Friday, January 16, 2009

TanGGungjaWab PeLajaR DalaM keGawaTan EkOnoMi..

Sebenarnya dari sudut pandangan Islam ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membantu pihak berkuasa mengatasi masalah kegawatan ekonomi sekarang berdasarkan kemampuan yang ada.
1. Menunaikan solat hajat setiap malam jumaat mudah-mudahan Allah SWT bersihkan negara ini dari mala petaka kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
2. Dalam menggunakan barangan harian . hendaklah menggunakan barangan tempatan dan membelinya sekadar keperluan sahaja. Bukan untuk tujuan bermewah mewah.
3. Jika berhasrat untuk menyambung pelajaran sambunglah di institusi pengajian tinggi tempatan bagi mengelakkan pengaliran wang negara ke luar.
4. Galakkan orang lain seperti kawan-kawan terdekat dan kaum keluarga supaya sentiasa berjimat cermat dan hindarkan dari membazir.
5. Jika mempunyai idea yang bernas. boleh mengemukakannya kepada pihak berkuasa sebagai melaksanakan tugas nasihat dalam Islam atau boleh menulis di dalam akhbar ataupun di dalam majalah-majalah.
6. Memainkan peranan menggalakkan sahabat handai dan kaum keluarga terdekat supaya menjauhkan diri dari terlibat dengan berbagai aktiviti kemaksiatan dan juga kemungkaran, kerana salah satu sebab kejatuhan ekonomi sesuatu bangsa ialah akibat aktiviti kemaksiatan yang dilakukan oleh penduduk negara berkenaan sendiri. Selain itu hendaklah memperbanyakkan taubat kepada Allah begitu juga dengan sanak saudara dan sahabat yang lain.

0 comments: