Keberangkatan aku ke UMP diiringi oleh keluarga aku sendiri tetapi tanpa kehadiran ayahandaku yang tercinta atas sebab2 tertentu. Mereka sanggup bersusah payah datang ke Pahang untuk menghantar aku disamping doa2 yg dipanjatkan oleh saudara2 aku yg lain kepadaku supaya aku dapat menempuh dunia kampus dengan lebih tabah dan ‘mantob’. ‘Syukran jazilan’ semua.
Pada 1 Julai yang lalu aku tiba pada pukul 10.30 pagi dengan keadaan sedikit kekalutan kerana kekasih hati ku ‘IBUKU’ deman panas. Aku pada mulanya amat sayu melihat kaadaan ibuku yg tidak terdaya kerana sakit terutamanya pada hari terakhir aku berada dekat disampingnya. Apa yang amat memilukan hatiku lagi apabila dia cuba memerahkan kudratnya untuk turut bersamaku dalam pendaftaraan masuk pelajar baru ke UMP. Ketika itulah aku menyedari bahawa betapa hinanya aku jika aku tidak dapat membalas segala jasa ibuku yang selama ini sanggup bekorban demi aku.Sebelum aku mendaftarkan diriku untuk menggelarkan diriku sebagai seorang mahasiswi aku menemani ibuku ke klinik yang berhampiran. Jika aku tidak salah namanya ialah ‘Klinik Al-Amin’. Apa yg mengejutkan aku ketika itu ialah Doktor yang merawat ibuku ketika itu ialah orang sekampung aku. Beliau turut mendoakan kejayaan aku di sini.
Di UMP banyak kekawan yang dulunya se matrik dengan aku. Tidak ku sangka cempedak jadi nangka 2 orang rakan setutor aku pun dapat melanjutkan pelajaran mereka di UMP tetapi berlainan kursus. Salah seorang daripadanya ialah orang senegeri dengan aku iaitu ’KEDAH’.
Apa menariknya tentang minggu orietasi yang lebih selesa di gelar MINDS di UMP ialah hanya 4 hari sahaja ia dilaksanakan berbanding universiti teman2 aku yang lain. Walaupun kami agak beruntung tetapi kepenatan yang kami rasai sepanjang minggu itu dijalankan sudah memadai untuk aku.Tetapi minggu orientasi lah yang menjadi guru awalku untuk aku memahami dan mengerti mengenai keadaan di UMP khususnya. Bak kata pepatah ‘Tak kenal maka x cinta’.
Walaupun aku baru sahaja melangkah ke dunia UMP dan masih lokek dengan pengetahuan mengenai kampus ini , tetapi aku sudah berani untuk menyahut cabaran seorang fc untuk menjadi Pengerusi Majlis pada suatu acara yang dijalankan. Walaupun aku agak gementar ketika itu kerana sudah lebih setahun aku tidak bergiat aktif dalam mengacarakan sesuatu majlis tetapi selaut kesyukuran dirafakkan kerana majlis itu berjalan dengan jayanya dan aku juga mendapat banyak pujian daripada teman2 ku sendiri & juga fc yang mencabar aku itu. Beliau jugak mendoakan aku semoga aku berjaya dalam menempuh alam uiversiti yang mencabar ini. Aku jugak menjadi wakil bagi Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dalam majlis penutupan MINDS 2008 disamping pembacaan ikrar dilaksanakan. Inilah antara perkara2 yang aku tempuhi sebagai muqaddimah lembaran hidupku di ‘MENARA GADING’ yang akan memberi nafas2 awal kepadaku untuk menempuhi alam kampus.
ketika majlis penutupan MINDS_pembacaan ikrar
2 comments:
Semoga adik menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang. Teruskan usaha untuk memantapkan diri dan memajukan diri dalam kehidupan.
insya'Allah..doalah saya selalu semoga saya akan senantiasa diberi petunjk oleh Allah s.w.t kejalan yg betul...
Post a Comment