Monday, November 9, 2009

apa komen anda klu anda tengah alami peraasaan nih????



aku makin penat n lelah....

Saturday, November 7, 2009

nak nih....sapa yg keluar...nak kirim...huhu

perpustakaan....



aku suka study kat dalam library...
entah la...
pada aku walaupun jauh jugak berjalan kaki....
tapi aku x kisah sbb walaupun aku letih n berpeluh melawan sinaran mentari terik....
tapi bila masuk dalam library sejuk macam kutub utara...
tapi aku tetap suka p library...
sbb bila aku rasa sikit penat mean kesusahan tu..
aku jadi makin bersemangat belajar sbb aku pk aku dah penat ke sana...takkan nak tidor kot...
mungkin sbb tu kot aku suka p sana....
then aku suka jugak tengok org study...
bukan nak usha ka apa..
tapi aura diowng study tu boleh sampai kat aku jugak....hehehe...
so minggu study week and exam...
aku akan sentiasa p library utk study...insya-Allah
skang pun baru ja balik...
saja nak coret skit2..nak hilagkan penat...hehehehe...

Friday, November 6, 2009

kampungku...


semalam baru habis satu paper final...
tetiba hari nih cam rindu kampung ja...
rindu rumah yg dikelilingi bendang...
rindu dgan suasana angin petang macam org cakap angin tiup mcam sepoi2 bahasa...
rindu nak naik motor...bukan nak merempit..jauh sekali...
tapi klu dok kg klu naik motor petang2 jalan2 kat bendang best sangat...
entah la...tapi aku lebih suka dok kg lagi walaupun jauh dari pusat membeli belah..tapi ketenangan yg ada tu satu nikmat la..
masa ghaya hari tu....aku ada p umah mak cik aku...dia ada crita adala cucu jiran dia balik kg utk beraya...dia org KL...then...yg lawaknya...cucu dia kejar ayam yg atuk dia bela dari ke pagi sampai petang...pastu dia duduk kat atas tanah sampai ke malam..dia main tanah...dia kata kat KL ada simen ja..sbb dok kat umah flat..tinggi plak tu...aku gelak ja..aku rasa ayam tu pasti dok menyumpah ja..penat dikejar budak tu tiap2 hari....hahahaha....
then satu lagi nikmat yg aku suka la...tyme aku pegi bendang akak aku...x jauh ngan umah aku...sbb dah lama x masuk bendang...aku pun cuba la msuk..tolong dia tanam pokok padi...org kedah cakap menyemai padi la...aku tolong skit ja...saja nak try...hehehe...almaklum la...asyik dok mengadap buku ja...hehehehe...cuba2 la nak rasa camna...takkan dok kedah x biasa kot...x mau jadi anak kedah celup...hehehehe





maaf aksi x bapa sopan..hehehe..saja nak kongsi pengalaman..hehehehe...

Saturday, September 5, 2009

KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS

KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS
Assalamualaikum, Untuk diketahui. Oleh Dr. M. Anjad Khan Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia. Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan peraturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan déficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat diEropah dan diangkut ke belahan benua>melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan ingá mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut. Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulusebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian( orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).Negera-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar. Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. Semenjak produk ? produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas. Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini.
Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi. E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904. Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini lepada saudara kita. M. Anjad Khan Medical Research Institute United States

Thursday, July 30, 2009

jom kita cegah influenza H1N1@selsema _ _ _

ha..jom kita pakat cegah!!pakai la penutup hidung...boleh jugak klu nak pakai lab coat..hehehe..
apa pun...aku ghisau ngan keadaan sekarang...dengar2 org cakap dah lebih kurang 5 org dah kena kuarantin....hmm....bila UMP nak tutup??aku rasa makin banyak owng sakit...tolong pertimbangkan kesihatan pelajar...kita perlu bersifat maslahah...apa pun aku berdoa semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT..insyaAllah..jaga kesihatan semua!!!

jom kita pakat p memanah...

salam sejahtera buat semua....
ari rabu yang lepas aku ada ko-ku...
ha...sem ni aku masuk archery...hehehe
dah lama aku berminat nak masuk...
akhirnya tercapai jugak....alhamdulillah..
best sangat pengalaman tuer...
jadi aku sarankan...sapa2 yg berpeluang masuk la...
tak rugi pun..insyaAllah...
then yang lagi best...insyaAllah...utk tahun nih...
kelab memanah..pinball...n...berbasikal akan adakan pertandingan mini event kat bukit frazer...
besar jugak sbb seluruh dunia boleh sertai...
excited jugak...tapi nih hanya perancangan...semoga ia menjadi realiti..insyaAllah..

Tuesday, July 28, 2009

seminggu berada di bumi tronoh...

assalamualaikum...
hmm-dah seminggu aku berada di bumi Tronoh-UTP..Perak..
ghaser cam dah agak lama aku meningalkan bumi UMP....
atas dasar mencintai alam sekitar...wah...hehehe...aku dan rakan2 yg lain pergi ke UTP....sbb ada debat ALAM SEKITAR'09...ni pertama kali aku masuk debat alam sekitar...memang lain dari debat biasa sbb dia ada debat terbuka....aku rasa agak teruja la sbb bnyak fakta2...bahasa yg puitis..dilontarkan...dulu masa royal tak la macam nih walaupun hakim DEB ada...hehehe


kat UTP...apa yg paling gempak???library dia yg macam dalam citer hary potter tu la paling best...
library dia sebenarnya berkonsepkan pelantar minyak...sbb kan petronas!!HEHEHE.then jumpa budak seseri,,,ha..nih iera...roommte aku dulu...bnyak la budak seseri kat sana...jelous gak tengok diowng,,,huhuhu...


ha!!nih team aku...tepi aisyah ada amira..usher kami...baik sangat...tQ...
kami p melawat kuala kangsar bandar diraja jugak...terkenal dengan labu sayung,,,...
tapi gambaq x bnyak sbb masa nih bateri enset n kamera habis...bleh ambik bapa keping pastu habis..huhuhu

Wednesday, July 8, 2009

shahrul tag-tpi aku lmbt jawab..sorry..bz!!

Sebenarnya semasa cuti aku telah di tag oleh shahrul atau shasha tapi x sempat nak reply...ha..nih la dia punya rules...
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
cerita??..hehehe..dia nih aku jumpa kat tepi jalan ja..hehehe..tak la..aku jumpa kat kelab orator masa mula2 nak masuk debat...dia ngan aku adalah teammate waktu first tournament yg aku join...royal-08...dulu dia selalu buat aku nangis...nak tau sbb apa??sbb mulut dia macam lazer skit...hahaha....dia nih cakap straight ja....x ada bengkok2...tapi dia pun sensitive gak...aku tau..tapi sebenarnya ada hikamahnya..skang aku dah immune dah ngan dia...mean-dah x nangis dah..dah boleh caras dia balik..hahaha...terima kasih shahrul!!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1)selalu mengamalkan dasar jangan meninggi diri walaupun kita lebih atau kurang dari org lain sbb yakin dan percaya.,..setiap org ada kelebihan masing2 dan hidup nih macam hukum karma..
2)suka jalan2 n shopping klu ada duit-selalu kena marah ngn mak..huhuhu
3)sangat suka chocolate n mencuba makanan best...sbb tu berat aku..hmmmmm...hehehe
4)suka belajar dari kejayaan org sebagai pembakar semangat
5)sangat x reti menyanyi dan susah giler nak ingat lagu-fail
6)suka dengar org nyanyi sbb kagum dengan suara-satu kurniaan yg agung
7)nak kawan ngan semua org..semua kaum...sbb kat situ boleh tau serba sikit kehidupan diowng...
8)tembam...makin berisi..sbb berlaku pertumbuhan.hahaha
9)nak makan spageti atas flight lagi...insyaAllah..skang kan influenza A H1N1
10)nak enjoy dalam semua aspek kehidupan..

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog..tapi nak letak 7..hehe
1)adnor alhaimi-amyville-97
2)nurul aidilla
3)nur zalika zaini
4)helmi-heliumboy
5)haziatun
6)suharti
7)eqa-mocqa

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

malam bersama junior debat baru-09

malam nih orator yg terdiri daripada tiga kategori....bahasa arab..bahasa melayu dan bahasa inggeris menerima pendebat baru yang akan meneruskan dan membangunkan institusi debat UMP...insyaAllah...
malam nih hanya beberapa orang sahaja yg hadir...aku kira mungkin disebabkan oleh masalah cuaca iaitu hujan...tak apa...rezeki mungkin di lain hari...apa pun malam nih..kami x memberatkan keadaan..
kami beramah mesra dengan 'break the ice' dulu..then diteruskan dan diakhiri dengan game....kami mahu jadikan debat bukan satu bebanan tapi tempat utk tambahkan ilmu...
tempat belajar utk mengasah minat dan menambah hobi baru...dapat kawan sambil enjoy2...apa yang penting adalah 'enjoy'...so nih la respond kami masa main regu..hehehe..bagus2...

dah update dah...

Assalamualaikum.....
maaf la lama tak update...bz..huhuhu...
kan masuk sem baru...
hmm..dah tahun dua dah...hai cepatnya...tapi yang bestnya...abg aku ingat aku dah tahun tiga...hahaha...dia cakap aku macam dah lama giler kat UMP...adui...maklum la aku klu cuti x la selalu sangat balik umah...
sebenarnya sem nih sangat though skit bagi aku...mencabar la...
yang pertama...aku telah dinasihati oleh seorg lectrr yg sem dua adalah tahun yg sangat though antara semua tahun...then, aku sedikit kesal akan usaha aku yang agak last minutes sem lepas...yang membuatkan aku hanya score so-so ja....tapi bukan x bersyukur...alhamdulillah...cuma x dapat buat mak aku gembira...dia dah mula risau akan aku...maaf mak...huhuhu...jadi sem nih aku lebih mendisplinkan diri aku supaya lebih berfokus atas apa yg aku lakukan...aku lebih pentingkan apa yg perlu aku dahulukan dan aku x mau buat sesuatu yg membebankan diri...nak epy sokmo...insyaAllah...
then..skang aku dok kat c15404...hmm...masa kawan2 tau aku dok sini...semua cakap dua benda...1)masalah air yg critical..2)masalah wireless....so betul la...aku x marah pun...cuma aku bersyukur sangat dengan apa yg aku dapat...sbb..klu muhasabah diri balik....dulu aku dok c1gf08...dulu hidup agak mewah sbb x yah naik tangga..masalah wireless pun x ada sangat...x jauh dari tempat kuliah...skang aku dah merasai apa yg kawan2 aku rasa dulu...CAMNA diowng datang lambat sbb agak jauh...so..inilah hikmah yang paling besar yang aku nampak....jadi kesimpulannya hidup ini macam roda..kadang2 diatas..kadang2 dibawah..bersyukur sangat...

