Thursday, January 1, 2009

MeNgimBau MeMoRi InDah tYmE FirsT DeBaT(royal 2008)..

Haha....
disebabkan minggu nih aku banyak tak ada kelas....
maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengumpulkan gambar2 bermula masa perkampungan debat sehingga royal tempoh hari di UIA...jadi aku bingkaikan dan titipkan sehingga ia menjadi memori dan kenangan buat aku....

Inilah sifu2 yang mengajar kami sepanjang perkampungan debat...terima kasih daun keladi..tahun depan jadi la lagi....hehe..betoi kan Abg Ali..Abg Faiz..Abg Azwan..Abg Raja..???

masa nih tyme enjoy...
waktu lepas trainning kami off one day pegi main bowling kat megamall..hai dah lama dah aku x main bowling...masuk longkang jugak la..huhu..
then p TC...abg raja conduct game tyme 2..best sangat...ada jugak kat cini aku letakkan gambar tyme kiteorg pegi umah abg faiz kat sentul...dia ajar kiteorg masak spagetti...
tyme tu ada la yg digelar mak ngah..nenek..mak long..cucu..hai sweet sangat..hehe..menitis jugak la air mata aku tyme tu(pedas makan spagetti ler)..tapi sedap sangat!!

Ha...
ni lah team debat BM UMP...
2 kump junior n 2 kump senior..
apa pun tahniah buat semua...korang memang hebat!!!x semestinya kita gagal skang bermakna kita akan gagal utk the next tournament kan..

Lastly....gambaq2 nih tyme dinner madum n habis royal 2008...

the end.....

SurAT DrP Tun kEpADa Barack Obama..


Dr. Mahathir menegaskan, walaupun tidak mengundi Obama semasa pilihan raya Presiden AS, tetapi beliau adalah salah seorang anggota masyarakat dunia yang turut terjejas di atas sokongan yang ditunjukkan oleh AS.
''Saya mengalu-alukan janji anda (Obama) untuk melakukan perubahan, tentunya negara anda (AS) memerlukan banyak perubahan.
''Ini kerana AS dan rakyatnya paling dibenci penduduk dunia, malahan orang Eropah sendiri tidak suka kesombongan AS,'' katanya.
Obama dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44, menggantikan George W. Bush pada 20 Januari ini.
Dr. Mahathir dalam desakannya itu meminta Obama menyelesaikan konflik Israel dan Palestin serta meletakkan agenda tersebut dalam senarai perubahan yang akan dilakukannya.
Sembilan desakan yang dipaparkan di blog Dr. Mahathir ialah;
1)Berhenti membunuh orang ramai. AS sangat gemar 'membunuh' orang ramai untuk mencapai matlamat kuasa besar itu;
2 ) Berhenti menyokong pembunuh iaitu Israel melancarkan keganasan di Semenanjung Gaza dengan menggunakan wang dan senjata AS;
3)Berhenti mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak boleh melakukan perkara sama terhadap AS;
4)Hentikan para saintis dan penyelidik AS daripada membina senjata baru untuk membunuh ramai orang dengan lebih cekap;
5)Hentikan pengeluaran dan penjualan senjata kepada dunia;
6)Hentikan usaha untuk mendemokrasikan semua negara di dunia. Demokrasi sesuai di AS tetapi ia tidak semestinya sesuai di negara lain;
7)Hentikan kasino yang AS namakan sebagai institusi kewangan. Hentikan dana lindung nilai, terbitan dan perdagangan mata wang. Hentikan bank dari memberikan pinjaman berbilion dari wang yang tidak wujud;
8)Tandatangan Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa lain.
9)Tunjukkan rasa hormat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Dr. Mahathir, akan ada lagi desakan untuk Obama pertimbangkan dalam usaha memastikan perubahan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.
''Sekiranya beberapa perkara yang disenaraikan ini dapat dilaksanakan, kamu akan diingati sebagai pemimpin yang hebat dan AS sekali lagi akan menjadi negara yang dikagumi.
''Kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia akan dapat meruntuhkan tembok tinggi dan wayar berduri mengelilingi bangunan jika perkara itu dapat dilaksanakan,'' katanya.
Dr. Mahathir juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Obama dan berharap beliau akan menjadi Presiden AS yang hebat.

