Friday, October 31, 2008

SeriBu KeteNangaN..

Buat kawan2 ku sekalian....minggu peperiksaan hanya akan bermula beberapa hari lagi...mungkin ada diantara anda berasa stress n masih berasa tidak bersedia untuk menghadapinya lagi...
Mungkin ada diantara anda yg berkecil hati dengan rakan2 anda yg juga stress dan menghembur kemarahannya terhadap anda...
Hanya sabar dan tenang saja antara nasihat yg aku mampu berikan kerana aku juga mengalaminya..."stress"...tp aku x membiarkannya menguasai diri ku begitu sahaja kerana bagus juga mempunyai stress sebab ia membuatkan kita semakin gigih berusaha untuk belajar supaya dapat memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan..cuba positifkan stress anda ke tempat yg betul.
Jika terlalu tertekan cuba rehatkan minda dengan membaca al-Quran..
Satu pesanan ku khusus buat kalian semua...disamping kita berusaha 'study' jangan lupa terhadap hubungan dengan Pencipta Yg Maha Kuasa...banyakkanlah berdoa kepadaNya semoga kita diberi kesihatan yg baik dan kesenangan ketika menjawab exam nanti..InsyaAllah!!Banyakkanlah solat hajat di awal pagi...
terima kasih buat kak Ainul yg banyak memberi nasihat dan dorongan kepada aku...syukran ya ukhti!!


SeLaMaT MeNJaWAB SoALaN PepeRiksaaN BuAt sEmuA!!
Ma' TauFiQ Wan NajjAH....

JaMuaN raYEr BkB 2008

Eqa & Me!!

Pada 29 Oktober yg lepas...Jurusan Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)..(BKB) telah mengadakan jamuan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri..jamuan ini telah dikelola sepenuhnya oleh senior2 BKB tahun dua..

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin disamping mendoakan semoga para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang dan berjaya...insyaAllah!!
Selepas sahaja mendengar ucapan daripada dekan fakulti fkksa iaitu PM Zulkiplie Hassan..kami semua dijemput menjamu selera...

Antara makanan yg disediakan ialah nasi impet..bihun goreng....satey..mee kari...roti jala..dan air oren..dengan bayaran RM7.00 seorg..

amboi berseleranya Eton makan..hehe

Tahniah aku ucapkan kepada yg berkenaan walaupun persiapan yg dilakukan agak tergesa-gesa kerana semua sibuk dengan persiapan peperiksaan....namun majlis tetap berlangsung dengan sebaiknya..alhamdullilah..;-)


bergambar bersama-sama dengan sir zul yg sporting habis la!!we will alwayz remember U..:-)


sebahagian rakan2 sekelasku yg hadir



Friday, October 24, 2008

SaaT RindUku BerBisIK.....

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada belai kasihMu
aku mengharap akan maghfirahMu,rahmatMu,dan perlindunganMu
untuk aku menapak,dan berlari ke dalam dakapanMu
tenteram bersamaMu
dengan tangisan kesyukuran yang penuh syahdu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
untuk menjadi hamba sebenar-benar hamba kepadaMu
aku mengharap akan keampunanMu
untuk aku mensucikan hati
membersihkan jiwa
dan menyediakan kudratku untuk dicurah di jalanMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada kehidupan yang ditujukan untukMu
aku mengharap akan restu dan keredhaanMu
sebagai obor untuk aku menyuluh jalan menuju kebahagiaan yang abadi
sebagai azimat untuk aku tabah ketika rebah
sebagai pemujuk di kala aku berputus asa
sebagai kekuatan ketika aku bersendirian
sebagai iltizam untuk aku terus merempuh dugaan

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada hamba-hambaMu yang soleh
aku mengharap akan pertolonganMu
mengikat hatiku kepada mereka
menghampirkan aku kepada mereka
menelusuri jejak-jejak mereka
dalam menggapai cinta dan keredhaanMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada ilmu yang menjadi cahaya hidupku
aku mengharap akan hidayahMu
untuk aku mengutip mutiara-mutiara hikmah
dan menjalin ia untuk menjadi hiasan indah dalam hidupku
justeru menjadi kalungan amal buatku
untuk menjadi hamba yang taat kepadaMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada pertemuan denganMu
aku benar-benar mengharapkan...
kehidupan yang aku lalui
bukan sia-sia
tetapi akan menjadi satu tempoh singkat dalam perjalanan rohku
yang penuh dengan amal bakti untukMu
sarat dengan keampunanMu
dilimpahi keredhaanMu
dibasahi dengan kasih sayangMu

Tuhanku...
restuilah kerinduanku
yang selalu berbisik
untuk aku mengungkapkan cintaku kepadaMu....

cetusan rasa,
...hannan...

Thursday, October 23, 2008

NuKiLan Yg TiBa-TiBa diiIhamKan.....