Saturday, June 13, 2009

rezeki ada dimana-mana.....kini aku berada di UNIMAS

Assalamualaikum semua...
kiranya dah lama aku sudah tidak mengupdate blog aku...
makin lama aku menjadi makin malas...tidak senafsu mula2 aku membuat blog...
tapi tak apa..aku akan cuba berkongsi cerita hidupku di dalam blog ini kembali...hehehe
alhamdulillah ku panjatkan kepada Yang Maha Esa...
aku di beri peluang pergi ke UNIMAS....
kali ini aku bersama-sama team UMP pergi ke sana atas tiket pertandingan DEBAT PERPADUAN...sebenarnya tipu la klu aku katakan jika aku x gembira pergi ke sana...
salah satu sebab yg terpenting ialah naik 'flight'...seumur hidup aku x pernah naik 'flight' lagi...
almaklum la..duduk kat semenanjung ja...mana la berpeluang naik flight lagi...klu nak p mekah buat haji pun x tau bila lagi..nak belajar kat oversea family x bagi...nak melancong ngan family???hmm..t la bila aku dah kerja....so peluang keemasan ini amat menarik la buat akunih aku masa kat air-port masa dah ada kat dalam 'flight'....dok sebelah Jumain

dan yang ke dua....aku dah berjanji ngan asfa...kalau berpeluang aku dapat pegi UNIMAS...dia nak bawak aku pusing sarawak...hehehe...mulut dia masin jugak...dapat aku sampai ke sarawak bumi kenyalang ni...
first sekali...aku risau jugak la sbb aku jer sorang pempuan kat dalam team nih yg pegi..yg lagi 5 semuanya lelaki...tapi alhamdulillah..semuanya baik2 belaka...walaupun muka korang nih ada macam2 jenis...hai nak cakap pun x sanggup....tapi statement dalam van tuer paling kelakar..."klu hisap rokok bukan perogol tak apa"....adui..hahaha...by the way..thanks U allz...hehehe...hahaha..kami sampai kat sarawak kul 10.30 am..2 jam sahaja perjalanan...hmm..aku sebenarnya takut pada ketinggian...masa flight dah start naik..rasa takut sangat...giler2 punya la...Allah ja tau tyme tu....nak ja aku bukak yassin tyme tuer tapi sebelah aku orang cina la plak kan..so control n selawat ja la...sepanjang kat dalam flight tuer..flight asyik goyang2 ja..adui..bagi yg first tyme cam aku nih cam risau gak la...tapi bila tengok jumain relax ja..aku pun jadi relax la..thanks jumain...hehehe...tapi best la....pengalaman dalam hidup..then bila dah sampai..aku kena jadi pegawai pengiring UMP...mula2 ingat dia tak asingkan aku ngan diowng...tapi semua pegawai pengiring n hakim duduk kat hotel...luar UNIMAS...sure la aku tak nak...aku bukan apa...aku rasa cam terpisah jauh ngan bebudak tuer la plak...then x boleh nak ngam dengan pegawai2 dari U lain...rasa double standard la plak...
so aku x kisah...aku cakap ja ngan urusetia dia yg aku nak menginap ngan budak2 debat lain...sbb aku datang sini nak belajar n mantapkan lagi debat aku...so alhamdulillah aku dapat...aku pun disokong oleh puan rozita dari UMT...thanks puan....kelam kabut jugak la diowng tapi jap jer...sorry korang semua...
Hehehe...nih yang paling kelakar...disebbkan semalam aku x cukup tidor....dengan perjalann yg amat penat dan x rehat pun petang tuer...so aku pun pengsan la dalam bilikku..sorang2 la plak...klu masa kat debat lain aku selalunya duduk ngan kawan la...kak mas..kak nadia..ka...yg kesiannya...aku silent enset plakkan...kesian bebudak tuer risaukan aku sbb x dapat contact aku..adui...maaf sangat...memang dah x sedar diri...
nih gambar masa diowng debat hari nih...smart gler..tema-merah hitam..hahaha...aku pun join jugak...pakai jubah hitam nak geng jugak...sampai org tanya sapa yg masuk sebenarnya nih...hahahaha..then kat sini jumpa kawan2 baru...LO kami-kak izzah..then kak siti dari KUIN
apa pun GOOD LUCK kowang!!!

Wednesday, May 6, 2009

usul debat integriti '09

USUL
1Harga barang tanggungjawab peniaga
2Wawasan 2020 sukar dicapai
3Isu rasuah: NGO lepas tangan
4Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5PIN: Kita masih kabur
6Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9Politik Malaysia tidak telus
10Politik wang masih relevan
11Demokrasi di Malaysia semakin subur
12Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14Politik wang: beri salah tak beri kalah
15Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16Youtube menjejaskan integriti
17Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25Warga tua di malaysia terabai
26Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31Negara maju, remaja berintegriti
32Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35Program penerapan modal insan telah berjaya
36Peguam di malaysia amalkan integriti
37Politik stabil kerana integriti
38Sistem penghakiman kita sudah telus
39Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat

Gejala Rasuah :



Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan

Wednesday, April 29, 2009

AkhiRnya..Final Dah Habis...


Tanpa diduga dan disangka....
Walaupun dah tahu....
Tapi penantian sudah pun berakhir.....
Penantian untukku pulang ke rumahku...
Kangan rasanya hati kecilku mahu pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta....
Ya Allah selamatkanlah perjalananku nanti.....
Walau pada asalnya.....
Aku tidak dapat pulang ke rumah....
Memandangkan permohonanku untuk menjadi fasilitator MINDS'09 berjaya....
Jadi perlulah aku menghadiri kem Pra-MINDS bermula 1-4 Mei...
Ditambah pula...
Pada 2-4 Mei pula ada bengkel bagi expoconvo'09...
Adui....
Macam mana ni????semuanya clash...
Then....6-9 Mei pula ada kem debat UMP...
Jadi bila pula untuk aku balik rumah??
Jadi...
Pada minggu final exam...setelah berfikir panjang....
aku mengambil keputusan untuk menolak menghadiri bengkel dan kem tersebut..
Kerana apa???
kerana aku tidak tahan melihat kesayuan wajah ibuku yang rindu akan anaknya ini...
seperti mana aku merindui keluargaku....
maka..sebagai anak....tidak akan sesekali aku akan mementingkan diri sendiri....
Jadi tidak ada sesiapa dapat memujuk aku untuk tidak balik hanya kerana untuk menyertainya...
Keputusan hanya diantara aku dan Dia....
Dia tahu apa yang terbaik untukku...
Muktamad!!!!



Friday, April 24, 2009

sepetang bersama....mengukir kenangan...

nampaknya sem 2 sudah hampir sampai ke penghujungnya...
hari ini..hari JUMAAT...
sebanyak 3 buah fakulti sudah menghabiskan final exam mereka....
dan hari ini juga kebanyakan mereka sudah pun pulang ke kampung masing2...
begitu juga dengan salah seorang teman sebilikku...dia pun bakal akan pulang..
jadi pada hari ini...
aku mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar di pantai Teluk Cempedak bersama mereka buat kali terakhir untuk sem ini....
sem depan aku sudah berpindah bilik dah sudah tidak bersama mereka lagi...huhuhu...
jadi.....
sepetang bersama-sama dengan teman sebilikku.....
menghabiskan sisa yang ada bersama-sama...
adalah sesuatu yang indah dan akan ku tambahkan dalam galeri kenangan buatku....

nih gambar masa bertolak...
asfa jadi driver....fahna assistant.....eja tetamu kami...dan aku...apa ek???entahla..penyibuk kot...hehehe


hai...
almaklum la bertolak dalam pukul 12.30 tghari....
selepas ja aku habis test analytical chemistry yang agak susah tu...huhuhu...
mesti la belum makan...jadi sampainya di sana...kami pun solat then makan beralaskan pepasir putih...dengan view yang menarik...lagi la best!!!


nih la roomate aku...sebenarnya kami berempat...
tapi cuma bertiga ja yang dapat bersama...
biar aku kenalkan...
yang baju hijau tu aku...hehe...
yang baju hitam tu wan nur farhana...panggil farhana....
then yang kat tengah2 tu namanya hasfaresah...panggil asfa...

kami semua nih sebenarnya pantang nampak kamera....klu suruh stop n count 1..2...3..
mesti ada ja gaya...hehehe...
apa pun..thanks to you all...
akan ku ingat segala pesanan korang terhadapku...terutamanya farhana la...
klu dia pesan...macam akak aku kat rumah...
tapi asfa ngan farhana memang akak aku pun...
mereka tua setahun dari aku...
tapi nampak seusia ja ngan aku...hehehe
so...please forgive me if i do anything wrong...
i wish a very good luck n always happy with ur life...
daaaaaaa......
lalalalala......

kerana mu mee kari cendawan.....

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
keranamu mee kari cendawan....
aku dan rakan2 sebilikku sanggup berbasikal pergi ke sana untuku menikmatimu...hahaha..
kedai makan ini hanya terletak kira2 500 meter sahaja daripada UMP....
walaupun minggu ni adalah minggu exam...
tapi dek kerana ingin melepaskan stress selepas menjawab paper engineering mechanics....
aku memaksa teman2ku ke sana....
gigih!!!!
tapi sangat best.....hehehe...
lagi mengkagumkan.....
walaupun aku mempunyai lesen motorsikal dan teman2ku mempunyai lesen kereta...
namun kami memilih basikal sebagai alternatif terbaik untuk ke sana...
walaupun penat....tapi berbaloi...
cubalah ek!!!

Thursday, April 16, 2009

Hai dah nak exam dah...nak habis dah sem 2!!

Assalamualaikum.....
dah lama dah aku x update blog ni....
tapi sekarang...inilah perasaan aku minggu ni...
sangat pening....stress...
almaklumla minggu study week....




apa pun aku berharap segala usaha aku akan dapat diberkahi oleh Allah SWT....
semoga aku dan rakan2 dapat buat terbaik pada final ExaM t..insyaAllah...
mataufiqwannajjah.....

