Friday, January 16, 2009

PelaJar UMP meNjaDi mangSa kemaLangaN...


REMUK...sebahagian kereta remuk dirempuh lori membawabijih besi menyebabkan dua kereta terbakar, di Batu 10,Jalan Gambang-Kuantan, semalam.
Sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, beberapa kereta lain yang melalui jalan berkenaan dikatakan diarah berhenti dua anggota polis bertugas bagi memberi laluan
kepada kenderaan rasmi orang kenamaan yang keluar dari pangkalan berkenaan.Ketika itu, sebuah lori membawa muatan bijih besi yang dalam perjalanan dari
Gambang menghala ke Bukit Sagu dipercayai gagal berhenti sebelum merempuh belakang sebuah kereta.Selepas itu, pemandu berkenaan dikatakan terus
gagal mengawal lorinya lalu merempuh pula beberapa kenderaan lain hingga menyebabkan dua daripada sebelas kenderaan terbabit terbakar.Menceritakan semula detik cemas itu, Ashwin berkata, sebelum kejadian, dia dalam perjalanan dari Gambang pulang ke rumahnya di Taman Seri Kuantan, di sini, apabila terpaksa memperlahankan kenderaan selepas diarahkan anggota polis bertugas.Menurutnya, ketika menunggu untuk meneruskan perjalanan, dia tersentak apabila menyedari belakang keretanya dirempuh
sebuah kereta lain hingga menyebabkan kenderaannya berpusing dua kali.Katanya, dia kemudian terpaksa menyelamatkan diri dengan membuka pintu kereta
tetapi gagal sebelum nekad keluar melalui cermin depan yang pecah.“Sebaik berjaya menyelamatkan diri, saya melihat api mula marak dari bahagian belakang kereta sebelum memusnahkan keseluruhan kereta.“Kejadian berlaku begitu pantas, namun bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri,” kata pelajar tahun akhir itu yang mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia ketika ditemui di HTAA, semalam.Ashwin yang cedera di kepala berkata, dia masih trauma dan terkejut dengan kejadian itu yang tidak mungkin dapat dilupakan seumur hidup.
sumber: metro online

1 comments:

[ d.I.L.L.a ] said...

xpe..x ksah...ak pn copy dr metro...tp ak x mintak izin pn dr metro...hehehe... =)