri dan jangan terlalu nak fullfill orang lain punya wish sehingga diri kita terseksa...pastu cukupkan rehat...holiday is holiday...dan mereka juga berkongsi tips dan cara nak study dengan betul la dengan aku...terima kasih la kerana aku amat memerlukan...

Sunday, January 4, 2009

SambuNgaN SikiT..

Selepas sahaja acara tersebut selesai.....
kami pun telah bersepakat untuk singgah ke one utama sekejap...lepas sembahyang..makan2....pastu singgah dekat mph...wah2....
aku rasakan hari ini merupakan hari paling bahagia buat aku sebab aku dapat beli sebuah novel yang sudah lama aku idam2kan untuk membaca dan memiliknya sendiri akhirnya tercapai...sebenarnya ada dua buah tapi disebabkan sherry pun nak beli novel tu juga maka untuk tidak membazirkan duit kami pun beli sorang satu..
lepas habis baca kami tukar....alhamdulillah wa syukurlillah...walaupun tak dapat memiliki yang lagi satu tu namun dapat baca dulu pun jadi la....nanti kalau ada duit baru beli....insyaAllah...


ha..ni la novel yang aku cari2 tu...huhu....akhirnya dapat juga...sebelum ni kalau pergi kedai buku pasti habis..almaklum la terhangat di pasaran...hehe


yg ni aku pinjam dgn sherry...ni pun antara yang terhangat di pasaran sekarang...hmm..best juga la...kisah dia pasal kasih seorang abg terhadap seorang adik...

Thursday, January 1, 2009

TaHun BaRu 2009...

Assalamualaikum buat semua.....
Hari ini walaupun merupakan hari yang begitu bermakna buat satu dunia namun padaku agak membosankan..huhu...tatkala menjelang tahun baru...ramai orang akan gembira walaupun ada diantaranya menangis kerana mengenangkan dosa2 pada tahun dahulu @ mengenangkan diri masih diberi peluang oleh yang Maha Kaya untuk meneruskan hidup di bumi yang fana ini hingga ke tahun ini...alhamdulillah..
Namun kenapa aku katakan hari ini membosankan???entah..mungkin kerana suasana di UMP sunyi dan kelihatan begitu lengang....dan dengan kesihatan aku yang agak terganggu sedikit akibat terkena air hujan semalam selepas pulang daripada latihan debat....
aku batuk2 sehingga kehilangan suara...wakaka...mungkin itu salah satu yang menyebabkan aku merasakan hari ini begitu membosankan....
dan apabila badan x larat semuanya jadi x kena la...sedih betul...dan ada lagi benda yang membuatkan aku lagi naik 'fening' hari nih apabila hampir semua rakan2 sekelas aku asyik bertanyakan soalan yang sama melalui skype....'suria esok ada kelas tak' almaklumla minggu nih kan baru mula sem 2...sbb itulah ramai yang was2 samaada esok ada kelas atau tak....namun aku bukanlah lecturer nak jawab kelas batal @ tak...maaf ya kawan2....aku pun tak tahu..apa pun kalau ikutkan hati rasa diri ini tak nak ja datang untuk minggu pertama untuk sesi pembelajaran...sesi pembelajaran masih belum bermula bukan seperti di universiti lain lagi yang mula sibuk mencuri segala waktu yang ada untuk membuat kelas..mungkin disebabkan UMP masih lagi sibuk menyiapkan diri apabila tiga fakulti berpindah ke bangunan baru yang terletak berhampiran perpustakaan baru...fakulti awam...fakulti bahasa dan fakulti kimia(fakulti aku...jauh...penat sangat!!huhu).....x pa la...ada hikmahnya...nampaknya suria akan menjadi semakin slim la lepas nih..ye ker???hehe...wallahualam....apa pun aku harap sangat minggu depan ada kelainan...hope semuanya berjalan lancar dan mudah buat aku....amin...

Friday, November 14, 2008

AktIviTi MaSa CuTi..

Salam buat semua...tatkala semua rakan-rakanku sudah enak bersama keluarga tersayang..tapi aku masih lagi di sini...sayang untuk meninggalkan UMP tercinta(kononnya la..hehe)...Untuk pengetahuan kawan-kawanku sekalian dan ada sesetengah daripadanya asyik memperliku kerana masih lagi setia tinggal di UMP tatkala mereka sudah lama pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bermulanya esok....satu kelainan akan bermula dalam diriku...iaitu satu pembaharuan dalam lembaran dan perjalanan hidupku yang akan menjadi layar kehidupanku kelak. Aku dan kawan2ku akan mulai sibuk untuk menjalani latihan debat sebagai persediaan untuk pergi ke debat diraja iaitu debat antara universiti-universiti tinggi awam Malaysia yang bakal diadakan di UIA .
Latihan ini diberi nama perkampungan debat..jadual yang disediakan sepanjang sesi latihan adalah sangat padat dan bagiku sangatlah memenatkan...huhu..;P...Apa pun jikalau kita hendak berjaya dikemudian hari..perlulah kita bersusah-susah dahulu di hari ini...
bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian...bersakit-sakit dahulu..bersenang-senang kemudian...apa pun aku mencabar diriku sendiri supaya aku dapat meningkatkan lagi potensi dan yakin diri serta jadikan setiap kelemahan itu sebagai satu kekuatan untuk diriku...kerana apa???kerana kepuasan hidup adalah perjuangan...dan kepuasan perjuangan adalah kemenangan.
....WALLAHUALAM...;-)