Saturday, April 4, 2009

k-saintis'09

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....
Sempena mengangkat tema k-sainstis II pada tahun ini iaitu
Kecemerlangan Sains & Teknologi
Pemangkin Ummah....
Jadi dengan mengadaptasikan hiburan nasyid sebagai salah satu medium berdakwah...
K-saintis II pada tahun ini membawakan khas kumpulan nasyid terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Rabbani
kepada warga UMP dan juga tetamu2 yg dijemput khas daripada luar UMP....

aku dan abg adam diberikan mandat sebagai juruhebah pada malam itu....
gambar ni masa interview utz Asri & utz Azdan...
sporting habis..tapi utz Asri x berapa sihat....

masa mereka buat persembahan....
adik2 pun diajak sama....
ada juga penonton diajak menyanyi bersama then dapat hadiah cd terbaru rabbani dan majalah asuh...nak juga..

aku dan abg adam pun bersama-sama menyanyi dengan Rabbani...
masa akhir konsert diowng

aku ngan kawan mengambil kesempatan mengambil autogaf daripada kump rabbani...
sebenarnya org yg membeli produk mereka ja yg boleh meminta autograf....
tapi disebabkan aku ni special skit...hehehe...
boleh la aku mintak atas buku ja..

Wednesday, April 1, 2009

Pengalaman dikejar monyet dan konco-konconya.....

Tadi aku dan dua orang rakan keluar untuk renew lesen...
selepas itu, kami pergi baiki printer aku yang mengalami sedikit komplikasi...
sambil menunggu untuk siap...
jadi kami pun pergi ke Pantai Teluk Cempedak...
sambil-sambil nak makan angin di sana...tetiba...
ketua kepada monyet dan konco-konconya sudah menanti kami....
x friendly langsung..huhuhu...
aku ingat monyet2 tu baik...
masa sampai ja kami di jambatan tu...semua monyet2 tu turun dan kejar kami sampai ke tepi pantai...
sebab kami tengah makan buah masa tu...
mungkin monyet2 tu lapar sangat kot...
agak kecut perut juga la...huhuhu...lepas habis makan aku tekad
untuk harungi monyet2 itu...
hehehe...takut2 berani....tapi akhirnya kami berjaya...hehehe
alhamdulillah....


kedua-dua kami sebenarnya sama-sama suka lihat keindahan pantai.... kebiruan air laut, deruan ombak memukau hati kami sehinggakan kami sanggup harungi monyet2 yang tidak berapa senang dengan kehadiran kami...



Apa pun aku amat suka pantai.....
Ciptaan Yang Maha Esa amat terserlah di situ....
Kebesaran-Nya sungguh menakjubkan.....
MasyaAllah...

Monday, March 30, 2009

Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April....

KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.

Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.

"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.

Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.

kem pemantapan ruhiyyah'09

Assalamualaikum dan salam mujahiddah buat semua.....
Pada hari jumaat yang lepas....aku mengambil kesempatan untuk menyertai perkhemahan....
Walaupun pada mulanya berlaku banyak halangan dan sedikit komplikasi...
namun jika itu sudah takdir-Nya....
tertulis qoda' dan qodar-Nya....
akhirnya aku dapat menghabiskan masa hujung minggu ku disana...
Alhamdulillah...



*gambar-gambar ini hanya hiasan semata-mata...sekadar menceriakan blog!!!

Tuesday, March 24, 2009

nak makan sedap2 boleh??

Lepas kelas thermo tadi aku sangat lapar....kelemahan aku jika dah lapar susah nak study....hehehe....alasan kan????tapi betul!!!jadi tadi untuk hilangkan lapar aku pun bergerak-gerak la pergi cari makanan untuk mengisi perut yang kosong....namun nasi juga yang membuatkan aku kenyang....alhamdulillah...nasib baik ada hamba Allah ni yang baik hati memberi aku makan....hehehehe...akhirnya dah berhenti merungut....dan sudah boleh sambung belajar kembali.....hehehe

presentation week....

hari ni aku kena buat dua presentation...satu mengenai malaysia study....then lagi satu mengenai analytical chemistry.....alhamdulillah....semuanya berjalan dengan baik...thanks lot to all my group members!!!


ni time kena buat presentation untuk projek electric technology......terima kasih Puan Siti Kholijah...kamu sangat sporting n baik dgn kami semua....semoga kamu dapat melahirkan puteri kesayangan kamu dengan selamat....amin

Saturday, March 14, 2009

konsep sabar menurut Islam

Menurut syariat Islam........
Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu
keadaan yang tidak disenangi oleh manusia
serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.
Terdapat lima tahap kesabaran yang perlu
diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika
berperang menghadapi musuh atau
berjuang menjalankan dakwah Islam
kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu
menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau
ujian penderitaan seperti Allah memberi
ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam
kehidupan seperti pendapatan yang
semakin berkurangan, tanggungan yang
semakin ramai dan harta benda hilang
dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan
supaya berwaspada menggunakan
kesenangan yang ada untuk dibelanjakan
pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang
diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan
Ramadan dan kesabaran meninggalkan
segala amalan yang diharamkan oleh
Allah seperti memfitnah dan mengumpat
orang lain.....
Kepentingan sifat sabar kepada
seseorang Islam dan masyarakat Islam.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam
menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan
diri yang berterusan dan tidak mudah
putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha
untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah
kerana mereka mengetahui bahawa
Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:
i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa
kerana dia menginsafi bahawa semua
yang berlaku adalah daripada ketentuan
Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan
reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu
masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.
Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan syariat Islam ketika
menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa
ke atas takdir dan ketentuan Allah yang
diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah
SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan
yang pernah dilakukan pada masa
lalu....

