Thursday, September 25, 2008
SyAwaL KemBali LaGi..
Monday, September 22, 2008
DoAku MengIrINGimu...'ANiss_MIra'
ihYa RamaDhan..
semua pelajar yg hadir khusyuk mendengar ceramah dari Utz Mohd Abdu' walaupun ramai yg sudah mula 'berzikir'
hayatilah lagu ini........
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
Dari Munsyid: ShouTul HaroQah
Berakhirlah sudah kem Ihya Ramadhan yg sangat singkat bagiku
Thursday, September 18, 2008
LeMbaRan BaRu 2...
Dengan bantuan ‘Ya A-khi’ dan senior-senior debat yang lain seperti Kak Masita, Abg Khairul, Abg Adam, Abg Fendi,Abg Jumain, Abg Yusrie dan tidak lupa juga kepada mantan debat UMP ‘Abg Azwan’ yang ‘hevoxs’ serta kawan seangkatan dengan aku iaitu Ika, Shima, Sherry, Helmi dan Q yang tidak putus-putus untuk memberi tunjuk ajar kepadaku, aku pun sedikit sebanyak dapat memahami lagi dunia debat disamping dapat mengenali sedikit sebanyak pendebat-pendebat universiti lain yang boleh aku katakan hebat dan ‘berstail’. ‘Terima kasih daun keladi, untaian kasih kekal abadi’ buat semua yang banyak menolong dan memberi sokongan kepadaku di sana.
Buat ‘Ya A-khi’ tiada kata-kata yang sesuai selain terima kasih kerana banyak menolong dan mengajarku erti sebenar perdebatan. A-khi banyak memperjelaskan realiti sebenar dunia perdebatan kepadaku disamping memberi kata-kata dorongan kepadaku sewaktu aku sudah putus asa dan tidak berkeyakinan terutamanya selepas perlawanan debat dengan UPM. Ingin saja aku menangis selepas waktu perdebatan itu kerana pesembahan aku sangat ‘lahar’. Tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat bermakna kepadaku . Walaupun lahar tapi apa yang ingin aku tekankan di sini ialah suasana ketika berada di meja perdebatan dengan duduk di kerusi semata-mata mendengar adalah sangat berbeza.
Allright…sudah habis kisah tu..kita masuk kisah lembaran yang lain pula..sekarang ingin sekali aku bercerita pengalaman-pengalaman yang aku kutip di sana selain berdebat.
Disebabkan jadual perdebatan di sini agak lengang dan keadaanku yang sudah kebosanan tahap menggunung ketika itu, aku dengan sesuka hatinya telah mengajak teman-teman sebilikku dan ‘A-khi’ untuk bersiar-siar di sekitar UPM. Pada mulanya teman-teman ku agak pelik kerana kami masing-masing tidak tahu apatah lagi biasa dengan UPM, tapi perasaanku terus memberontak untuk keluar walaupun sekejap kerana hatiku sudah tertawan dengan tasik kecil yang terletak di mini taman di sana dan juga pokok-pokok besar hijau yang mendamaikan. Alhamdulillah..hajatku akhirnya tercapai…hehe..terima kasih ‘A-khi’.
Org lain yg aku nak jumpa..org lain yg aku jumpa: terjumpa Aimi H3T2 di mini bazar UPM..dia terkesima kejap!!
A-khi, Ika, Shima & Aku gembira dengan suasana taman mini yang hijau lagi permai..hehe
Di samping itu, silaturrahim antara kami pendebat-pendebat UMP junior dan senior juga semakin rapat dan mula terjalin kukuh. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat berkenalan dengan orang-orang yang sangat peramah dan begitu baik. Apa yang dapat aku simpulkan di sini, aku sudah mula merasakan diriku sudah menjadi sebahagian daripada kelab Orator dan aku juga sudah mula membuka hati kecilku untuk menerima dunia debat menjadi sebahagian dari hidupku. Semoga perjalanan hidupku kelak direstui oleh Allah swt yang Maha Mengetahui…amin..
melakukan diskusi mengenai tajuk yg akan diperdebatkan nanti
sempat lagi bergambar ketika menunggu waktu utk berbuka puasa
pakat-pakat dok pilih sajian untuk berbuka puasa
Inilah senior debat seseriku dulu..kak nida..berjumpa pada hari akhir program
kenangan bersama pendebat-pendebat seluruh universiti yg menyertai 'PERAMAH 08'
gambar sesat ketika mahu pulang..huhu..tk dapat jumpa temanku hanya sekadar berbual di talian..
LemBaRan BaRU..
Jadi aku menggagahkan diriku untuk pergi ke sana dengan mempositifkan minda disamping membetulkan nawaitu ku supaya pemergianku ke UPM adalah tidak sia-sia. Kebetulan pula, di UMP kenalan sematrikku dulu menyambung belajar di sana dengan mengambil kos Sains Matematik. Jadi perasaan aku semakin berkobar-kobar untuk ke sana.
