Friday, November 14, 2008

AktIviTi MaSa CuTi..

Salam buat semua...tatkala semua rakan-rakanku sudah enak bersama keluarga tersayang..tapi aku masih lagi di sini...sayang untuk meninggalkan UMP tercinta(kononnya la..hehe)...Untuk pengetahuan kawan-kawanku sekalian dan ada sesetengah daripadanya asyik memperliku kerana masih lagi setia tinggal di UMP tatkala mereka sudah lama pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bermulanya esok....satu kelainan akan bermula dalam diriku...iaitu satu pembaharuan dalam lembaran dan perjalanan hidupku yang akan menjadi layar kehidupanku kelak. Aku dan kawan2ku akan mulai sibuk untuk menjalani latihan debat sebagai persediaan untuk pergi ke debat diraja iaitu debat antara universiti-universiti tinggi awam Malaysia yang bakal diadakan di UIA .
Latihan ini diberi nama perkampungan debat..jadual yang disediakan sepanjang sesi latihan adalah sangat padat dan bagiku sangatlah memenatkan...huhu..;P...Apa pun jikalau kita hendak berjaya dikemudian hari..perlulah kita bersusah-susah dahulu di hari ini...
bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian...bersakit-sakit dahulu..bersenang-senang kemudian...apa pun aku mencabar diriku sendiri supaya aku dapat meningkatkan lagi potensi dan yakin diri serta jadikan setiap kelemahan itu sebagai satu kekuatan untuk diriku...kerana apa???kerana kepuasan hidup adalah perjuangan...dan kepuasan perjuangan adalah kemenangan.
....WALLAHUALAM...;-)

2 comments:

Anonymous said...

syabas, moga terus sukses selepas ini. Jgn jemu berusaha ya!

WaFa' An NisA... said...

salam...oooo..insyaAllah..hope doa tu akan menjadi kenyataan..same to you 'sifu'...huahua..