Friday, October 31, 2008

SeriBu KeteNangaN..

Buat kawan2 ku sekalian....minggu peperiksaan hanya akan bermula beberapa hari lagi...mungkin ada diantara anda berasa stress n masih berasa tidak bersedia untuk menghadapinya lagi...
Mungkin ada diantara anda yg berkecil hati dengan rakan2 anda yg juga stress dan menghembur kemarahannya terhadap anda...
Hanya sabar dan tenang saja antara nasihat yg aku mampu berikan kerana aku juga mengalaminya..."stress"...tp aku x membiarkannya menguasai diri ku begitu sahaja kerana bagus juga mempunyai stress sebab ia membuatkan kita semakin gigih berusaha untuk belajar supaya dapat memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan..cuba positifkan stress anda ke tempat yg betul.
Jika terlalu tertekan cuba rehatkan minda dengan membaca al-Quran..
Satu pesanan ku khusus buat kalian semua...disamping kita berusaha 'study' jangan lupa terhadap hubungan dengan Pencipta Yg Maha Kuasa...banyakkanlah berdoa kepadaNya semoga kita diberi kesihatan yg baik dan kesenangan ketika menjawab exam nanti..InsyaAllah!!Banyakkanlah solat hajat di awal pagi...
terima kasih buat kak Ainul yg banyak memberi nasihat dan dorongan kepada aku...syukran ya ukhti!!


SeLaMaT MeNJaWAB SoALaN PepeRiksaaN BuAt sEmuA!!
Ma' TauFiQ Wan NajjAH....

JaMuaN raYEr BkB 2008

Eqa & Me!!

Pada 29 Oktober yg lepas...Jurusan Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)..(BKB) telah mengadakan jamuan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri..jamuan ini telah dikelola sepenuhnya oleh senior2 BKB tahun dua..

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin disamping mendoakan semoga para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang dan berjaya...insyaAllah!!
Selepas sahaja mendengar ucapan daripada dekan fakulti fkksa iaitu PM Zulkiplie Hassan..kami semua dijemput menjamu selera...

Antara makanan yg disediakan ialah nasi impet..bihun goreng....satey..mee kari...roti jala..dan air oren..dengan bayaran RM7.00 seorg..

amboi berseleranya Eton makan..hehe

Tahniah aku ucapkan kepada yg berkenaan walaupun persiapan yg dilakukan agak tergesa-gesa kerana semua sibuk dengan persiapan peperiksaan....namun majlis tetap berlangsung dengan sebaiknya..alhamdullilah..;-)


bergambar bersama-sama dengan sir zul yg sporting habis la!!we will alwayz remember U..:-)


sebahagian rakan2 sekelasku yg hadir



Friday, October 24, 2008

SaaT RindUku BerBisIK.....

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada belai kasihMu
aku mengharap akan maghfirahMu,rahmatMu,dan perlindunganMu
untuk aku menapak,dan berlari ke dalam dakapanMu
tenteram bersamaMu
dengan tangisan kesyukuran yang penuh syahdu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
untuk menjadi hamba sebenar-benar hamba kepadaMu
aku mengharap akan keampunanMu
untuk aku mensucikan hati
membersihkan jiwa
dan menyediakan kudratku untuk dicurah di jalanMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada kehidupan yang ditujukan untukMu
aku mengharap akan restu dan keredhaanMu
sebagai obor untuk aku menyuluh jalan menuju kebahagiaan yang abadi
sebagai azimat untuk aku tabah ketika rebah
sebagai pemujuk di kala aku berputus asa
sebagai kekuatan ketika aku bersendirian
sebagai iltizam untuk aku terus merempuh dugaan

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada hamba-hambaMu yang soleh
aku mengharap akan pertolonganMu
mengikat hatiku kepada mereka
menghampirkan aku kepada mereka
menelusuri jejak-jejak mereka
dalam menggapai cinta dan keredhaanMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada ilmu yang menjadi cahaya hidupku
aku mengharap akan hidayahMu
untuk aku mengutip mutiara-mutiara hikmah
dan menjalin ia untuk menjadi hiasan indah dalam hidupku
justeru menjadi kalungan amal buatku
untuk menjadi hamba yang taat kepadaMu

Tuhanku...
saat rinduku berbisik...
kepada pertemuan denganMu
aku benar-benar mengharapkan...
kehidupan yang aku lalui
bukan sia-sia
tetapi akan menjadi satu tempoh singkat dalam perjalanan rohku
yang penuh dengan amal bakti untukMu
sarat dengan keampunanMu
dilimpahi keredhaanMu
dibasahi dengan kasih sayangMu

Tuhanku...
restuilah kerinduanku
yang selalu berbisik
untuk aku mengungkapkan cintaku kepadaMu....

cetusan rasa,
...hannan...