Salam buat kesemuanya..hari ini aku teringin sekali menulis mengenai sesuatu yang aku pernah fikir tetapi saja buat tak kisah dan pandang enteng...
apakah itu??haha..ia mengenai seekor anak burung
yang baru sahaja melihat realiti dunia yang sebenar....baru menyedari betapa pentingnya untuk dia berdikari sendiri selepas ditinggalkan ibubapa tercinta yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka iaitu hanya dengan mengajarnya perkara-perkara asas untuk terbang dan mencari makanan untuk terus hidup.
Si anak burung yang comel ini tidak pernah berfikir mengenai rintangan dan halangan yang harus di lalui olehnya kelak untuk meneruskan hidup tanpa ibubapanya sebagai pembimbing...semasa bersama ibubapanya, mereka tidak putus-putus menasihatinya supaya dapat menjadi anak yang baik dan pandai berdikari jika mereka sudah tidak berada disampingnya kelak....biasalah bagi keluarga burung..selepas mengajar anak unuk terbang mereka akan terus meninggalkan anak mereka...jadi sekarang dan ketika ini si anak burung yang comel ini baru sahaja bangun dari dibuai mimpi yang enak....
Dia menyedari untuk meneruskan hidupnya dia perlu kuat dan tabah kerana dia yakin dan percaya setiap perbuatan dan kesungguhan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Yang Maha Kuasa....oleh itu si anak burung yang comel ini sudah mula mengorak langkah untuk membina masa hadapan yang berjaya dan membanggakan dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan hidupnya sebagai si anak burung yang comel menjadi burung dewasa yang cantik dan pandai berdikari kelak...
Dia juga percaya tanpa usaha yang gigih masakan kelak dia dapat jadi burung dewasa yang berguna kepada kaum burungnya kelak....jadi seribu keinsfan telah datang ke dalam dirinya supaya bangun untuk memperjuangkan hidupnya walaupun dia masih lagi si anak burung yang comel.....tapi itu bukanlah penyebab utama untuknya tidak berjaya!!jadi fikir2kanlah sejenak bagaimana nasib kita jika kita mengikuti tingkah laku si anak burung yang comel ini??

Tuesday, October 21, 2008

My FiRsT sTeP.....


My first step in debate...AKU n SHAHRUL

Inilah lembaran baru buat aku untuk lebih mengenali dunia debat antara universiti2 seluruh Malaysia. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan keizinan-Nya aku dapat pergi ke MMU untuk turut serta dalam pasukan debat UMP. Mujurlah tiada aral melintang yang menyekat aku dari pergi ke sana.



aku, kak nadia n ani
Aku berasa diri ini sangat bertuah kerana dapat pergi ke sana, jadi tidak sesekali aku melepaskan peluang untuk belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dariku iaitu daripada

Abg Khairi, Abg Firdaus dan Akak Nadia berkaitan dengan dunia perdebatan. Mereka sangat baik dan sangat membantu aku walaupun dalam kumpulan itu aku tidaklah sehandal mereka.
Perkara pertama yang aku sangat sesali dan mengambil iktibar darinya ialah kumpulan kami kekurangan fakta-fakta yang kukuh berbanding dengan kumpulan2 lain. Jadi ingin sekali aku tegaskan di sini sekali gus mengingatkan diri ku sebagai pendebat kita perlulah banyak membaca di samping cuba mencari sebanyak mungkin fakta2 kukuh untuk melawan kes. Tanpanya kita akan susah sekali untuk menegakkan kes kita.

Pada pemerhatianku, debat pengguna kali ini boleh dikatakan bagus sekali walaupun aku tidak tahu bagaimana dengan debat pengguna sebelum ini. Banyak pendebat2 yang aku jumpa di UPM yang lalu ada bersama menyertai debat FomCa ini. Apa pun pengalaman yang aku kutip sepanjang berada di sana tidak akan aku sia-siakan begitu sahaja….insyaAllah…

aku & ani ketika melihat debat akhir iaitu antara uia & upm

shahrul,aku & ani...hati2 semua kerana shahrul sudah mula melahar!!!

Abg Firdaus n Abg Khairil yg santai sekali..hAhA
kesian Shahrul x dapat nak masuk sekali dalam gambar...haha..nampak spect pun ok la ek!!
pemenang utk 2nd place-UPM
pemenang utk 1st place-UIA...tahniah buat akak kajol terutamanya!!

selamat tinggal MMU & debat pengguna 2008...

selamat tinggal juga kepada Bandar Melaka bandar bersejarah..

Wednesday, October 15, 2008

My EnglisH FinaL ProjEct...

my group members 'dendrobium' or ' katak_pinkmuda'

ola everyone..okay...

now i would like to tell u all about my english final project...haha...after a short discussion we have decided to choose a bicycle as our product.....hmm.... first of all it's sound quite funny n not too interesthing to do right??but then we really mean to do it..haha....u might think that it is easy to do it..but..before the exhibition day we are very busy to prepare for that day..we must design the broucher...present to the lecturer the paper work...our paper work have been corrected twice but 'not rejected'...then during the exhibition day is the best day for me...wat special about this day is...we must promote our product like usual exhibition that i always attend...haha..wat can i say is our exhibition is successed....our lecturer Miss Faridah is very happy on that day n she said to all of us that we have done a very good job n she likes it..alhamdulillah..thanks to the GOD!!

Our model..Pioneer Mountain Bicycle

actually there are many people in front us...hehe..im presenting my part to the audience..
my friend 'lilo' do the demostration to the audience
after the demostration one of my audience..chitra..try to ride the bike
warning!!the girl who wear baju kurung can't ride this bicycle okay!!!

Saturday, October 11, 2008

PaNdaNgan mATa..

Pandangan mata selalu menipu.....

Pandangan akal selalu tersalah......

Pandangan nafsu selalu melulu......

Pandangan hati itu yang hakiki......

Kalau hati itu bersih......