Sunday, October 5, 2008

puaSa Enam Di Bulan SYawal...bnyAk FadhiLaTnYa..

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Berakhir sudah puasa yang wajib ke atas semua umat manusia tapi marilah kita semua melakukan puasa sunat enam di bulan syawal yang banyak fadhilatnya….
Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya,dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Apabila daunnya tidak kering, malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.
Begitu juga dengan keadaan manusia, di dalam bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca al-Quran dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan kebajikan. Iaitu semata-mata mengharapkan diterimanya semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterimanya segala amalan itu ialah sesudah bulan Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan selalu beribadah.
Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh. Banyak kelebihan-kelebihan dan keutamaannya yang disebut olehRasulullah saw dan orang-orang soleh.
Sabda Nabi saw.:“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan Syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.”“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.”
Cara puasa enam hari, seelok-eloknya dibuat berturut-turut.
Kata ulama: “Yang lebih utama puasanya enam hari itu berturut-turut tidak berpisah, kerana berturut-turut itu lebih mendekatkan terangnya hati daripada berpisah-pisah.”Dengan berpuasa berturut-turut kita dapat merasakan seperti puasa di dalam bulan Ramadhan.
Semasa berpuasa iaitu eloklah dilakukan amalan-amalan seperti apa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.
p/s: Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang taat, yang dapat memelihara diri dari kemungkaran dan terpimpin menuju keredhaan Allah...insyaAllah

3 comments:

Anis said...

suria!!!!
nak email!:DDD

WaFa' An NisA... said...

salam..anis..selamat hari ghayer...weh syira ada mai ghumah aku ari ghayer aritu..hehe..dia kirim salam kat hang..ghindu la kat hampa..huhu..aritu aku dok mesej2 ngan amal...dia lagi la..dok asyik tengok balik gambaq2 kita kat seseri dulu..dia pun sama..semalam aku mimpi aku jumpa ain..huhu..bila la kita nak wat reunion??...t hang plak nak terbang..

WaFa' An NisA... said...

opps lupa..aku dah bg dah e-mail aku kat hang..cuba tengok kat dalam blog hang..hehe