Monday, March 30, 2009

Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April....

KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.

Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.

"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.

Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.

kem pemantapan ruhiyyah'09

Assalamualaikum dan salam mujahiddah buat semua.....
Pada hari jumaat yang lepas....aku mengambil kesempatan untuk menyertai perkhemahan....
Walaupun pada mulanya berlaku banyak halangan dan sedikit komplikasi...
namun jika itu sudah takdir-Nya....
tertulis qoda' dan qodar-Nya....
akhirnya aku dapat menghabiskan masa hujung minggu ku disana...
Alhamdulillah...



*gambar-gambar ini hanya hiasan semata-mata...sekadar menceriakan blog!!!

Tuesday, March 24, 2009

nak makan sedap2 boleh??

Lepas kelas thermo tadi aku sangat lapar....kelemahan aku jika dah lapar susah nak study....hehehe....alasan kan????tapi betul!!!jadi tadi untuk hilangkan lapar aku pun bergerak-gerak la pergi cari makanan untuk mengisi perut yang kosong....namun nasi juga yang membuatkan aku kenyang....alhamdulillah...nasib baik ada hamba Allah ni yang baik hati memberi aku makan....hehehehe...akhirnya dah berhenti merungut....dan sudah boleh sambung belajar kembali.....hehehe

presentation week....

hari ni aku kena buat dua presentation...satu mengenai malaysia study....then lagi satu mengenai analytical chemistry.....alhamdulillah....semuanya berjalan dengan baik...thanks lot to all my group members!!!


ni time kena buat presentation untuk projek electric technology......terima kasih Puan Siti Kholijah...kamu sangat sporting n baik dgn kami semua....semoga kamu dapat melahirkan puteri kesayangan kamu dengan selamat....amin

Saturday, March 14, 2009

konsep sabar menurut Islam

Menurut syariat Islam........
Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu
keadaan yang tidak disenangi oleh manusia
serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.
Terdapat lima tahap kesabaran yang perlu
diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika
berperang menghadapi musuh atau
berjuang menjalankan dakwah Islam
kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu
menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau
ujian penderitaan seperti Allah memberi
ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam
kehidupan seperti pendapatan yang
semakin berkurangan, tanggungan yang
semakin ramai dan harta benda hilang
dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan
supaya berwaspada menggunakan
kesenangan yang ada untuk dibelanjakan
pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang
diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan
Ramadan dan kesabaran meninggalkan
segala amalan yang diharamkan oleh
Allah seperti memfitnah dan mengumpat
orang lain.....
Kepentingan sifat sabar kepada
seseorang Islam dan masyarakat Islam.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam
menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan
diri yang berterusan dan tidak mudah
putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha
untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah
kerana mereka mengetahui bahawa
Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:
i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa
kerana dia menginsafi bahawa semua
yang berlaku adalah daripada ketentuan
Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan
reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu
masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.
Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan syariat Islam ketika
menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa
ke atas takdir dan ketentuan Allah yang
diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah
SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan
yang pernah dilakukan pada masa
lalu....

Dua sebab Allah menurunkan
pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar
ikhlas beriman kepada Allah dan
bagi memastikan golongan yang purapura
beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah di dalam mencipta
alam ini.
Di dalam menghadapi ujian Allah terdapat
cara yang berbeza dilakukan oleh
orang beriman dengan orang yang kufur.
Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman
ketika menjalani ujian Allah ialah.....
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang
dan tabah.
Tindakan yang dilakukan oleh orang yang
kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:
i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan
menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah
kerana mereka berpendapat Allah tidak
menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan
kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya
dapat diselesaikan dengan apa
cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah
musnah dan kehidupannya tidak berguna
lagi....
post kali ini aku tujukan khas buat seorang insan atau hamba Allah yang aku amat kasihi....
insyaAllah....semoga ia dapat membantu anda...

malam penghayatan maulidurRasul 2009/1430H

Inilah krew-krew penggerak disebalik takbir......
'Kelab Kebudayaan UMP' kecuali aku.......hehehe


Ni plak 'CHOT'.....nama sebenar dia agak panjang la...sy pun x ingat......
syukran ya Chot....
bnyak membantu ana pada malam tu...

Ha!! ini la pasangan ana malam tu.....
nama dia Nabil.....
sebelum ni x pernah kenal pun..sy ingatkan Nabil raja lawak....haha
tapi nih Nabil versi Ustaz....jangan marah ek Nabil!!!

KAK AINUL pun cibuk menggunting.....Caiyok!!!

sebelum majlis bermula....tengok tu!!!ada JUMAIN


Friday, March 13, 2009

majlis penutupan pecima'09

Assalamualaikum dan salam keberkatan buat kesemua sahabat-sahabat yang dikasihi....
Nampaknya sudah agak lama aku berhenti sebentar daripada mencoret alkisah hidupku didalam blog ini.....
Namun tidak mengapa......
Hari ini merupakan hari penutupan program PECIMA'09...
Pada malam ini aku diberi mandat untuk mempengerusikan majlis......
Alhamdulillah......
Aku bersyukur aku dapat buat yang terbaik.......
seperti selalu walaupun tidak sesempurna mana......
Cuma aku agak terkilan kerana sambutan yang diberikan terhadap proram ini tidakla seperti yang diharapkan....
Agak menyedihkan sekali....
Tapi x mengapa....
Setiap perjuangan yang dimulakan pasti akan diakhiri dengan kejayaan walaupun bukan sekarang....
InsyaAllah....aku percaya....
Pada besok hari pula......
aku diberi sekali lagi kepercayaan untuk mempengerusikan lagi satu majlis sempena sambutan MaulidurRasul.....
Semoga aku mendapat keberkatan daripada-Nya untuk buat yang terbaik sempena hari yang mulia ini...
Amin....
Tunggulah perkembangan pada besok hari pula.......







Tuesday, March 3, 2009

sekadar menghiasi blog...

pelajar kejuruteraan kimia(bioteknologi)-k27(2008-present)



suka sangat gambar nih...almaklumla ada kat depan sekali..hehe


gambar-gambar lain yg x kurang menariknya...


ahli-ahli jawatankuasa pelajar kolej kk3 2008/2009