Thursday, October 23, 2008

NuKiLan Yg TiBa-TiBa diiIhamKan.....

Salam buat kesemuanya..hari ini aku teringin sekali menulis mengenai sesuatu yang aku pernah fikir tetapi saja buat tak kisah dan pandang enteng...
apakah itu??haha..ia mengenai seekor anak burung
yang baru sahaja melihat realiti dunia yang sebenar....baru menyedari betapa pentingnya untuk dia berdikari sendiri selepas ditinggalkan ibubapa tercinta yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka iaitu hanya dengan mengajarnya perkara-perkara asas untuk terbang dan mencari makanan untuk terus hidup.
Si anak burung yang comel ini tidak pernah berfikir mengenai rintangan dan halangan yang harus di lalui olehnya kelak untuk meneruskan hidup tanpa ibubapanya sebagai pembimbing...semasa bersama ibubapanya, mereka tidak putus-putus menasihatinya supaya dapat menjadi anak yang baik dan pandai berdikari jika mereka sudah tidak berada disampingnya kelak....biasalah bagi keluarga burung..selepas mengajar anak unuk terbang mereka akan terus meninggalkan anak mereka...jadi sekarang dan ketika ini si anak burung yang comel ini baru sahaja bangun dari dibuai mimpi yang enak....
Dia menyedari untuk meneruskan hidupnya dia perlu kuat dan tabah kerana dia yakin dan percaya setiap perbuatan dan kesungguhan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Yang Maha Kuasa....oleh itu si anak burung yang comel ini sudah mula mengorak langkah untuk membina masa hadapan yang berjaya dan membanggakan dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan hidupnya sebagai si anak burung yang comel menjadi burung dewasa yang cantik dan pandai berdikari kelak...
Dia juga percaya tanpa usaha yang gigih masakan kelak dia dapat jadi burung dewasa yang berguna kepada kaum burungnya kelak....jadi seribu keinsfan telah datang ke dalam dirinya supaya bangun untuk memperjuangkan hidupnya walaupun dia masih lagi si anak burung yang comel.....tapi itu bukanlah penyebab utama untuknya tidak berjaya!!jadi fikir2kanlah sejenak bagaimana nasib kita jika kita mengikuti tingkah laku si anak burung yang comel ini??

Tuesday, October 21, 2008

My FiRsT sTeP.....


My first step in debate...AKU n SHAHRUL

Inilah lembaran baru buat aku untuk lebih mengenali dunia debat antara universiti2 seluruh Malaysia. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan keizinan-Nya aku dapat pergi ke MMU untuk turut serta dalam pasukan debat UMP. Mujurlah tiada aral melintang yang menyekat aku dari pergi ke sana.



aku, kak nadia n ani
Aku berasa diri ini sangat bertuah kerana dapat pergi ke sana, jadi tidak sesekali aku melepaskan peluang untuk belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dariku iaitu daripada

Abg Khairi, Abg Firdaus dan Akak Nadia berkaitan dengan dunia perdebatan. Mereka sangat baik dan sangat membantu aku walaupun dalam kumpulan itu aku tidaklah sehandal mereka.
Perkara pertama yang aku sangat sesali dan mengambil iktibar darinya ialah kumpulan kami kekurangan fakta-fakta yang kukuh berbanding dengan kumpulan2 lain. Jadi ingin sekali aku tegaskan di sini sekali gus mengingatkan diri ku sebagai pendebat kita perlulah banyak membaca di samping cuba mencari sebanyak mungkin fakta2 kukuh untuk melawan kes. Tanpanya kita akan susah sekali untuk menegakkan kes kita.

Pada pemerhatianku, debat pengguna kali ini boleh dikatakan bagus sekali walaupun aku tidak tahu bagaimana dengan debat pengguna sebelum ini. Banyak pendebat2 yang aku jumpa di UPM yang lalu ada bersama menyertai debat FomCa ini. Apa pun pengalaman yang aku kutip sepanjang berada di sana tidak akan aku sia-siakan begitu sahaja….insyaAllah…

aku & ani ketika melihat debat akhir iaitu antara uia & upm

shahrul,aku & ani...hati2 semua kerana shahrul sudah mula melahar!!!

Abg Firdaus n Abg Khairil yg santai sekali..hAhA
kesian Shahrul x dapat nak masuk sekali dalam gambar...haha..nampak spect pun ok la ek!!
pemenang utk 2nd place-UPM
pemenang utk 1st place-UIA...tahniah buat akak kajol terutamanya!!

selamat tinggal MMU & debat pengguna 2008...

selamat tinggal juga kepada Bandar Melaka bandar bersejarah..

