
Tuesday, July 28, 2009
seminggu berada di bumi tronoh...

Wednesday, July 8, 2009
shahrul tag-tpi aku lmbt jawab..sorry..bz!!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
cerita??..hehehe..dia nih aku jumpa kat tepi jalan ja..hehehe..tak la..aku jumpa kat kelab orator masa mula2 nak masuk debat...dia ngan aku adalah teammate waktu first tournament yg aku join...royal-08...dulu dia selalu buat aku nangis...nak tau sbb apa??sbb mulut dia macam lazer skit...hahaha....dia nih cakap straight ja....x ada bengkok2...tapi dia pun sensitive gak...aku tau..tapi sebenarnya ada hikamahnya..skang aku dah immune dah ngan dia...mean-dah x nangis dah..dah boleh caras dia balik..hahaha...terima kasih shahrul!!
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1)selalu mengamalkan dasar jangan meninggi diri walaupun kita lebih atau kurang dari org lain sbb yakin dan percaya.,..setiap org ada kelebihan masing2 dan hidup nih macam hukum karma..
2)suka jalan2 n shopping klu ada duit-selalu kena marah ngn mak..huhuhu
3)sangat suka chocolate n mencuba makanan best...sbb tu berat aku..hmmmmm...hehehe
4)suka belajar dari kejayaan org sebagai pembakar semangat
5)sangat x reti menyanyi dan susah giler nak ingat lagu-fail
6)suka dengar org nyanyi sbb kagum dengan suara-satu kurniaan yg agung
7)nak kawan ngan semua org..semua kaum...sbb kat situ boleh tau serba sikit kehidupan diowng...
8)tembam...makin berisi..sbb berlaku pertumbuhan.hahaha
9)nak makan spageti atas flight lagi...insyaAllah..skang kan influenza A H1N1
10)nak enjoy dalam semua aspek kehidupan..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog..tapi nak letak 7..hehe
1)adnor alhaimi-amyville-97
2)nurul aidilla
3)nur zalika zaini
4)helmi-heliumboy
5)haziatun
6)suharti
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"
malam bersama junior debat baru-09
malam nih orator yg terdiri daripada tiga kategori....bahasa arab..bahasa melayu dan bahasa inggeris menerima pendebat baru yang akan meneruskan dan membangunkan institusi debat UMP...insyaAllah...dah update dah...
Saturday, June 13, 2009
rezeki ada dimana-mana.....kini aku berada di UNIMAS
kiranya dah lama aku sudah tidak mengupdate blog aku...
makin lama aku menjadi makin malas...tidak senafsu mula2 aku membuat blog...
tapi tak apa..aku akan cuba berkongsi cerita hidupku di dalam blog ini kembali...hehehe
alhamdulillah ku panjatkan kepada Yang Maha Esa...
aku di beri peluang pergi ke UNIMAS....
kali ini aku bersama-sama team UMP pergi ke sana atas tiket pertandingan DEBAT PERPADUAN...sebenarnya tipu la klu aku katakan jika aku x gembira pergi ke sana...
salah satu sebab yg terpenting ialah naik 'flight'...seumur hidup aku x pernah naik 'flight' lagi...
almaklum la..duduk kat semenanjung ja...mana la berpeluang naik flight lagi...klu nak p mekah buat haji pun x tau bila lagi..nak belajar kat oversea family x bagi...nak melancong ngan family???hmm..t la bila aku dah kerja....so peluang keemasan ini amat menarik la buat aku
nih aku masa kat air-port masa dah ada kat dalam 'flight'....dok sebelah Jumaindan yang ke dua....aku dah berjanji ngan asfa...kalau berpeluang aku dapat pegi UNIMAS...dia nak bawak aku pusing sarawak...hehehe...mulut dia masin jugak...dapat aku sampai ke sarawak bumi kenyalang ni...
first sekali...aku risau jugak la sbb aku jer sorang pempuan kat dalam team nih yg pegi..yg lagi 5 semuanya lelaki...tapi alhamdulillah..semuanya baik2 belaka...walaupun muka korang nih ada macam2 jenis...hai nak cakap pun x sanggup....tapi statement dalam van tuer paling kelakar..."klu hisap rokok bukan perogol tak apa"....adui..hahaha...by the way..thanks U allz...hehehe...hahaha..kami sampai kat sarawak kul 10.30 am..2 jam sahaja perjalanan...hmm..aku sebenarnya takut pada ketinggian...masa flight dah start naik..rasa takut sangat...giler2 punya la...Allah ja tau tyme tu....nak ja aku bukak yassin tyme tuer tapi sebelah aku orang cina la plak kan..so control n selawat ja la...sepanjang kat dalam flight tuer..flight asyik goyang2 ja..adui..bagi yg first tyme cam aku nih cam risau gak la...tapi bila tengok jumain relax ja..aku pun jadi relax la..thanks jumain...hehehe...tapi best la....pengalaman dalam hidup..then bila dah sampai..aku kena jadi pegawai pengiring UMP...mula2 ingat dia tak asingkan aku ngan diowng...tapi semua pegawai pengiring n hakim duduk kat hotel...luar UNIMAS...sure la aku tak nak...aku bukan apa...aku rasa cam terpisah jauh ngan bebudak tuer la plak...then x boleh nak ngam dengan pegawai2 dari U lain...rasa double standard la plak...
so aku x kisah...aku cakap ja ngan urusetia dia yg aku nak menginap ngan budak2 debat lain...sbb aku datang sini nak belajar n mantapkan lagi debat aku...so alhamdulillah aku dapat...aku pun disokong oleh puan rozita dari UMT...thanks puan....kelam kabut jugak la diowng tapi jap jer...sorry korang semua...
Hehehe...nih yang paling kelakar...disebbkan semalam aku x cukup tidor....dengan perjalann yg amat penat dan x rehat pun petang tuer...so aku pun pengsan la dalam bilikku..sorang2 la plak...klu masa kat debat lain aku selalunya duduk ngan kawan la...kak mas..kak nadia..ka...yg kesiannya...aku silent enset plakkan...kesian bebudak tuer risaukan aku sbb x dapat contact aku..adui...maaf sangat...memang dah x sedar diri...
Wednesday, May 6, 2009
usul debat integriti '09
1Harga barang tanggungjawab peniaga
2Wawasan 2020 sukar dicapai
3Isu rasuah: NGO lepas tangan
4Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5PIN: Kita masih kabur
6Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9Politik Malaysia tidak telus
10Politik wang masih relevan
11Demokrasi di Malaysia semakin subur
12Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14Politik wang: beri salah tak beri kalah
15Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16Youtube menjejaskan integriti
17Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25Warga tua di malaysia terabai
26Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31Negara maju, remaja berintegriti
32Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35Program penerapan modal insan telah berjaya
36Peguam di malaysia amalkan integriti
37Politik stabil kerana integriti
38Sistem penghakiman kita sudah telus
39Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat
Gejala Rasuah :
Rasuah Menurut Islam
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan
| 1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
|
| 2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
|
| 3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
|
| 4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
|
| 5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
|
| 6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
|
| 7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan |


