Friday, September 5, 2008

AhLaN-AhLaN Ya RamaDhaN..




Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, aku terasa terpanggil untuk berkongsi peringatan bersama-sama dengan anda semua. Memandangkan kita semua sudah seharian menahan diri dari hawa nafsu daripada makan dan minum dengan sengaja serta daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa….maka tidak dapat dinafikan waktu berbuka puasalah merupakan waktu untuk kita melepaskan segala kepenatan serta untuk mengisi semula uncang-uncang perut yang telah seharian turut berpuasa
Tetapi ingatlah berpada-padalah kita ketika berbuka puasa kerana Allah telah berfirman : sesungguhnya orang yang boros (suka membazir) itu adalah saudara syaitan..(al-Israk:27)
Tambahan pula, dalam bab makan pula Allah s.w.t telah memberikan peringatan dalam firmanNya : “ Dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas “ (al-A’raf:31)
Oleh itu molek lah kita berfikir dengan bijak dahulu sebelum membeli sesuatu untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku. ‘ Tepuk Dada Tanyalah Minda’

4 comments:

Pjoyz Zul said...

bila nak update nih

WaFa' An NisA... said...

maaf la saya this week ada test..sangat cibuk..huhu..sabar ek..may be hujung minggu nih saya update..insyaAllah..hehe..

azwan bamadhaj said...

sampai dua blog???

boink jap...

WaFa' An NisA... said...

ohh..ala yang lagi satu tu blog english..kiteorg kena wat blog untuk english juga sbb miss ambik markah..huhu..tp klu nak leave any comment just kat dalam blog nih...by de way thanks 4 viewing my blog!!