TaHun BaRu 2009...

Assalamualaikum buat semua.....
Hari ini walaupun merupakan hari yang begitu bermakna buat satu dunia namun padaku agak membosankan..huhu...tatkala menjelang tahun baru...ramai orang akan gembira walaupun ada diantaranya menangis kerana mengenangkan dosa2 pada tahun dahulu @ mengenangkan diri masih diberi peluang oleh yang Maha Kaya untuk meneruskan hidup di bumi yang fana ini hingga ke tahun ini...alhamdulillah..
Namun kenapa aku katakan hari ini membosankan???entah..mungkin kerana suasana di UMP sunyi dan kelihatan begitu lengang....dan dengan kesihatan aku yang agak terganggu sedikit akibat terkena air hujan semalam selepas pulang daripada latihan debat....
aku batuk2 sehingga kehilangan suara...wakaka...mungkin itu salah satu yang menyebabkan aku merasakan hari ini begitu membosankan....
dan apabila badan x larat semuanya jadi x kena la...sedih betul...dan ada lagi benda yang membuatkan aku lagi naik 'fening' hari nih apabila hampir semua rakan2 sekelas aku asyik bertanyakan soalan yang sama melalui skype....'suria esok ada kelas tak' almaklumla minggu nih kan baru mula sem 2...sbb itulah ramai yang was2 samaada esok ada kelas atau tak....namun aku bukanlah lecturer nak jawab kelas batal @ tak...maaf ya kawan2....aku pun tak tahu..apa pun kalau ikutkan hati rasa diri ini tak nak ja datang untuk minggu pertama untuk sesi pembelajaran...sesi pembelajaran masih belum bermula bukan seperti di universiti lain lagi yang mula sibuk mencuri segala waktu yang ada untuk membuat kelas..mungkin disebabkan UMP masih lagi sibuk menyiapkan diri apabila tiga fakulti berpindah ke bangunan baru yang terletak berhampiran perpustakaan baru...fakulti awam...fakulti bahasa dan fakulti kimia(fakulti aku...jauh...penat sangat!!huhu).....x pa la...ada hikmahnya...nampaknya suria akan menjadi semakin slim la lepas nih..ye ker???hehe...wallahualam....apa pun aku harap sangat minggu depan ada kelainan...hope semuanya berjalan lancar dan mudah buat aku....amin...

Tuesday, December 30, 2008

SeKaDaR pErkoNgSiAn KisAh LaLu...

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat,Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula,
Biarkanlah diri ini derita, agar ku tahu kepahitan derita ini,
Agar aku sedar kesengsaraan ini…tak sama bahkan hanya secebis,
Dibandingkan dengan penderitaan Rasulallah S.A.W,
Tuhan sesekali tidak mengzalimi hamba-Nya,
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri,
Cahaya kelam pahala dosa…kita berupaya memilihnya,
Walau kadang kala tersasar lantaran,
Akibat pautan nafsu
,
Namun peluang dari-Nya sentiasa ada,
Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi,
Diturunkan ad-din menghiasi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mempercantikkan pekerti,
Menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hamba,
Berjalan sebagai khalifah,
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”
Menyemai sepohon “taqwa”
Agar dapat berteduh dari kepanasan “nafsu”
Agar dapat berlindung dari angin hasutan “syaitan”
Dalam mencari keredhaan “Allah S.W.T”

marikanlah kita renung2kan bersama.....

Monday, December 29, 2008

CuTiku dipeNuhi denGan AktiViti Yg BerFaedaH...

