Thursday, September 18, 2008

LeMbaRan BaRu 2...

Ha..sebenarnya banyak lagi benda baru yang dapat aku kutip sewaktu aku di UPM dan suka sekali aku untuk berkongsi dengan anda sekalian. Mungkin pada permulaan aku berada di sana aku berasa agak kurang gembira. Tapi semasa program ini dijalankan perasaan aku terus bertukar menjadi seperti sekuntum bunga orkid yang baru mekar dan mengambil masa yang lama untuk layu.
Aku mula menyesuaikan diri dengan persekitaran debat dengan mula mendalami dan memasukkan diriku ke dalam dunia debat secara perlahan-lahan.
Dengan bantuan ‘Ya A-khi’ dan senior-senior debat yang lain seperti Kak Masita, Abg Khairul, Abg Adam, Abg Fendi,Abg Jumain, Abg Yusrie dan tidak lupa juga kepada mantan debat UMP ‘Abg Azwan’ yang ‘hevoxs’ serta kawan seangkatan dengan aku iaitu Ika, Shima, Sherry, Helmi dan Q yang tidak putus-putus untuk memberi tunjuk ajar kepadaku, aku pun sedikit sebanyak dapat memahami lagi dunia debat disamping dapat mengenali sedikit sebanyak pendebat-pendebat universiti lain yang boleh aku katakan hebat dan ‘berstail’. ‘Terima kasih daun keladi, untaian kasih kekal abadi’ buat semua yang banyak menolong dan memberi sokongan kepadaku di sana.
bergambar bersama dengan Abg Azwan yg tinggi lampai
Ika, A-khi & Aku
'Debaters UMP'

Buat ‘Ya A-khi’ tiada kata-kata yang sesuai selain terima kasih kerana banyak menolong dan mengajarku erti sebenar perdebatan. A-khi banyak memperjelaskan realiti sebenar dunia perdebatan kepadaku disamping memberi kata-kata dorongan kepadaku sewaktu aku sudah putus asa dan tidak berkeyakinan terutamanya selepas perlawanan debat dengan UPM. Ingin saja aku menangis selepas waktu perdebatan itu kerana pesembahan aku sangat ‘lahar’. Tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat bermakna kepadaku . Walaupun lahar tapi apa yang ingin aku tekankan di sini ialah suasana ketika berada di meja perdebatan dengan duduk di kerusi semata-mata mendengar adalah sangat berbeza.
Allright…sudah habis kisah tu..kita masuk kisah lembaran yang lain pula..sekarang ingin sekali aku bercerita pengalaman-pengalaman yang aku kutip di sana selain berdebat.
Disebabkan jadual perdebatan di sini agak lengang dan keadaanku yang sudah kebosanan tahap menggunung ketika itu, aku dengan sesuka hatinya telah mengajak teman-teman sebilikku dan ‘A-khi’ untuk bersiar-siar di sekitar UPM. Pada mulanya teman-teman ku agak pelik kerana kami masing-masing tidak tahu apatah lagi biasa dengan UPM, tapi perasaanku terus memberontak untuk keluar walaupun sekejap kerana hatiku sudah tertawan dengan tasik kecil yang terletak di mini taman di sana dan juga pokok-pokok besar hijau yang mendamaikan. Alhamdulillah..hajatku akhirnya tercapai…hehe..terima kasih ‘A-khi’.

Org lain yg aku nak jumpa..org lain yg aku jumpa: terjumpa Aimi H3T2 di mini bazar UPM..dia terkesima kejap!!


Ika, Shima & Aku possing di taman pertanian UPM: disebelah ada buah durian yg luruh!!
bergambar di atas 'Pokok Telinga Gajah'

A-khi, Ika, Shima & Aku gembira dengan suasana taman mini yang hijau lagi permai..hehe

Inilah tasik yg begitu mengujakan aku sepanjang aku berada di sana..cantik kan view dia??

Di samping itu, silaturrahim antara kami pendebat-pendebat UMP junior dan senior juga semakin rapat dan mula terjalin kukuh. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat berkenalan dengan orang-orang yang sangat peramah dan begitu baik. Apa yang dapat aku simpulkan di sini, aku sudah mula merasakan diriku sudah menjadi sebahagian daripada kelab Orator dan aku juga sudah mula membuka hati kecilku untuk menerima dunia debat menjadi sebahagian dari hidupku. Semoga perjalanan hidupku kelak direstui oleh Allah swt yang Maha Mengetahui…amin..

melakukan diskusi mengenai tajuk yg akan diperdebatkan nanti

sempat lagi bergambar ketika menunggu waktu utk berbuka puasa

pakat-pakat dok pilih sajian untuk berbuka puasa

Inilah senior debat seseriku dulu..kak nida..berjumpa pada hari akhir program

kenangan bersama pendebat-pendebat seluruh universiti yg menyertai 'PERAMAH 08'

gambar sesat ketika mahu pulang..huhu..tk dapat jumpa temanku hanya sekadar berbual di talian..


4 comments:

Unknown said...

very very nice shots!
tnx for share ^_^
Marius!

Pjoyz Zul said...

Panjang la pulak ucapan untuk abg tu.. terharu skit.. hehehhehe... pape pun, slamat menyertai keluarga orator ump... teruskan minat dan usaha untuk memperbaiki diri... perjalanan masih jauh untuk dilalui.. ye dik... abg sentiasa doakan yg terbaik untuk adik..

WaFa' An NisA... said...

To Marius: ohh..thank you..(-_-)nice 4 being ur fan..a foreigneer fan..

From:suria_malaysia!!

WaFa' An NisA... said...

To A-khi:syukran..terima kasih... insyaAllah, i will try my best..terharu ka??hehe..x de pa pe la yg perlu diharukan..hehe..