Wednesday, October 15, 2008

My EnglisH FinaL ProjEct...

my group members 'dendrobium' or ' katak_pinkmuda'

ola everyone..okay...

now i would like to tell u all about my english final project...haha...after a short discussion we have decided to choose a bicycle as our product.....hmm.... first of all it's sound quite funny n not too interesthing to do right??but then we really mean to do it..haha....u might think that it is easy to do it..but..before the exhibition day we are very busy to prepare for that day..we must design the broucher...present to the lecturer the paper work...our paper work have been corrected twice but 'not rejected'...then during the exhibition day is the best day for me...wat special about this day is...we must promote our product like usual exhibition that i always attend...haha..wat can i say is our exhibition is successed....our lecturer Miss Faridah is very happy on that day n she said to all of us that we have done a very good job n she likes it..alhamdulillah..thanks to the GOD!!

Our model..Pioneer Mountain Bicycle

actually there are many people in front us...hehe..im presenting my part to the audience..
my friend 'lilo' do the demostration to the audience
after the demostration one of my audience..chitra..try to ride the bike
warning!!the girl who wear baju kurung can't ride this bicycle okay!!!

Saturday, October 11, 2008

PaNdaNgan mATa..

Pandangan mata selalu menipu.....

Pandangan akal selalu tersalah......

Pandangan nafsu selalu melulu......

Pandangan hati itu yang hakiki......

Kalau hati itu bersih......

Thursday, October 9, 2008

BilA paDeri MemBuka RahsiaNya..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.""Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!""Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?""Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?
"Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .
** NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Sunday, October 5, 2008

puaSa Enam Di Bulan SYawal...bnyAk FadhiLaTnYa..

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Berakhir sudah puasa yang wajib ke atas semua umat manusia tapi marilah kita semua melakukan puasa sunat enam di bulan syawal yang banyak fadhilatnya….
Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya,dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Apabila daunnya tidak kering, malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.
Begitu juga dengan keadaan manusia, di dalam bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca al-Quran dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan kebajikan. Iaitu semata-mata mengharapkan diterimanya semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterimanya segala amalan itu ialah sesudah bulan Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan selalu beribadah.
Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh. Banyak kelebihan-kelebihan dan keutamaannya yang disebut olehRasulullah saw dan orang-orang soleh.
Sabda Nabi saw.:“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan Syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.”“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.”
Cara puasa enam hari, seelok-eloknya dibuat berturut-turut.
Kata ulama: “Yang lebih utama puasanya enam hari itu berturut-turut tidak berpisah, kerana berturut-turut itu lebih mendekatkan terangnya hati daripada berpisah-pisah.”Dengan berpuasa berturut-turut kita dapat merasakan seperti puasa di dalam bulan Ramadhan.
Semasa berpuasa iaitu eloklah dilakukan amalan-amalan seperti apa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.
p/s: Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang taat, yang dapat memelihara diri dari kemungkaran dan terpimpin menuju keredhaan Allah...insyaAllah

PenAntiAN YanG SuDah berAkhiR..SeMogA BerteMu LAGi tAhun HadaPan!!

Akhirnya berakhir sudah Ramadhan 1429 hijrah. Pantas sungguh masa berlalu. Ku rasakan baru semalam baru menyambut kedatangan Ramadhan sekarang ahlan-ahlan ya Syawal..sudah hampir 5 Syawal telah pergi meninggalkan kita. Cepat sungguh ia berlalu pergi tanpa kita sedari. Syawal pada tahun ini agak berbeza padaku...
Walaupun dulu aku pernah menjadi anak perantau tetapi kali ini agak berlainan sedikit.



serunding ayam yg dibuat oleh aku..penat nak wat..huhu..

Semua kerja-kerja rumah semua dilakukan oleh aku walaupun ada juga mendapat bantuan dari adik dan ibuku. Apa yang menariknya kesemua persiapan raya tahun ini dilakukan oleh aku..haha..hal ini kerana ibuku sangat sibuk menguruskan kakakku yang baru melahirkan anak lelaki…

walaupun sibuk sempat lagi ibuku membuat ketupat palas + rendang daging yg sedap tapi "lemang" abang&kakak aku yg buat..

setelah selesai sahaja sembahyang raya nak tahu apa aku buat??hehe...


nilah laksa kedah kuah lemak yg aku buat..mendapat pujian ramai.haha...lawak ja


menghidang makanan..
beraya ke rumah kawan2 seperjuangan yg masing2 sedang sibuk membina kerjaya yg berbeza..

Aidilfitri kali ini sungguh singkat bagiku kerana pada raya keempat aku sudah mula berangkat pulang ke UMP..aduh..huhu..apakan daya. Inilah nasib bagi seorang pelajar seperti kami. Bagi teman-temanku yang pusat pengajiannya berada tidak jauh dari rumah...sudah pasti mereka masih berkasih-kasih bersama-sama keluarga tersayang. Dugaan betul!! tapi tak apa..inilah yang dinamakan perjuangan untuk menempuhi ranjau kehidupan...caiyok SurIa!!