Bismillahhirrahmanirrahim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….
Aku kembali mencoret walaupun sebelum ini sedikit menyepi kerana aku tidak sempat untuk menulis atas beberapa kekangan tertentu…..selepas sahaja royal aku pulang ke rumah untuk menyambut hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung tetapi aku hanya berkesempatan beraya hanya sehari sahaja dan keesokan harinya aku terpaksa pulang ke UMP kerana ada kem yang perlu aku sertai…kem Bpro
haha..sedikit respond ingin aku berikan,,,pada pandangan aku walaupun aku hanya pada mulanya agak acuh x acuh untuk menyertai kem tersebut namun setelah pergi…aku berasa amat gembira setelah dapat menyertai kem tersebut kerana banyak sangat ilmu2 baru yang aku x sangka dapat aku pelajari di sana…di samping ilmu kepimpinan dan bagaimana untuk menguruskan sesuatu organisasi di universiti…bagiku kem ini tidak la rugi untuk aku sertai walaupun ia telah mencuri waktu cutiku...

kami mewakili kelab orator

kak ezzah..(MPP 2009)...aku & nurza

kem ini diadakan di Dusun Eco Resort yang terletak di Bentong, Pahang…di sana juga aku dapat mengenali barisan pemimpin yang terdiri daripada pelbagai badan berorganisasi yang terdapat di UMP….


kumpln tom2 bak dengan berbesr hati mempersembhkan koir patriotik...hehe..

turut dihakimi oleh madam noorli...baik punya...

hehe..apa pun pengalaman yang aku x boleh lupakan ialah bersama-sama dengan kumpulan aku iaitu kumpulan satu@Tom2 Bak…walaupun agak kelakar bunyinya namun kumpulan kami memang sporting habis…ya..terutama sekali time kami semua ada jungle tracking..x sia2 kita menjadi group last naik namun pengalaman yang kita kutip x dapat dilupakan…terutamanya bersama pak cik petugas ‘yang siram kasut kita semua sampai basah’haha…pa pun tahniah untuk anda semua!!!Semoga kita semua dapat menjalankan tugas2 yang diberi dengan penuh dedikasi di masa hadapan…InsyaAllah..


roomate yang sempoi...d-5..hehe

aku bersama2 MT kelab kebudayaan...Kak Ainul&Abg DJ

bersama jpk kk3..

ahli2 kelab orator ump yang hadir pada hari itu....



Perjalanan aku diteruskan lagi dengan menghadiri pembukaan Asean University Game yang diadakan di Stadium Bukit Jalil..hmm..ini pertama kali aku menghadiri acara seperti itu…


ketika perasmian Sukan Universiti Asia(SUA)..di stadium bukit jalil..
namun apa yang aku ingin ucapkan…
tahniah buat pihak2 yang terbabit yang telah menjayakannya…sebelum ini aku hanya berada dirumah dan menonton di kaca televisyen..namun pada hari itu aku berada ‘life’…dengan melihat ‘mawi’ penyanyi paling terkenal dihadapan…’intan syafinaz’…’zahid’…hmm…setelah aku melihat mereka secara life baru aku faham mengapa mawi diminati ramai..
dan mengapa pula intan syafinaz mampu memberi komen yang meletup pasal vocal….hal ini kerana beliau memang mempunyai vocal yang memang aku respect…terkesima sekejap semasa beliau membuat persembahan pada malam itu…
hmm..namun itu hanya sampingan…apa yang penting…sukan kita..walaupun aku x kenal sesiapa pun yang mewakili Malaysia dalam acara sukan..namun aku ingin ucapkan selamat maju jaya…dan cubalah memberi saingan kepada negara2 yang turut bertanding..akhir sekali aku ingin berterima kasih kepada pihak terbabit kerana sudi memberi kami kesempatan untuk menghadiri dan menyertai kem Bpro 2008…

SeMuaNya BaRu....


Salam Maal Hijrah.....Maal Hijri....buat kesemua pembaca2 blog yang beragama Islam dan Happy Becoming New Year 4 everybody....sempena tahun baru ini semua orang berkobar-kobar dengan azam dan matlamat baru...biasalah...dari aku kecik sampai la aku besar begitulah rencah kehidupan manusia...tapi aku amat berharap apa pun azam dan matlamat yang telah disematkan semoga ia konsisten hingga ke akhir tahun dan dapat direalisasikan...insyaAllah...'maa taufiq wannajjah' buat aku dan semua teman2 aku.....mai kita sama-sama work 4 success....

