Sunday, August 24, 2008

Jadikanlah Pedoman Hidup Kita Semua....(^_^)

Pada suatu ketika iblis megiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjayanya. Pada hri tersebut, seluruh perkakasnya dipamerkan untuk dilihat calon pembelinya. Lengkap dengan tanda harga seolah-olah kita masuk ke kedai ‘hardware’. Barang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna, sesuai fungsinya dan harganya pun tidak mahal.
Antara barang yang dijual iaah dengki. Iri hati, tidak jujur, tidak menghargai orang lain, tak tahu berterima kasih, malas, dendam dan lain-lain.
Di suatu sudut pameran, ada satu perkakas yang bentuknya sederhana, sudah agak buruk, tetapi harganya jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Salah satu calon pembeli bertanya, “Apakah nama alat ini?” Iblis menjawab, “Itulah namanya putus asa” “Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?” tanya pembeli itu lagi. Iblis menjawab. “Ya, kerana perkakas ini amat mudah dipakai dan aat berguna. Alat ini dengan mudah dapat masuk ke dalam hati manusia. Mudah juga melakukan apa sahaja yang diingini terhadap manusia tersebut, temasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakannya kepada hampir semua orang, kerana kebanyakan manusia tidak tahu bahawa PUTUS ASA itu milik saya.”
*serahkanlah hidupmu pada Allah, biarkan Dia sahaja yang ada di dalam hatimu, kerana bersama-Nya, nescaya kau tidak akan berputus asa…..

0 comments: