sempat lagi bergambar di dalam bas UMP..hihi..
Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 28 Ogos aku telah menjadi fasilitator kembara Al-Quds di bawah ‘Kelab Penyayang UMP’. Matlamat utama kembara ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuka minda para pelajar mengenai keadaan sebenar terhadap apa yang terjadi kepada negara2 timur tengah yang hebat diperkatakan hebat berlakunya peperangan dan penindasan pihak zionis terhadap Negara Islam. Kami mengembara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai pada pukul 1.15 p.m. Ini adalah pengalaman pertamaku untuk menjadi fc bagi pelajar2 sekolah menengah. Hatiku agak berdebar juga la ketika itu tetapi aku telan sahaja apa yang ada di depan ku dengan penuh keikhlasan. Aku dan teman sekelasku iaitu ‘Dilla’ mengetuai satu kumpulan pelajar yg terdiri daripada 8 org pelajar. 2 drpnya adalah pelajar tingkatan 4 dan selebihnya adalah pelajar tingkatan 5.
Selepas melakukan sesi perkenalan secara ‘zip zap’iaitu sama dengan apa yang kami praktikan dalam raksi dulu, jadi aku bersama temanku Aidilla memulakan modul pertama kami iaitu ‘Aktiviti Barang Kesayangan’. Aku cuba mengayat adik2 pelajar supaya melukis atau melakar sesuatu benda atau barang yg mereka paling suka dan sayang di muka bumi ini. Aku dapat melihat kesungguhan mereka untuk berusaha melukis barang atau benda kesayangan mereka dengan hati yang ikhlas kerana aku telah berpesan kepada mereka supaya ikhlaskan hati adik2 sebelum memulakan aktiviti ini walaupun sebenarnya mereka bukanlah seorang pelukis yang hebat pun. Selepas siap mereka melukis, aku dan temanku mengumpul barang2 kesayangan adik2 tadi dan dengan sesuka hati... kami telah mengoyak2 dan meremuk2 kertas tadi menjadi cebisan kecil di depan adik2 td dengan penuh emosi. Aku dapat melihat di mata mereka mutiara2 jernih jatuh berguguran membasahi pipi walaupun ada diantara mereka adalah pelajar lelaki. Aku dapat mengerti perasaan mereka. Hati mereka penuh dengan perasaan marah, benci dan dendam yang boleh diibaratkan seperti dirobek oleh pisau yang tajam dengan melihat perbuatan kami. Tetapi aku hiraukan saja dan cuba pulak untuk melihat apa tindakan mereka seterusnya..tetapi walau pun begitu tiada seorg pun yang bangun dan melawan tindakan kami. Mereka hanya tunduk dan menangis. Sebenarnya, mereka takut untuk melawan sebab kami adalah fc mereka…haha… Tapi tak apa sbb misi kami telah tercapai iaitu untuk membuatkan mereka sedar betapa pentingnya mereka menghargai orang2 yang mereka sayang terutamanya ibu bapa mereka. Bayangkan saban hari anak2 di palestin hidup sebatang kara tanpa ibu bapa kerana ibu bapa mereka dibunuh dengan kejam oleh pihak zionis tanpa sebarang belas ehsan sebagai seorg manusia. MasyaAllah!!
Aku dan Aidilla selepas selesai menjalankan tanggungjawab kami..

Walaupun ini adalah pertama kali aku menjadi fc tetapi aku dapat menyatakan bahawa aku dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Adik2 pelajar amat gembira dengan kami dan mereka berjanji untuk berusaha menjadi manusia yang berguna dan akan lebih menghargai orang2 yang mereka sayangi. Aku gembira kerana apa yang kami lakukan mendapat impak yang lebih besar dihati adik2 pelajar. Di samping itu, aku menambahkan lagi keinsafan adik2 pelajar dengan menayangkan video bagaimana seorang ibu ingin melahirkan anak dengan cara pembedahan yang aku perolehi daripada ' Ya A-khi'. Padaku, pengalaman ini disamping memberi pededahan dan keinsafan pada adik2 ia juga memberi seribu keinsafan kepada aku. Betapa perlunya aku menghargai ayahandaku dan bondaku serta kaum keluargaku sendiri yang berada jauh nun di utara…huhu…rindu awak semua!!! Oleh itu aku berharap anda semua jugak dapat menghargai barang2 atau benda yang anda sayang di muka bumi ini!!!
0 comments:
Post a Comment