Disebabkan tahun yang lalu sudah diganti dengan tahun yang baru disini adalah sedikit perkongsian yang ingin aku coretkan buat renungan untuk semua

Kalau mengalah tak semestinya kita kalah....kalau berdiam diri tak semestinya kita tak peduli...

Sesungguhnya persahabatan itu lebih bernilai daripada percintaan kerana tanpa persahabatan percintaan itu tidak akan wujud tetapi tanpa percintaan...persahabatan masih lagi kekal utuh..Jadi hargailah setiap persahabatan!!!

Anggaplah diri kita seperti mutiara di dasar lautan...walaupun rendah kedudukan tetapi tinggi nilainya....

Then..the best room in our life is self-improving room...

Jadi aku amat berharap kita semua ada wawasan dan target kita sendiri samaada untuk tahun baru...hidup baru....sem baru...@ apa2 sahaja yang baru...tapi jangan ingat 'past is past tense' dan 'bukan jika kita pandang belakang kita akan nampak hantu'...filem jangan pandang belakang...hehe..kadang2 kita boleh ambik iktbar daripada perkara yang sudah lepas dan pelajari sesuatu daripadanya...yang kita selalu panggil apa?haah...tu la "muhasabah diri"..pandai..hihi

Matlamat aku lebih kurang ja dari sem lepas....cuma ada sedikit kelainan sikit pada tahun ini....harapan semoga ia dapat jadi kenyataan dan ada peningkatan...apa yang penting???haah.bukan kerjasama ek tapi konsistensi....mungkin aku akan menjadi lebih matang dan cekal....kerana tahun ini usia aku akan mencecah 20 tahun...lepas nih dah x ada belas2 dah...huhu..agak la sedih..namun aku dan semua orang sedar usia memang x boleh berganjak balik..hehe...apa pun harapan lagi semoga aku dapat lagi satu nafas baru dan happy life here to be one part of umpians..hehehehe...caiyok2 sue!!

Thursday, December 4, 2008

BeRakhiR suDAh RoyaL DebatE 2008...



Salam buat semua...
nampaknya debat diraja kali ke-12 sudah pun melabuhkan tirainya semalam....
seperti bumi Malaysia dan pendebat2 sudah maklum pertemuan akhir antara UIAM dan UPM adalah pertembungan yang sangat sengit dan hebat...
semasa menyaksikan di CAC pada malam tersebut aku terasa amat teruja kerana walaupun UIAM disokong oleh 2/3 penyokong selaku tuan rumah namun UPM tetap tenang dan pandai mengawal keadaan sehingga akhirnya ketenangan dan kebijaksanaan mereka telah membawa kepada kejayaan..
tahniah buat UPM kerana usaha gigih mereka telah membuahkan hasil...sebelum pulang ke UMP sempat lagi aku menemurah dan bersembang2 dengan kak nida(akak senior seseri)...beliau banyak memberi nasihat berguna kepada aku dan ada sesuatu kata2 darinya yang amat membanggakan aku...
walaupun beliau dahulu adalah bekas pendebat di seseri yang aku hormati...namun tidak mustahil bagi sesiapa yang bukan asalnya pendebat namun dengan usaha yang gigih...maka tidak mustahil untuknya merangkul kejayaan....
aku & kak nida..upm @ seserian

sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin aku coretkan namun disebabkan ada beberapa kekangan.....setakat sini sahaja la dahulu yang mampu aku coretkan,,,insyaAllah...nantikan sambungannya yang penuh dengan seribu suka dan duka..hehe..


all ump's debaters..malay..english & arabiah

my sisters..brothers...frenzs in debate..miss this moment 4ever...insyaAllah
teammate ku yang aku hormati...thanks a lot to all of u..abg adam..jumain..shahrul..

hehe..sempat lagi aku..arney..ika berjogging kat UIAM..best!!

debat menyatukan kami semua...alhamdulillah..