Monday, September 22, 2008

ihYa RamaDhan..

Pada hari sabtu yang lepas, aku telah menyertai kem yang dianjurkan oleh SAHAM yang diadakan di taman pertanian, Pahang. Kedatangan ku ke sana agaklah lewat sehari kerana ada masalah tertentu yang tidak boleh dielakkan.
Kem ini banyak menyedarkan aku disamping menambahkan lagi ilmu pengetahuan aku mengenai agama khususnya...Alhamdulillah..pengalaman mengangkat mayat iaitu 'EQA' yang terpaksa menjadi mayat kerana saiznya yang comel iaitu pada pukul 3.50 pagi amat tidak boleh aku lupa. Untuk pengetahuan anda kami perlu membalut EQA dengan tisu sehingga menjadi seperti mayat. Selepas itu, kami perlu mengusung dia menggunakan kayu buluh..keadaan ini dapat diibaratkan seperti mengusung mayat di atas keranda dan kami juga perlu membaca surah al-Khiamah dengan mengelilingi mayat tersebut. Bagiku...hal ini amat menginsafi diriku.
still boleh senyum walaupun aku&eqa sesangat la penat..'senyumkan satu sedekah'
Akhir sekali, kami perlu membawa mayat ke tempat perkuburan. Di sana, upacara membaca talkim dijalankan. Hatiku sangat sebak ketika itu..mutiara-mutiara kecil mula membasahi pipiku mengenangkan diriku yang hina ini pada suatu hari nanti akan meninggalkan bumi yang fana ini untuk berjumpa dengan penciptaku..Allah s.w.t..adakah amalanku sudah memadai untuk berjumpa denganNYA...di sana hanya segala amalan yang aku lakukan di dunia ini akan membantuku kelak..imanku yang utuh dan benda yang paling penting sekali ialah RahMat dari Allah s.w.t..tanpa RAhMat dari-NYA tak dapat lah aku mencium bau syurga sekalipun..

semua pelajar yg hadir khusyuk mendengar ceramah dari Utz Mohd Abdu' walaupun ramai yg sudah mula 'berzikir'

hayatilah lagu ini........

GeLomBanG KeAdilaN!!

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga


Dari Munsyid: ShouTul HaroQah
(LaGu teMa kem IHya RamaDhan)

Berakhirlah sudah kem Ihya Ramadhan yg sangat singkat bagiku

0 comments: