Monday, September 1, 2008

Erti dan RealiTi HiduP yaNg SebenaR..




Sebenarnya banyak benda yang aku ingin bercerita mengenai hidup aku di UMP. Walaupun aku baru setahun jagung di sini dan baru je nak masuk dua bulan berada di UMP tetapi banyak jugak la aktiviti-aktiviti yang aku sertai. Tetapi satu perkara yang akan aku akan ingat selama-lamanya dan ia pun sudah terpahat di hatiku ialah “KeM BriGed SisWa” yang telah dianjurkan oleh UMP. Pada mulanya hatiku agak berat untuk pergi kerana ia diadakan pada hari minggu iaitu pada 9&10 Ogos yg lalu disamping mendengar komen-komen yang agak negative bagi aku yang diberi oleh rakan2 ku yg telah pergi ke Sungai Lembing sebelum aku. Tapi seperti aku kata pada post aku yg lepas ‘belum cuba belum tau’.
Di sana, aku telah menjadi ketua kumpulan dan nama kumpulan kami ialah ‘BB2’ iaitu ‘Budak Baik 2’..kenape 2?sbb kami adalah group ke-2. Sampainya kami disana, kami telah disambut dengan baik oleh “Komander Yussof” yg telah diberi kuasa oleh pihak penyelaras UMP iaitu “Encik Jamal” untuk memimpin kami di sana. Kami telah mendaki sebanyak 3 buah bukit pada hari pertama kami. Tidak aku sangka cempedak jadi nangka aku mampu melakukannya..Alhamdulillah ku rafakkan ke hadrat Allah s.w.t. Aku fikir aku adalah juara pada hari itu..hehe..pada malam harinya pulak aku mengetuai sekali lagi kumpulanku mendaki bukit yg lebih mencabar kerana ia dilakukan pada waktu malam hari yang hanya dibekalkan satu lampu suluh, satu peta, satu kompas dan tanpa pengiring. Aktiviti ini dijalankan hanya bermatlamatkan satu visi iaitu untuk mencari “Osama Laden”…kami meredah hutan yg gelap dengan berserah sepenuh hati kepada MAha PenciPta. Aku ghasa pengalamanku pada malam itu amat menyedarkan aku betapa rendahnya aku di depan yang Maha Esa dan betulah dengan ape yang orang selalu cakap bila susah baru ingat Allah tapi bukan aku nak kata aku tak ingat Allah pada hari2 biasa tetapi aku dapat merasakan keimanan aku makin bertambah terhadapnya malam itu. Kami dilepaskan pada pukul 11.30 malam. Sebelum kami berlepas aku mengetuai bacaan doa memohon supaya perjalanan kami dirahmati oleh-Nya. Aku senantiasa berpesan kepada rakan2 ku supaya berhati-hati dan membetulkan ‘nawaitu’ masing2 supaya tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. 1 jam kemudian kami selamat sampai ke tempat ‘Osama Laden’ setelah mengharungi bukit yg gelap gelita yang hanya bercahayakan satu lampu suluh dan cahaya bintang2 di langit. ‘sungguh mencabar sekali bagiku seorang perempuan’bolehkah anda bayangkan kami berjalan di atas bukit yang kiri dan kanannya ada curam2 yang tinggi dengan keadaan yang gelap gelita sekali. Disitulah peranan ku sebagai ketua kumpulan untuk memastikan ahli2 kumpulanku tidak menghadapi sebarang masalah. Sepanjang perjalanan kami, aku dan rakan2ku yang lain tidak putus2 membaca ayat2 suci Al-Quran dan zikir sebagai pengiring bersama walaupun dalam kumpulan kami ada pelajar non muslim tetapi aku meminta dia berdoa pada Tuhannya jugak.
Kami agak gembira kerana dapat mencari tempat yg hendak ditujui dengan selamat. Kami memulakan proses menggeledah rumah usang itu dengan berhati-hati. Bagiku rumah itu amat menggerunkan kerana disana kami dapat menemui botol2 arak yg pecah, kertas2 judi yang bertaburan, tabung2 uji makmal yg pecah, meja2 yang berkelimpangan dan yg paling mengujakan aku ialah dapat melihat ‘calendar’ tahun 1987 yg masih tergantung elok lagi didinding. Kami bertungkus lumus berusaha mencari hadiah dari Osama yang merupakan ‘sebatang buluh’. Tanpa kami sedari kami telah berada disitu selam 3 jam setengah. Penat bercampur dengan putus asa telah menjadi inti pati pada waktu itu. Sekali lagi peranan ku sebagai ketua diperlukan kerana separuh dari rakan2 ku telah berputus asa. Jadi dengan melihat ahli2 kumpulan aku yang sudah letih dan tidak terdaya untuk meneruskan aktiviti ini, aku pun mengambil keputusan untuk turun dan kembali semula ke tempat permulaan kami. Tetapi disana, Encik Jamal bertanya kepada aku adakah aku ingin meneruskan lagi aktiviti ini kerana ia melibatkan markah kami semua?? Perasaan aku bercampur aduk kerana 4 org rakan2 ku menghidap gasterik. Jadi aku mengambil keputusan untuk meneruskan kembali misi kami dengan meninggalkan rakan2 ku yg sakit di tapak kem dan 8 org dari kami mula membetulkan nawaitu kami kembali bahawa walau apa pun kami mesti mendapatkan buluh itu. Kami mendaki semula bukit tetapi dengan menggunakan jalan pintas untuk menjimatkan masa perjalanan. Dengan berbekalkan lampu suluh yg hanya nyawa2 ikan kami berusaha untuk mendapatkannya. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kami diberi lampu suluh yang baru kerana lampu suluh yg kami gunakan sudah kehabisan bateri. Alhamdulillah, akhirnya kami telah menjumpai ‘Osama Laden’ itu. Aku melompat dan berpelukan dengan rakan2 ku kerana terlalu gembira dan merasakan pengorbanan kami adalah tidak sia-sia.

sempat lagi Aku n Eqa bergambar dgn adik kembar di muzium sg lembing


Kami pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan kerana ‘kepuasan hidup adalah perjuangan…kepuasan perjuangan adalah kemenangan’. Encik Jamal dan staf2 yang ada disitu amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh kami. Walaupun kami bukanlah kumpulan yang pertama sampai tetapi merupakan kumpulan perempuan yang terakhir sampai. Kami akhiri aktiviti malam itu lebih kurang pada pukul 5 pagi.
Banyak benda yg aku perolehi dari kem ini disamping dapat berkenalan dengan kawan2 baru iaitu kenangan bersama kumpulan ‘BB’ dan juga dapat belajar banyak perkara mengenai ‘independent’ daripada Encik Jamal dan Encik Yussof khususnya. Terima kasih semua..



bergambar bersama-sama dengan staf2 UMP n komander Yusoff

minum ais kacang sambil tunggu bas..


0 comments: