Thursday, August 28, 2008

LeMbaRan baRu daLam Hidupku...sekali aku melangkah tidak akan aku berpatah balik!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada semua sahabat-sahabat yang saya muliakan. Terlebih dahulu maafkan saya kerana membahasakan diriku ‘aku’.Aku mulakan penaku dengan mula bercerita mengenai pengalaman ku ketika aku mula menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Pahang atau lebih di kenali sebagai UMP. Ketika aku mula menerima tawaran, aku agak tertanya2 betulkah pilihan yang dibuat oleh ku untuk meneruskan pengajian ke ‘MENARA GADING’ dengan memilih UMP sebagai tempatnya????…tapi aku bukan seorg yang mudah tergoda dengan asutan mengenai orang disekelilingku mengenai keburukan dan ketidakselesaan di UMP…banyak perkara yang kurang menarik hinggap di telinga aku..tapi aku masih berdiri teguh dengan prinsip aku bahawa ‘belum cuba belum tau’.
Keberangkatan aku ke UMP diiringi oleh keluarga aku sendiri tetapi tanpa kehadiran ayahandaku yang tercinta atas sebab2 tertentu. Mereka sanggup bersusah payah datang ke Pahang untuk menghantar aku disamping doa2 yg dipanjatkan oleh saudara2 aku yg lain kepadaku supaya aku dapat menempuh dunia kampus dengan lebih tabah dan ‘mantob’. ‘Syukran jazilan’ semua.
Pada 1 Julai yang lalu aku tiba pada pukul 10.30 pagi dengan keadaan sedikit kekalutan kerana kekasih hati ku ‘IBUKU’ deman panas. Aku pada mulanya amat sayu melihat kaadaan ibuku yg tidak terdaya kerana sakit terutamanya pada hari terakhir aku berada dekat disampingnya. Apa yang amat memilukan hatiku lagi apabila dia cuba memerahkan kudratnya untuk turut bersamaku dalam pendaftaraan masuk pelajar baru ke UMP. Ketika itulah aku menyedari bahawa betapa hinanya aku jika aku tidak dapat membalas segala jasa ibuku yang selama ini sanggup bekorban demi aku.Sebelum aku mendaftarkan diriku untuk menggelarkan diriku sebagai seorang mahasiswi aku menemani ibuku ke klinik yang berhampiran. Jika aku tidak salah namanya ialah ‘Klinik Al-Amin’. Apa yg mengejutkan aku ketika itu ialah Doktor yang merawat ibuku ketika itu ialah orang sekampung aku. Beliau turut mendoakan kejayaan aku di sini.
Di UMP banyak kekawan yang dulunya se matrik dengan aku. Tidak ku sangka cempedak jadi nangka 2 orang rakan setutor aku pun dapat melanjutkan pelajaran mereka di UMP tetapi berlainan kursus. Salah seorang daripadanya ialah orang senegeri dengan aku iaitu ’KEDAH’.
Apa menariknya tentang minggu orietasi yang lebih selesa di gelar MINDS di UMP ialah hanya 4 hari sahaja ia dilaksanakan berbanding universiti teman2 aku yang lain. Walaupun kami agak beruntung tetapi kepenatan yang kami rasai sepanjang minggu itu dijalankan sudah memadai untuk aku.Tetapi minggu orientasi lah yang menjadi guru awalku untuk aku memahami dan mengerti mengenai keadaan di UMP khususnya. Bak kata pepatah ‘Tak kenal maka x cinta’.
Walaupun aku baru sahaja melangkah ke dunia UMP dan masih lokek dengan pengetahuan mengenai kampus ini , tetapi aku sudah berani untuk menyahut cabaran seorang fc untuk menjadi Pengerusi Majlis pada suatu acara yang dijalankan. Walaupun aku agak gementar ketika itu kerana sudah lebih setahun aku tidak bergiat aktif dalam mengacarakan sesuatu majlis tetapi selaut kesyukuran dirafakkan kerana majlis itu berjalan dengan jayanya dan aku juga mendapat banyak pujian daripada teman2 ku sendiri & juga fc yang mencabar aku itu. Beliau jugak mendoakan aku semoga aku berjaya dalam menempuh alam uiversiti yang mencabar ini. Aku jugak menjadi wakil bagi Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dalam majlis penutupan MINDS 2008 disamping pembacaan ikrar dilaksanakan. Inilah antara perkara2 yang aku tempuhi sebagai muqaddimah lembaran hidupku di ‘MENARA GADING’ yang akan memberi nafas2 awal kepadaku untuk menempuhi alam kampus.



ketika majlis penutupan MINDS_pembacaan ikrar

Tuesday, August 26, 2008

SebuAh peRtemUan Yg x DisanGka-sAngKa...

Aku bertanya pada sebuah pertemuan…
Yang menyedarkan aku dari kegelapan ragu-ragu,
Yang memberi sinar kefahaman
Membukakan daku pintu keikhlasan
Menerangi malap hidupku
Menerangi jalan buntuku…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Aku memohon belas kasihan-Mu
Biarkan daku walaupun sekejap….walau sejenak bersama pertemuan ini.
Kerana…
Pertemuan inilah yang menginsafi diriku
Definisi seorang teman dan sahabat
Kasihku pada pertemuan ini…
Segunung berlian tak mampu mengganti…
Sebuah pertemuan tanpa dirancang
Menjentik hati unuk terus tabah…
Ketika aku mencari sinar
Hadirnya sebuah pertemuan
Syukur ku lafazkan…
Tiada yang menjadi impian,
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati seorang insan,
Bernama teman…

Sunday, August 24, 2008

QUOTES

1) If you can accept rejection and reject acceptance, then there is nothing you should afraid of attempting-GRANT ORMEROD-
2) Listen to your head but follow your heart-MARTINA NAVRATILOVA-
3) After you turn forty-years old, never trust anybody with a thirty-one- inch waist –BILLY COSBY-
4) Reflect on your present blessings, of which every man has many; not on your past misfortunes, of which all men have some-CHARLES DICKENS-

wHaT dO u ThInK??



Are men like this???
If you treat him nicely, he says you are in love with him,
If you don’t, he says you are proud,
If you dress nicely, he says you are trying to LURE him,
If you DON’T, he says you are from KAMPUNG,
If you are ARGUE with him, he says you are STURBORN,
If you keep QUITE, he says you have no BRAINS,
If you SMARTER than him, he’ll lose FACE;
If he SMARTER than you, he is GREAT,
If you don’t love him, he tries to POSSESS you;
If you love him, he will try to LEAVE you. (Very true? huh)
If you don’t make love with him, he says you don’t love him;
If you do!!! He says you are CHEAP,
If you don’t he says that you don’t TRUST him,
If you SCOLD him, YOU are like a NANNY to him;
If he SCOLDS you, it is because he CARES for you,
If you BREAK his, he is FORCED to do so,
If you SMOKE, you are a BAD girl. (YES...)
If he SMOKES, he is a GENTLEMENT. (NO...)
If you do WELL in your exam, he says it’s LUCK,
If he does WELL, it’s BRAINS,
If you HURT him, you are CRUEL;
If he HURTS you, you are to SENSITIVE & so hard to please!!!
If you send this to guys, they will swear that it’s not true…
But if you don’t them say you are selfish…
What do you think?? I also don't know but from it wat can i say is most of it are correct..haha..
So, 4 my fenz who read it just give some opinion may be can share something...:P

THE MEANING OF FRIENDSHIP


If being a friend means love,
Then I’ll give it to you,
If being a friend means happiness,
Then my friendship is true,
If being a friend means you,
Then I’ll be always at your side,
If being a friend means sharing,
Then you we’ll always be mine,
If being a friend means someone to talk to,
Then my ears are listening always,
If being a friend means depressing,
Then I’ll be your sun,
If being a friend means fun,
Then it’s true what everybody says,
If being a friend means shy,
Then I’ll be the brave one,
If being a friend means smile,
Then I’ll have it all the time,
If being a friend means friendship,
Then I want to be your friend,
If being a friend means loyalty,
Then I’ll always remain a friend.
'EqA' my Closed n beSt fRenz heRe...she Will kNow anyThiNg abOut me B4 aNyone knoW it....
She Is likE my Sister B'coZ shE is YounGer thAn Me...i Alwyz CalleD her 'Adekku'..

APA YANG TERSEMBUNYI DALAM HARI…

AHAD: Allah menjadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh.

ISNIN: Nabi Idris A.S dinaikkan ke langit.
Nabi Musa A.S mengunjungi Bukit Tursina.
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan.
Rasulallah wafat.

SELASA: Nabi Yahya A.S wafat dibunuh.
Nabi Zakaria A.S wafat dibunuh.
Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
Asiah, isteri Firaun mangkat dibunuh.
Lembu kaum Israel dibunuh.
Habil dibunuh oleh Sabil.

