Jadi aku menggagahkan diriku untuk pergi ke sana dengan mempositifkan minda disamping membetulkan nawaitu ku supaya pemergianku ke UPM adalah tidak sia-sia. Kebetulan pula, di UMP kenalan sematrikku dulu menyambung belajar di sana dengan mengambil kos Sains Matematik. Jadi perasaan aku semakin berkobar-kobar untuk ke sana.
Pada mulanya aku agak terkejut dengan persekitaran teman-teman debat disekelilingku yang bercakap tak henti-henti sehingga aku mengalami sedikit proses adaptasi..tentu anda hairankan??hmm..aku mungkin seorang yang peramah pada pendapat sesetengah kawanku tetapi ada di suatu tempat aku boleh menjadi seorang yang sangat diam dan agak ‘blur’….contohnya di UPM..aku menjadi susah nak bergaul dan agak diam..,cuma dengan orang yang aku kenal sahaja akan aku berkomunikasi… sampai di satu tahap aku berfikir yang dunia debat ni adalah bukan duniaku…agak sedih la..tapi aku cuba mempositifkan diri ku lagi sekali…aku rasa hal ini mungkin berikutan sifatku yang akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru disamping perlu berdepan dengan pendebat-pendebat yang sangat berpengalaman yang majoritinya adalah ‘lelaki’ dan al-maklum la, aku ni sedikit pemalu untuk bergaul dengan kaum adam sebenarnya. Boleh la aku spesifikasikan diriku pada waktu itu sebagai ‘culture shock’.
Tapi selepas mengikuti program di sana aku mendapati diriku sangat bertuah kerana pada pengamatanku dunia debat adalah sebuah arena yang sangat hebat dan menakjubkan disamping para pendebat perlu peka dengan isu-isu semasa. Jadi aku dapat merasakan jika aku dapat memberi komitmen yang sebaiknya terhadap dunia debat maka ia serba sedkit akan dapat mengubah diriku menjadi insan yang lebih petah untuk berbicara dan berkeyakinan..insyaAllah..amin…
4 comments:
very nice blog!
continue your work to update!
greetings from italy
Marius
hi..marius..nice to know U...thanks 4 viewing my blog..don't forget to leave ur comment next time..bye2!!
sape marius tu? dia paham ke post adik ni? heheheh
hehe..paham kot..saya pun x kenal dia..tp tak pe la...kiki...mana tahu lepas dia tengok blog saya dia ada minat nak belajar bahasa melayu..cehwah..x ke bangga saya..
Post a Comment