Bagiku masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik..pejam celik sudah habis satu sem aku. Padaku walaupun aku baru sahaja menjejaki kaki di universiti ini namun sudah agak banyak ilmu-ilmu baru telah aku gapai sepanjang aku belajar di sini. Samaada ilmu akademik, kepimpinan, pergaulan, realiti hidup mahu pun hubungan dengan yang Maha Kuasa.
Walaupun hati kecilku masih lagi sedih setelah meninggalkan alam matrikku yang menjadi antara kisah-kisah penting dalam cebisan hidupku namun bak kata orang hidup mesti diteruskan. Jadi, aku cuba menjadi aku..cuba menguatkan diri yang sebenarnya lemah tetapi masih lagi larat untuk meneruskan perjuanganku sebagai seorang anak yang memikul tanggungjawab sebagai pelajar.
Aku cuba sebentar untuk melupakan perasaan aku sendiri supaya tidak mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak yang muslimah. Sekarang berbalik pula ke alam kampus. Sebenarnya hidup di alam kampus merupakan puncak bagi seseorang pelajar. Kerana apa??Kerana di situlah merupakan tempat persediaan terakhir baginya sebelum meniti alam pekerjaan yang pada kiraanku sangatlah mencabar.
Aku cuba membayangkan bagaimana lah hidup aku pada kehidupan akan datang. Adakah lebih baik atau sebaliknya. Namun aku bukanlah manusia luar biasa untuk meramal masa hadapan. Tetapi sebagai manusia yang beriman kepada yang Maha Esa...aku perlu meletakkan seluruh kudratku kepadaNya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi perlulah diiringi dengan usaha yang gigih...barulah dapat mengkecapi kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.
Tiba-tiba aku teringat petikan kata-kata daripada Hamka: Beliau mengatakan bahawa hanya orang yang rajin sahaja akan berjaya di dunia ini!!Aku bersetuju dengan kata-kata ini kerana sepanjang aku hidup di dunia ini tidak pernah sekali aku mendengar orang yang malas atau tidak berusaha berjaya. Kalau adapun mungkin hanya kebetulan sahaja. Aku juga telah berjumpa dan berkawan dengan pelbagai kawan yg mempunyai pelbagai ragam. Penat juga melayan kerenah mereka yang kekadang aku ingatkan sudah x ada pada remaja tetapi hanya ada pada kanak-kanak. Kelakar bila aku fikirkan.
Aku bukanlah orang yang sangat bagus untuk dijadikan ikutan atau sebagainya tetapi perkara yang paling aku tidak suka apabila berkawan ialah bila orang yang aku kenal bermuka-muka atau depan aku buat baik tapi belakang aku hanya Allah yang tahu. Aku pun tidak la tahu apa tanggapan orang terhadap aku...tapi aku rasa aku bukanlah orang yang mudah menyakiti hati orang lain..apa pun yang paling penting kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang..setiap orang ada tanggapan masing-masing terhadap kita. Jadi buatlah sesuatu itu seikhlas yang mungkin dan semoga segala kebaikan anda akan dibalas dengan baik.
Akhir sekali, cubalah buat yang terbaik dalam mengharungi kehidupan anda walaupun kekadang itu pahit untuk kita tempuhi...namun anda perlu ingat bahawa Allah tahu setakat mana kemampuan hamba-hambaNya.
Salam ikhlas dariku Suria Mahmud