Salam buat semua..Walaupun penat aku masih lagi larat menulis blog ini...Hal ini kerana aku ingin melihat setakat mana peningkatan pencapaian aku sebenarnya sepanjang aku menjalani sesi latihan ini...aku ingin melihat perbandingan yang berlaku pada diriku sama ada semasa jalani latihan ataupun selepas jalani latihan.
Baiklah..apa yang aku dapat pada hari ini iaitu hari pertama aku menjalani latihan debat ialah aku dapat melihat bahawa diriku ada sedikit peningkatan dari segi percakapan yakni aku sudah dapat bercakap menggunakan bahasa debat..maksudnya di sini dengan menggunakan bahasa melayu baku walaupun kekadang loghat kedahku ada juga la tersasul keluar....aduh...aku juga sudah dapat meningkatkan 'confident level' walaupun tidaklah sehebat senior2 aku..namun boleh la sebagai pembuka tirai hari pertama.....walau bagaimana pun terdapat banyak sekali kelemahan pada diriku disepanjang sesi perdebatan pada hari ini...untuk pengetahuan kalian aku memegang jawatan sebagai menteri pertahanan di meja kerajaan dan pembidas di meja pembangkang....setelah selesai sesi bagi setiap perdebatan...setiap pendebat akan dikomen...antara komentar yang diberikan ialah sebagai pendebat ketiga cara penyampaian aku adalah terlalu 'baik' atau lemah lembut dan nada perdebatan aku lebih kepada penjelasan usul (tidak sesuai untuk menjadi pendebat ketiga kerana pendebat ketiga kesemuanya lahar-kononnya)....cara pengstrukturan aku masih lagi kabur....pengasingan bidasan konsep dan hujah masih lagi kabur dan masih tidak dapat dilihat dengan jelas perbandingan yang hendak dibuat....kurang celahan dan mengambil celahan dibuat...membuang banyak masa ketika membidas konsep...jadi menyebabkan masa x cukup untuk pembidasan hujah....'tidak serius' (x nak tension 4 the first day sebenarnye..huhu).....x focus semasa pihak lawan tengah bercakap...dsgnya....
apa pun aku telah buat yang terbaik untuk permulaan sebagai pembuka tirai perkampungan debat...aku x nak jadikan kelemahan ini sebagai pengakhiran untuk aku berdebat....namun akan aku jadikan kelemahan ini sebagai kekuatan untuk aku....insyaAllah...
0 comments:
Post a Comment