Sunday, January 4, 2009

PemiLiHaN WaKiL M'SiA ke PeRtandiNgaN PiDatO AntarABangSa BM 2009...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....
Apa khabaq semua???..cek harap hampa semua cihat wallepatliat semua noh...haha...maaf tersasul skit...aku harap kalian sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera..aman damai...dan bahagia selalu...
Baiklah..pada hari ini aku dan rakan2 orator lain telah pergi ke UiTM Syah Alam untuk memberi sokongan kepada wakil tunggal UMP dalam pidato iaitu Abg Adam...pukul 4.30pagi hampir semua daripada kami sudah hadir menunggu di depan 'bus stop' ump...namun sedar @ tidak orang yang nak pergi bertanding pulak yang peliknya datang pukul 5 pagi...
ish2...hehe...jangan marah!!sebenarnya setiap universiti hanya perlu menghantar seorang sahaja wakil ke sana...namun yang lain2 tu bukan pergi ke sana hanya untuk memberi sokongan sahaja...namun...
kami telah diamanahkan untuk cuba mendalami lagi ilmu berpidato dengan lebih mendalam lagi supaya pada masa hadapan kami dapat menjadi pelapis dan pada pengamatanku...pendedahan mengenai pidato pada hari ini amat membanggakan ...jujur aku katakan...seumur hidup...aku belum pernah berpidato..
namun syarahan pernah la masuk semasa di sekolah menengah dulu...tapi apa yang menariknya mengenai pidato hari ini...aku dapat lihat sendiri bagaimana orang yang sama dulu berdebat..tampil dengan gaya berbeza di pentas pidato...berpidato bukan hanya menguji tahap intelektual anda...namun ia menguji sampai ke tahap mana ada boleh memanipulasikan lambakan fakta berubah menjadi pandangan bernas yang terhasil daripada buah fikiran anda...namun padaku pidato dan debat ada keistimewaanya tersendiri.....
disebabkan aku dah penat dan malas nak bercoleteh panjang...aku beri tahu saja lah keputusannya....Abg Adam hanya berjaya menduduki tempat ke-6..apa pun tahniah la sebab dia baru sahaja siap buat teks pada waktu pagi dan baru mula nak menghafal...hmm..namun pemenang bagi pertandingan ini tidak boleh dinafikan lagi kehebatannya....bak kata pemidato dari USM...
"dari mata jatuh ke hati saya....
dari hati saya jatuh ke hati anda"....
begitulah sedikit gambaran bagaimana hebatnya beliau tatkala berucap...nak tahu siapa pemenangnya....
"Saudara Syamsul dari UPM"....
namun saingan yang diberikan oleh 3 lagi peserta terakhir amat hebat kesemuanya..
iaitu daripada USIM yang macam dengar ceramah agama...daripada UiTM macam menyampaikan manifesto pilihanraya...
daripada UIA yang begitu lantang berbicara...
semuanya ada 'power' belaka...
sekalung bunga mawar untuk anda...
semoga pada tahun ini membawa seribu keberkatan buat Malaysia..
moga2 tanahairku menjadi juara...
amin.....

0 comments: