Manusia ini suka sangka-sangka,
Ada sangkaan baik,
Ada sangkaan buruk,
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang makan banyak disangka pelahap,
Orang yang makan sikit disangka diet,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka hina,
Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri.
Orang yang ceria disangka membela,
Orang yang baik disangka buruk,
Orang yang buruk disangka baik,
Orang yang menawan disangka pakai susuk,
Orang yang manja disangka mengada-ngada,
Manusia ini suka mana tahu,
Mana tahu diam-diam itu berzikir pada Allah,
Mana tahu senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya,
Oleh iu, jauhilah sikap suka bersangka-sangka….
Emas
13 years ago
2 comments:
fiq tertarik dngn kata2 itu...kalau r smua org brpemikiran terbukakan bgus ek...
ye betul tu..kalau la semua org macam tu kan baguih tetapi apakan daya...manusia ni semuanya x sempurna..tetapi kita sebagai manusia boleh belajar dari ketidaksempurnaan kita untuk menjadi sempurna..betul ak??
Post a Comment