Friday, February 20, 2009

BluR

Assalamualaikum dan salam persahabatan buat semua......
Ahamdulillah.....
aku berasa amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus mencoret.....
Coretan aku kali ini hanya sekadar untuk membuat rumusan mengenai diriku sepanjang perjalanan minggu ini....
Selepas debat NC...aku meneruskan lagi pembelajaran seperti biasa....
Tapi ada sedikit kekesalan kerana aku terpaksa ponteng satu kelas pada pagi Isnin kerana kepenatan yang melampau....
Ia adalah sejarah pertama buat aku kerana aku masih belum pernah ponteng kelas sebelum ni....
Apa yang menariknya...
kesemua rakan2ku tahu bahawa aku tidak hadir ke kelas pagi tu...
Mereka asyik mengejek aku...'SURIA PONTENG'..huhu
Aku sangat menyesal tapi aku yakin ada hikmah disebalik kejadian...
Ini mengingatkan aku supaya lebih bersedia pada masa hadapan....
Seterusnya,
Pada mulanya minggu ini aku akan menduduki 4 exam tapi jadi dua kerana ada sedikit masalah...
Hari khamis lalu aku telah duduki peperiksaan 'Pengajian Malaysia'.....lawak skit pasal exam nih..
Yang lawaknya aku ingat pagi tu puan buat kuiz jer sbb aku faham macam tu...tengok2 dia buat terus test 1...terkejut disitu...tapi nasib baik aku dah buat persediaan...
Then, tyme tengah bersedia nak jawab soalan plak...tetiba puan cakap anda semua boleh rujuk nota anda sebab open book...aku lagi la terkejut..
Alhamdulillah sangat pada pagi tu walaupun penuh kejutan namun aku masih steady.....
Kemudian hari jumaat plak...
bersedia untuk jawab test 1 analytical chemistry plak...
Jujur aku katakan walaupun sudah 4 chapter aku sudah belajar namun aku masih belum betul2 faham apa sebenarnya contentnya....
aku pernah mengadu kepada lecturer mengenai masalah aku...
namun beliau hanya mampu cakap...awak kena belajar dalam study group..x boleh sorang2...
jadi aku pun belajar la dalam kumpulan...
alhamdulillah...
aku dapat jawab soalan2nya walaupun tidak la sempurna mana...
amin..
moralnya...
walaupun aku sedikit tertekan dengan diri pada minggu nih...
namun aku pasrah kerana semua yang berlaku sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Mengetahui....
Dia tahu apa yang terbaik untuk diri ini...
Jadi yakinlah dengan ketentuanNya...
amin...