Tuesday, November 11, 2008

AlHamDuLiLLAh....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...sebelum kata menyusur bicara pertama-tamanya ingin sekali aku mengucapkan bebanyak takziah buat seorang pelajar tahun akhir diploma kejuruteraan kimia iaitu Rafiqah binti Matiram di atas kematian ayah akibat serangan sakit jantung baru-baru ini iaitu dengan lebih tepat lagi pada 31 Oktober 2008.
Aku agak kesal kerana berita mengenai kematian bapanya diketahui agak lambat oleh aku Mungkin kerana semua orang sibuk menelaah buku almaklumla semua nak exam.
Tapi walaupun kelewatan ini berlaku namun aku dan eqa sebaik mungkin cuba membantu kakak Rafiqah untuk mengumpulkan sedikit derma khas buatnya. Walaupun tidak lah seberapa namun pada kiraan aku ia cukup lah untuk meringankan sedikit bebannya. InsyaAllah....
Tapi apa yang ingin aku gariskan di sini ialah walaupun sudah ramai yang balik ke kampung masing-masing namun itu tidak menghalang kami untuk teruskan usaha murni kami. Bahkan pada kiraan aku pelajar UMP sangatlah murah hati. Kerana apa aku katakan sebegitu???
Hal ini adalah kerana aku melihat tidak kira apa sekalipun bangsa..dengar saja ada kematian pasti semua berebut-rebut nak menderma...sikap yang penuh keperihatinan...
Namun ada juga hal yang menyedihkan aku. Nak tahu apa??Adalah seseorang ni (bukan nak mengaibkan tapi sebagai ikhtibar)...dah nampak dah kami datang nak kutip derma terus dia kunci pintu..aku tak lah kisah sangat tapi kalau tak nak menderma tu..cakap la tak nak..buat apa nak malu..menderma ini adalah perbuatan yang mulia dan ia dilakukan dengan ikhlas bukan dengan paksaan...
Apa pun aku menyeru kepada sesiapa yang membaca post ini..marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah!!

0 comments: