Wednesday, May 6, 2009

usul debat integriti '09

USUL
1Harga barang tanggungjawab peniaga
2Wawasan 2020 sukar dicapai
3Isu rasuah: NGO lepas tangan
4Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5PIN: Kita masih kabur
6Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9Politik Malaysia tidak telus
10Politik wang masih relevan
11Demokrasi di Malaysia semakin subur
12Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14Politik wang: beri salah tak beri kalah
15Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16Youtube menjejaskan integriti
17Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25Warga tua di malaysia terabai
26Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31Negara maju, remaja berintegriti
32Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35Program penerapan modal insan telah berjaya
36Peguam di malaysia amalkan integriti
37Politik stabil kerana integriti
38Sistem penghakiman kita sudah telus
39Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat

Gejala Rasuah :



Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan

Wednesday, April 29, 2009

AkhiRnya..Final Dah Habis...


Tanpa diduga dan disangka....
Walaupun dah tahu....
Tapi penantian sudah pun berakhir.....
Penantian untukku pulang ke rumahku...
Kangan rasanya hati kecilku mahu pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta....
Ya Allah selamatkanlah perjalananku nanti.....
Walau pada asalnya.....
Aku tidak dapat pulang ke rumah....
Memandangkan permohonanku untuk menjadi fasilitator MINDS'09 berjaya....
Jadi perlulah aku menghadiri kem Pra-MINDS bermula 1-4 Mei...
Ditambah pula...
Pada 2-4 Mei pula ada bengkel bagi expoconvo'09...
Adui....
Macam mana ni????semuanya clash...
Then....6-9 Mei pula ada kem debat UMP...
Jadi bila pula untuk aku balik rumah??
Jadi...
Pada minggu final exam...setelah berfikir panjang....
aku mengambil keputusan untuk menolak menghadiri bengkel dan kem tersebut..
Kerana apa???
kerana aku tidak tahan melihat kesayuan wajah ibuku yang rindu akan anaknya ini...
seperti mana aku merindui keluargaku....
maka..sebagai anak....tidak akan sesekali aku akan mementingkan diri sendiri....
Jadi tidak ada sesiapa dapat memujuk aku untuk tidak balik hanya kerana untuk menyertainya...
Keputusan hanya diantara aku dan Dia....
Dia tahu apa yang terbaik untukku...
Muktamad!!!!



Friday, April 24, 2009

sepetang bersama....mengukir kenangan...

nampaknya sem 2 sudah hampir sampai ke penghujungnya...
hari ini..hari JUMAAT...
sebanyak 3 buah fakulti sudah menghabiskan final exam mereka....
dan hari ini juga kebanyakan mereka sudah pun pulang ke kampung masing2...
begitu juga dengan salah seorang teman sebilikku...dia pun bakal akan pulang..
jadi pada hari ini...
aku mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar di pantai Teluk Cempedak bersama mereka buat kali terakhir untuk sem ini....
sem depan aku sudah berpindah bilik dah sudah tidak bersama mereka lagi...huhuhu...
jadi.....
sepetang bersama-sama dengan teman sebilikku.....
menghabiskan sisa yang ada bersama-sama...
adalah sesuatu yang indah dan akan ku tambahkan dalam galeri kenangan buatku....

nih gambar masa bertolak...
asfa jadi driver....fahna assistant.....eja tetamu kami...dan aku...apa ek???entahla..penyibuk kot...hehehe


hai...
almaklum la bertolak dalam pukul 12.30 tghari....
selepas ja aku habis test analytical chemistry yang agak susah tu...huhuhu...
mesti la belum makan...jadi sampainya di sana...kami pun solat then makan beralaskan pepasir putih...dengan view yang menarik...lagi la best!!!


nih la roomate aku...sebenarnya kami berempat...
tapi cuma bertiga ja yang dapat bersama...
biar aku kenalkan...
yang baju hijau tu aku...hehe...
yang baju hitam tu wan nur farhana...panggil farhana....
then yang kat tengah2 tu namanya hasfaresah...panggil asfa...

kami semua nih sebenarnya pantang nampak kamera....klu suruh stop n count 1..2...3..
mesti ada ja gaya...hehehe...
apa pun..thanks to you all...
akan ku ingat segala pesanan korang terhadapku...terutamanya farhana la...
klu dia pesan...macam akak aku kat rumah...
tapi asfa ngan farhana memang akak aku pun...
mereka tua setahun dari aku...
tapi nampak seusia ja ngan aku...hehehe
so...please forgive me if i do anything wrong...
i wish a very good luck n always happy with ur life...
daaaaaaa......
lalalalala......

kerana mu mee kari cendawan.....

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
keranamu mee kari cendawan....
aku dan rakan2 sebilikku sanggup berbasikal pergi ke sana untuku menikmatimu...hahaha..
kedai makan ini hanya terletak kira2 500 meter sahaja daripada UMP....
walaupun minggu ni adalah minggu exam...
tapi dek kerana ingin melepaskan stress selepas menjawab paper engineering mechanics....
aku memaksa teman2ku ke sana....
gigih!!!!
tapi sangat best.....hehehe...
lagi mengkagumkan.....
walaupun aku mempunyai lesen motorsikal dan teman2ku mempunyai lesen kereta...
namun kami memilih basikal sebagai alternatif terbaik untuk ke sana...
walaupun penat....tapi berbaloi...
cubalah ek!!!

Thursday, April 16, 2009

Hai dah nak exam dah...nak habis dah sem 2!!

Assalamualaikum.....
dah lama dah aku x update blog ni....
tapi sekarang...inilah perasaan aku minggu ni...
sangat pening....stress...
almaklumla minggu study week....




apa pun aku berharap segala usaha aku akan dapat diberkahi oleh Allah SWT....
semoga aku dan rakan2 dapat buat terbaik pada final ExaM t..insyaAllah...
mataufiqwannajjah.....

Saturday, April 4, 2009

k-saintis'09

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....
Sempena mengangkat tema k-sainstis II pada tahun ini iaitu
Kecemerlangan Sains & Teknologi
Pemangkin Ummah....
Jadi dengan mengadaptasikan hiburan nasyid sebagai salah satu medium berdakwah...
K-saintis II pada tahun ini membawakan khas kumpulan nasyid terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Rabbani
kepada warga UMP dan juga tetamu2 yg dijemput khas daripada luar UMP....

aku dan abg adam diberikan mandat sebagai juruhebah pada malam itu....
gambar ni masa interview utz Asri & utz Azdan...
sporting habis..tapi utz Asri x berapa sihat....

masa mereka buat persembahan....
adik2 pun diajak sama....
ada juga penonton diajak menyanyi bersama then dapat hadiah cd terbaru rabbani dan majalah asuh...nak juga..

aku dan abg adam pun bersama-sama menyanyi dengan Rabbani...
masa akhir konsert diowng

aku ngan kawan mengambil kesempatan mengambil autogaf daripada kump rabbani...
sebenarnya org yg membeli produk mereka ja yg boleh meminta autograf....
tapi disebabkan aku ni special skit...hehehe...
boleh la aku mintak atas buku ja..