Dua sebab Allah menurunkan
pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar
ikhlas beriman kepada Allah dan
bagi memastikan golongan yang purapura
beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah di dalam mencipta
alam ini.
Di dalam menghadapi ujian Allah terdapat
cara yang berbeza dilakukan oleh
orang beriman dengan orang yang kufur.
Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman
ketika menjalani ujian Allah ialah.....
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang
dan tabah.
Tindakan yang dilakukan oleh orang yang
kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:
i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan
menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah
kerana mereka berpendapat Allah tidak
menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan
kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya
dapat diselesaikan dengan apa
cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah
musnah dan kehidupannya tidak berguna
lagi....
post kali ini aku tujukan khas buat seorang insan atau hamba Allah yang aku amat kasihi....
insyaAllah....semoga ia dapat membantu anda...

malam penghayatan maulidurRasul 2009/1430H

Inilah krew-krew penggerak disebalik takbir......
'Kelab Kebudayaan UMP' kecuali aku.......hehehe


Ni plak 'CHOT'.....nama sebenar dia agak panjang la...sy pun x ingat......
syukran ya Chot....
bnyak membantu ana pada malam tu...

Ha!! ini la pasangan ana malam tu.....
nama dia Nabil.....
sebelum ni x pernah kenal pun..sy ingatkan Nabil raja lawak....haha
tapi nih Nabil versi Ustaz....jangan marah ek Nabil!!!

KAK AINUL pun cibuk menggunting.....Caiyok!!!

sebelum majlis bermula....tengok tu!!!ada JUMAIN


Friday, March 13, 2009

majlis penutupan pecima'09

Assalamualaikum dan salam keberkatan buat kesemua sahabat-sahabat yang dikasihi....
Nampaknya sudah agak lama aku berhenti sebentar daripada mencoret alkisah hidupku didalam blog ini.....
Namun tidak mengapa......
Hari ini merupakan hari penutupan program PECIMA'09...
Pada malam ini aku diberi mandat untuk mempengerusikan majlis......
Alhamdulillah......
Aku bersyukur aku dapat buat yang terbaik.......
seperti selalu walaupun tidak sesempurna mana......
Cuma aku agak terkilan kerana sambutan yang diberikan terhadap proram ini tidakla seperti yang diharapkan....
Agak menyedihkan sekali....
Tapi x mengapa....
Setiap perjuangan yang dimulakan pasti akan diakhiri dengan kejayaan walaupun bukan sekarang....
InsyaAllah....aku percaya....
Pada besok hari pula......
aku diberi sekali lagi kepercayaan untuk mempengerusikan lagi satu majlis sempena sambutan MaulidurRasul.....
Semoga aku mendapat keberkatan daripada-Nya untuk buat yang terbaik sempena hari yang mulia ini...
Amin....
Tunggulah perkembangan pada besok hari pula.......







Tuesday, March 3, 2009

sekadar menghiasi blog...

pelajar kejuruteraan kimia(bioteknologi)-k27(2008-present)



suka sangat gambar nih...almaklumla ada kat depan sekali..hehe


gambar-gambar lain yg x kurang menariknya...


ahli-ahli jawatankuasa pelajar kolej kk3 2008/2009


Friday, February 20, 2009

BluR

Assalamualaikum dan salam persahabatan buat semua......
Ahamdulillah.....
aku berasa amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus mencoret.....
Coretan aku kali ini hanya sekadar untuk membuat rumusan mengenai diriku sepanjang perjalanan minggu ini....
Selepas debat NC...aku meneruskan lagi pembelajaran seperti biasa....
Tapi ada sedikit kekesalan kerana aku terpaksa ponteng satu kelas pada pagi Isnin kerana kepenatan yang melampau....
Ia adalah sejarah pertama buat aku kerana aku masih belum pernah ponteng kelas sebelum ni....
Apa yang menariknya...
kesemua rakan2ku tahu bahawa aku tidak hadir ke kelas pagi tu...
Mereka asyik mengejek aku...'SURIA PONTENG'..huhu
Aku sangat menyesal tapi aku yakin ada hikmah disebalik kejadian...
Ini mengingatkan aku supaya lebih bersedia pada masa hadapan....
Seterusnya,
Pada mulanya minggu ini aku akan menduduki 4 exam tapi jadi dua kerana ada sedikit masalah...
Hari khamis lalu aku telah duduki peperiksaan 'Pengajian Malaysia'.....lawak skit pasal exam nih..
Yang lawaknya aku ingat pagi tu puan buat kuiz jer sbb aku faham macam tu...tengok2 dia buat terus test 1...terkejut disitu...tapi nasib baik aku dah buat persediaan...
Then, tyme tengah bersedia nak jawab soalan plak...tetiba puan cakap anda semua boleh rujuk nota anda sebab open book...aku lagi la terkejut..
Alhamdulillah sangat pada pagi tu walaupun penuh kejutan namun aku masih steady.....
Kemudian hari jumaat plak...
bersedia untuk jawab test 1 analytical chemistry plak...
Jujur aku katakan walaupun sudah 4 chapter aku sudah belajar namun aku masih belum betul2 faham apa sebenarnya contentnya....
aku pernah mengadu kepada lecturer mengenai masalah aku...
namun beliau hanya mampu cakap...awak kena belajar dalam study group..x boleh sorang2...
jadi aku pun belajar la dalam kumpulan...
alhamdulillah...
aku dapat jawab soalan2nya walaupun tidak la sempurna mana...
amin..
moralnya...
walaupun aku sedikit tertekan dengan diri pada minggu nih...
namun aku pasrah kerana semua yang berlaku sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Mengetahui....
Dia tahu apa yang terbaik untuk diri ini...
Jadi yakinlah dengan ketentuanNya...
amin...

Sunday, February 15, 2009

i Have Been Tagged by 'CikGu'

Tatkala aku sibuk2 buat laporan dan sedikit komen pasal debat NC semalam...tetiba aku terpandang kotak chatting warna oren sebelah kiri....wrote that..
namie:i have tagged u...hehe...
So...dah alang2 tu aku jawab terus la tag cikgu takut t aku terlupa n x sempat...
Hmm...mula2 kena citer skit pasal pemberi tag ini...
nak citer apa ek!!!ada sapa nak tolong????x ader..
x pa la...kenal di debat orator ump..
mula2 ingat junior sbb jarang nampak dia mock pastu selalu dok sorang2 kat belakang tapi agak tersentap time dia bagi komen sbb suara dia...faham2 sendiri ek...pastu ingat dia memng pendebat sekolah la nih dulu...
ada gaya..hahaha...
pastu baru tahu dia senior...haha oppss...then apa yang menarik pasal cikgu nih...dia seorg pendengar dan penjelas yang baik...sabar sangat terutamanya tyme bersama-sama dengan kami tyme astar....suka panggil dia cikgu sbb couple dia cikgu wanna be kat upsi...sesuai...then suka tengok dia berdebat...memang betul2 macam cikgu yang menjelaskan kat anak muridnya yang sebelum nih diowg tersalah jalan...respect giler...

1) Anda rasa anda hot??
Untuk jawab soalan ini...jika ya dia adalah org yang perasan..haha...then untuk tidak dia adalah org yg tak menghargai dirinya....kerana apa aku cakap camni???sbb padaku setiap orang Allah jadikan ada kelebihan masing2...maka jika dia menggunakan kelebihannya ke jalan yang sebaiknya maka dia dengan sendirinya akan terhot sendiri...hehe

2)Uplode gambar kegemaran???



3) Keistimewaan gambar2 ini
adalah sbb bila aku fikirkan mereka2 yang ada dalam gambar nih..
Membuatkan aku terfikir betapa kerdilnya diri ini berbanding mereka ini...
Di sinilah aku kenal erti ikatan kekeluargaan walaupun jauh dari keluarga...
Bagaimana kegigihan mereka memotivasikan aku tatkala aku tercundang...
Bagaimana hadir dalam hidup aku juga erti sahabat...
Yang perlukan kejujuran...macam2 ada...
Inilah keistimewaannya yang bukannya hanya 2 keping gambar...
4) Kali terakhir makan pizza
Tyme latihan debat astar....konvoi motosikal ke mega mall..x sangka i can do it...
5)Lagu terakhir dengar
x ada lagu terakhir sbb tyme nih tengah dengar lagu al i'tirof by Halddad Alwi..
6) Apa kamu buat selain jawab tag
Hmm...layan lagu nasyid yg menenangkan...hehe...selain tu...x buat apa2 gi sbb aku memang fokus nak update blog skang..so x fikir la plak nak buat kerja lain..
7) Selain nama kamu sendiri..apa lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu
Nama ku hanya 5 perkataan..
so majoriti panggil nama suria atau yang nak skema panggil nama suria bt mahmud...
tapi apa yg bestnya ramai yang senang nak ingat nama penuh aku...mungkin sebb nama aku pendek kot..
Keluarga panggil nama ku 'Ya'....
yang menariknya bila diowg panggil aku akan jawab balik namaku...'ya'...hehe
Anak2 buah panggil 'mak cik'
Tapi orang2 yang kira akhrab,rakan2 baik dan selalu ngan aku selalunya panggil aku 'sue'
Tapi x ada la lelaki panggil aku sue kecuali abang aku...
aku pun geli klu diowg panggil aku sue...warning keh!!
Akak2 n abg2(senior2) selalunya panggil aku adik suria
Adik2 plak panggil akak suria
Ada yang saja2 panggil sunshine..matahari...
8)Tag 5 orang
-abg azwan
-shahrul
-abg najmi
-eqa
-iqrack
9)Siapa no 1
Seorg diva debat yang disegani semua pendebat...haha...propa...
beliau adalah seorang abg yang x pernah meninggi diri..sangat2 humble...
penuh dengan sifat2 yang perihatin dan ambik berat terhadap orang lain..
suka berkongsi ilmu...teguran yg penuh kebenaran padaku la...
10)No 3 ada hubungan dengan siapa??
Dengan cikgu wanna be dari Upsi..hehehe..maaf ya cikgu....sengaja letak no 3...kiki
11)Katakan sesuatu berkenaan no 5
Iqrack nih seorang rakan matrik aku....rakan sekelas yang senyap kalau x kenal...haha
12)Bagaimana dengan no 4
Sahabat yang sangat perihatin dan faham mengenai komitmen masing2...
Thanks a lot...
13)Siapa pula no 2
Teammate tyme royal n astar....
selalu psyco aku...sbb dia aku skang dah kurang psyco...
pernah buat aku nangis giler2 depan dia...malu giler tyme tu...haha...
tapi dia antara teammate aku yang faham diri aku..

KepuTusaN DebaT NC UMP 2009


Tahniah buat semua yang telah banyak memberi sokongan buat aku terutamanya buat rakan2 kumpulan yang begitu memahami diri yang serba kekurangan ini....
Arni..Nuza...dan satunya kumbang...Helmi

Buat pendebat2 ump seniorita dan juga terima kasih x terhingga kepada
abg adam..khairi....cikgu
rakan2 sekelas ku...thanks 4 coming
runners yg terdiri daripada kenalanku...
tak putus2 memberi sokongan yang padu kepada kumpulan kami
Syukran buat semua...

Inilah keputusannya....
Dengan usul...
UMP perlukan perubahan
Kerajaan:
Kebudayaan
perdana menteri - Jumain Mapplati
timbalan perdana menteri - Iqram
menteri pertahanan - yusrie yamin

Pembangkang:
Umum 2
Ketua pembangkang - Suria Mahmud
timbalan ketua pembangkang - arniyati
pembangkang 1 - helmi

dengan juri 9-2 dan margin 3.222, usul yang di cadangkan kerajaan telah diterima hakim
dan saudara jumain sebagai pendebat akhir final..
saudara yusrie pula pendebat terbaik keseluruhan...
walaupun hanya mendapat tempat kedua...
apa...rezeki kami mungkin di luar UMP...haha

Tahniah buat semua...

PenGalamaN DebaT NC UMP 2009....

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua....
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat yang Maha Kuasa kerana pertandingan debat NC tahun 2009 telah berakhir dengan jayanya tanpa sebarang kompromi...
Walaupun kemenangan bukan berpihak kepada kami...
Namun aku redha dengan apa yang terjadi....
Walaupun aku sebenarnya berasa amat bersalah kerana aku tidak dapat buat yang tebaik semasa diatas pentas perdebatan seperti yang diharapkan semua...
Tidak seperti disepanjang permulaan pertandingan sehingga ke semi-final...
Aku tahu semua ini ada hikmahnya kerana kami sekumpulan telah berusaha sebaik mungkin akan tetapi siapalah kami melainkan hambaNya yang rendah diri ini....
Dia lebih mengetahui dan ada hikmah di sebalik kejadian ini....InsyaAllah..
Walaubagaimana pun...target team aku untuk ke final tercapai juga...
Alhamdulillah....
Apa pun pengalaman berada dipentas final sudah dirasai...
Bagaimana dengan kebahangan tekanan yang teramat sangat...
Aku teringat akan kata daripada Abg Azwan dan seniorita yang lain....
Walaupun choi malam nih...
Nih bukan bermakna ia adalah pengakhiran untuk segalanya...
Apa yang penting dari semasa ke semasa kami semua ada peningkatan...
Peningkatan itu akan ditingkatkan melalui pengalaman...
Bukan dalam masa dua tiga hari...tapi tidak juga bertahun-tahun...
Tiada ukuran kerana ia tertakluk kepada seseorg itu..
Yang penting ada usaha dan nafsu untuk berdebat...
Aku akan terus bersabar dan berjuang.....
kerana apa???
kerana aku yakin suatu hari nanti usaha2 ini akan dibalas setimpal olehNya....
aku percaya denganNya...
aminnnn...

Friday, February 13, 2009

DeBat NaiB CanSeLoR UMP...2009

Usul Debat :

SARINGAN 1:
IPT BERJAYA MEMUPUK INTEGRITI DI KALANGAN PELAJAR
SARINGAN 2:
DUNIA TIDAK SERIUS DALAM ISU ISRAEL PALESTIN

SARINGAN 3:

BUDAYA SOPAN SANTUN SEMAKIN DILUPAKAN

SARINGAN 4:

SAINS DAN MATEMATIK PERLU DIKEKALKAN DALAM BAHASA INGGERIS

SEPARUH AKHIR:

MAT REMPIT : DURI DALAM DAGING

PENCAPAIAN ATLET MALAYSIA MEMBANGGAKAN

PENJAWAT AWAM SUDAH BERINTEGRITI
aku bersama pasukanku juga turut tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pertandingan ini dibawah kategori UMUM....
semoga debat NC ini akan lebih memantabkan kami yang masih baru setahun benih jagung...
belum menjadi pokok jagung lagi......
semoga ia menjadi platform untuk kami terus menabur minat dalam seni debat yang penuh dengan seribu erti realiti hidup...
ditambah lagi dengan seribu kemahiran dan daya berfikir.....

MaLaS...

Kemalasan mula melanda untuk aku mengupdate post2 yang baru...
Aku menjadi sangat2 malas untuk berkongsi cerita dan cereka dalam blog ini buat ketika ini....
Kesibukan yang melanda diri tersangat la melampau sehinggakan tiada waktu untuk berehat melainkan aku mencuri sedikit masa untuk tidor..itupun tidak cukup...
Maaf kepada rakan2 yang sudah bising disebabkan aku sudah tidak lama bergiat aktif dalam blog ini....masalahnya dah lama ka???
Apa pun insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi seribu cereka hidup dengan anda semua.....
Apa yang penting sekarang...
Marilah kita sama2 kurangkan kontroversi tapi tingkatkan prestasi!!!!...(*_ *)

Saturday, February 7, 2009

I am TwenTy...


first of all...
thank you very2 much to all my frenz 4 the wishes....
especially to;
all my classmates...
hehe...
although the celebration is not the same like secondary school plus being in hostel...
where the birthday is the tyme we wait to treat them with something we can't aspect
but i really thankful
you all don't do that to me
bcoz i have a fever today...
the wishes n prayers u all really i appriciate it...
and i really hope it will comes true...
InsyaAllah
Really2 thanks to 'eQa' n 'Dilla' for the presents...
hope that both of u will always
together with me...
we strive 4 the success...
having a happy life here..
and
lastly
'together we share n care'