RABU: Qarun hancur binasa.
Firaun dan tenteranya ditenggelamkan.
Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk.
Umat Nabi Salleh A.S dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail.
Umat Nabi Hud A.S dimusnahkan oleh Allah dengan angin taufan.

KHAMIS: Nabi Ibrahim A.S memasuki mesir.
Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S menemui baginda.
Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf A.S di Mesir.
Nabi Yaacob ertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
Nabi Musa A.S memasuki Mesir.
Nabi Muhammad S.A.W memasuki Makkah.

JUMAAT: Nabi Adam A.S berkahwin dengan Hawa.
Nabi Yusuf A.S berkahwin dengan Zulaikha.
Nabi Musa A.S berkahwin dengan Siti Safura anak Nabi Syuib.
Nabi Sulaiman A.S berkahwin dengan Siti Balqis.
Rasulallah berkahwin dengan Siti Khadijah dan Aisyah.
Ali dan Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah.

SABTU: Nabi Nuh A.S diperolok oleh kaumnya.
Nabi Salleh A.S ditipu umatnya.
Nabi Yusuf A.S ditipu saudaranya.
Nabi Musa A.S ditindas Firaun.
Nabi Isa A.S diperdaya kaum Yahudi.

RESEPI ISTIMEWA ‘BISKUT KEJAYAAN’

100 gram imiginasi
50 gram matlamat
2 cawan perancangan
1 kg tepung usaha
1 cawan amalan
½ camca semangat
Serbuk naik (rajin) secukup rasa

Cara-caranya ialah…
1) Pukul imiginasi bersama matlamat hingga kembang
2) Apabila sudah kembang, masukkan 2 cawan perancangan itu tadi. Biarkan 15 minit supaya ia naik
3) Setelah itu, masukkan 1 kg tepung usaha dan 1 cawan amalan
4) Setelah segala lembut, masukkan ½ camca semangat dan gaulkan sebuk niat dan rajin secukup rasa
5) Uli adunan tadi dan terapkan mengikut adunan kegemaran anda
6) Setelah itu, bakar dengan api semangat membara


*Renungan..
Sesungguhnya sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia dilihat sebagai pejuang ‘fisabilillah’ hinggaah ia kembali.

Hadis riwayat Tarmizi dan Darimi.

Jadikanlah Pedoman Hidup Kita Semua....(^_^)

Pada suatu ketika iblis megiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjayanya. Pada hri tersebut, seluruh perkakasnya dipamerkan untuk dilihat calon pembelinya. Lengkap dengan tanda harga seolah-olah kita masuk ke kedai ‘hardware’. Barang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna, sesuai fungsinya dan harganya pun tidak mahal.
Antara barang yang dijual iaah dengki. Iri hati, tidak jujur, tidak menghargai orang lain, tak tahu berterima kasih, malas, dendam dan lain-lain.
Di suatu sudut pameran, ada satu perkakas yang bentuknya sederhana, sudah agak buruk, tetapi harganya jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Salah satu calon pembeli bertanya, “Apakah nama alat ini?” Iblis menjawab, “Itulah namanya putus asa” “Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?” tanya pembeli itu lagi. Iblis menjawab. “Ya, kerana perkakas ini amat mudah dipakai dan aat berguna. Alat ini dengan mudah dapat masuk ke dalam hati manusia. Mudah juga melakukan apa sahaja yang diingini terhadap manusia tersebut, temasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakannya kepada hampir semua orang, kerana kebanyakan manusia tidak tahu bahawa PUTUS ASA itu milik saya.”
*serahkanlah hidupmu pada Allah, biarkan Dia sahaja yang ada di dalam hatimu, kerana bersama-Nya, nescaya kau tidak akan berputus asa…..

Mana tahu…”

Manusia ini suka sangka-sangka,
Ada sangkaan baik,
Ada sangkaan buruk,
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang makan banyak disangka pelahap,
Orang yang makan sikit disangka diet,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka hina,
Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri.
Orang yang ceria disangka membela,
Orang yang baik disangka buruk,
Orang yang buruk disangka baik,
Orang yang menawan disangka pakai susuk,
Orang yang manja disangka mengada-ngada,
Manusia ini suka mana tahu,
Mana tahu diam-diam itu berzikir pada Allah,
Mana tahu senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya,
Oleh iu, jauhilah sikap suka bersangka-sangka….