Pada mulanya aku agak terkejut dengan persekitaran teman-teman debat disekelilingku yang bercakap tak henti-henti sehingga aku mengalami sedikit proses adaptasi..tentu anda hairankan??hmm..aku mungkin seorang yang peramah pada pendapat sesetengah kawanku tetapi ada di suatu tempat aku boleh menjadi seorang yang sangat diam dan agak ‘blur’….contohnya di UPM..aku menjadi susah nak bergaul dan agak diam..,cuma dengan orang yang aku kenal sahaja akan aku berkomunikasi… sampai di satu tahap aku berfikir yang dunia debat ni adalah bukan duniaku…agak sedih la..tapi aku cuba mempositifkan diri ku lagi sekali…aku rasa hal ini mungkin berikutan sifatku yang akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru disamping perlu berdepan dengan pendebat-pendebat yang sangat berpengalaman yang majoritinya adalah ‘lelaki’ dan al-maklum la, aku ni sedikit pemalu untuk bergaul dengan kaum adam sebenarnya. Boleh la aku spesifikasikan diriku pada waktu itu sebagai ‘culture shock’.
Tapi selepas mengikuti program di sana aku mendapati diriku sangat bertuah kerana pada pengamatanku dunia debat adalah sebuah arena yang sangat hebat dan menakjubkan disamping para pendebat perlu peka dengan isu-isu semasa. Jadi aku dapat merasakan jika aku dapat memberi komitmen yang sebaiknya terhadap dunia debat maka ia serba sedkit akan dapat mengubah diriku menjadi insan yang lebih petah untuk berbicara dan berkeyakinan..insyaAllah..amin… pemandangan sekitar UPM(cantik dan menenangkan)
Friday, September 5, 2008
AhLaN-AhLaN Ya RamaDhaN..
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, aku terasa terpanggil untuk berkongsi peringatan bersama-sama dengan anda semua. Memandangkan kita semua sudah seharian menahan diri dari hawa nafsu daripada makan dan minum dengan sengaja serta daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa….maka tidak dapat dinafikan waktu berbuka puasalah merupakan waktu untuk kita melepaskan segala kepenatan serta untuk mengisi semula uncang-uncang perut yang telah seharian turut berpuasa
Tetapi ingatlah berpada-padalah kita ketika berbuka puasa kerana Allah telah berfirman : sesungguhnya orang yang boros (suka membazir) itu adalah saudara syaitan..(al-Israk:27)
Tambahan pula, dalam bab makan pula Allah s.w.t telah memberikan peringatan dalam firmanNya : “ Dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas “ (al-A’raf:31)
Oleh itu molek lah kita berfikir dengan bijak dahulu sebelum membeli sesuatu untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku. ‘ Tepuk Dada Tanyalah Minda’
Thursday, September 4, 2008
ReNUngaN..
Monday, September 1, 2008
1st Of HisTorY
Satu sejarah buat ku ari ini…kenapa?? 1 September 2008 merupakan hari pertama dalam bulan September…jatuh pada hari Isnin minggu pertama bulan 9…merupakan juga hari pertama semua umat Islam berpuasa dan juga merupakan satu sejarah bagiku untuk pertama-tama kalinya dalam hidupku menjadi ‘Mak Cik Cleaner’…hehe..kerja ini dilakukan beramai-ramai bersama jpk kk3 untuk mengemas setiap blok masing2..aktiviti ini dijalankan pada pukul 7 a.m ..
Kami bersama-sama membersihkan sampah2 yang terdapat dalam tong sampah. Ketika dan waktu itulah kami menyedari bahawa kami amat dan sesangat memerlukan bantuan Mak Cik Cleaner. Sesungguhnya kerja yang dilakukan mereka setiap hari adalah sangat susah dan begitu memenatkan ditambah dengan situasi kami yang berpuasa. Ia begitu mencabar keimanan ku. Tetapi sebelum ku memulakan amanah yang diberikan, aku telah mengingatkan hatiku supaya buat lah kerja itu dengan hati yang ikhlas dan berjuanglah ia kerana Allah ‘Fisabilillah’ Semua kepenatan itu hanya dapat diceritakan oleh kami setelah mengalaminya sendiri.
letih melihat deretan tong sampah..huh..
gembira dengan company ‘tong sampah’
‘Fisabillillah’
Pantang nampak kamera mesti nak posing…hehe..
Walaupun diri sudah sesangat la penat kerana terpaksa menurunkan semua sampah dan tong sampah dari setiap aras ditambah lagi dengan melakukan proses pencucian lantai pada setiap tangga dan pembahagian plastik sampah bagi setiap aras yang hanya dilakukan oleh 3 orang sahaja…tetapi semua itu terubat kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Terima kasih ‘Adekku n Jia’. Tapi apa yang paling membuatkan kepenatan kami hilang begitu sahaja ialah kami selalu melakukan lawak bodoh supaya kami tidak terlalu memikirkan keletihan itu..yang penting ‘Fisabilillah’..itulah trade mark kami pada hari itu..
PengAlaMan YanG MemBeri SerIBu KeinsaFan..
Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 28 Ogos aku telah menjadi fasilitator kembara Al-Quds di bawah ‘Kelab Penyayang UMP’. Matlamat utama kembara ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuka minda para pelajar mengenai keadaan sebenar terhadap apa yang terjadi kepada negara2 timur tengah yang hebat diperkatakan hebat berlakunya peperangan dan penindasan pihak zionis terhadap Negara Islam. Kami mengembara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai pada pukul 1.15 p.m. Ini adalah pengalaman pertamaku untuk menjadi fc bagi pelajar2 sekolah menengah. Hatiku agak berdebar juga la ketika itu tetapi aku telan sahaja apa yang ada di depan ku dengan penuh keikhlasan. Aku dan teman sekelasku iaitu ‘Dilla’ mengetuai satu kumpulan pelajar yg terdiri daripada 8 org pelajar. 2 drpnya adalah pelajar tingkatan 4 dan selebihnya adalah pelajar tingkatan 5.
Selepas melakukan sesi perkenalan secara ‘zip zap’iaitu sama dengan apa yang kami praktikan dalam raksi dulu, jadi aku bersama temanku Aidilla memulakan modul pertama kami iaitu ‘Aktiviti Barang Kesayangan’. Aku cuba mengayat adik2 pelajar supaya melukis atau melakar sesuatu benda atau barang yg mereka paling suka dan sayang di muka bumi ini. Aku dapat melihat kesungguhan mereka untuk berusaha melukis barang atau benda kesayangan mereka dengan hati yang ikhlas kerana aku telah berpesan kepada mereka supaya ikhlaskan hati adik2 sebelum memulakan aktiviti ini walaupun sebenarnya mereka bukanlah seorang pelukis yang hebat pun. Selepas siap mereka melukis, aku dan temanku mengumpul barang2 kesayangan adik2 tadi dan dengan sesuka hati... kami telah mengoyak2 dan meremuk2 kertas tadi menjadi cebisan kecil di depan adik2 td dengan penuh emosi. Aku dapat melihat di mata mereka mutiara2 jernih jatuh berguguran membasahi pipi walaupun ada diantara mereka adalah pelajar lelaki. Aku dapat mengerti perasaan mereka. Hati mereka penuh dengan perasaan marah, benci dan dendam yang boleh diibaratkan seperti dirobek oleh pisau yang tajam dengan melihat perbuatan kami. Tetapi aku hiraukan saja dan cuba pulak untuk melihat apa tindakan mereka seterusnya..tetapi walau pun begitu tiada seorg pun yang bangun dan melawan tindakan kami. Mereka hanya tunduk dan menangis. Sebenarnya, mereka takut untuk melawan sebab kami adalah fc mereka…haha… Tapi tak apa sbb misi kami telah tercapai iaitu untuk membuatkan mereka sedar betapa pentingnya mereka menghargai orang2 yang mereka sayang terutamanya ibu bapa mereka. Bayangkan saban hari anak2 di palestin hidup sebatang kara tanpa ibu bapa kerana ibu bapa mereka dibunuh dengan kejam oleh pihak zionis tanpa sebarang belas ehsan sebagai seorg manusia. MasyaAllah!!
Aku dan Aidilla selepas selesai menjalankan tanggungjawab kami..
Walaupun ini adalah pertama kali aku menjadi fc tetapi aku dapat menyatakan bahawa aku dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Adik2 pelajar amat gembira dengan kami dan mereka berjanji untuk berusaha menjadi manusia yang berguna dan akan lebih menghargai orang2 yang mereka sayangi. Aku gembira kerana apa yang kami lakukan mendapat impak yang lebih besar dihati adik2 pelajar. Di samping itu, aku menambahkan lagi keinsafan adik2 pelajar dengan menayangkan video bagaimana seorang ibu ingin melahirkan anak dengan cara pembedahan yang aku perolehi daripada ' Ya A-khi'. Padaku, pengalaman ini disamping memberi pededahan dan keinsafan pada adik2 ia juga memberi seribu keinsafan kepada aku. Betapa perlunya aku menghargai ayahandaku dan bondaku serta kaum keluargaku sendiri yang berada jauh nun di utara…huhu…rindu awak semua!!! Oleh itu aku berharap anda semua jugak dapat menghargai barang2 atau benda yang anda sayang di muka bumi ini!!!
Erti dan RealiTi HiduP yaNg SebenaR..
Di sana, aku telah menjadi ketua kumpulan dan nama kumpulan kami ialah ‘BB2’ iaitu ‘Budak Baik 2’..kenape 2?sbb kami adalah group ke-2. Sampainya kami disana, kami telah disambut dengan baik oleh “Komander Yussof” yg telah diberi kuasa oleh pihak penyelaras UMP iaitu “Encik Jamal” untuk memimpin kami di sana. Kami telah mendaki sebanyak 3 buah bukit pada hari pertama kami. Tidak aku sangka cempedak jadi nangka aku mampu melakukannya..Alhamdulillah ku rafakkan ke hadrat Allah s.w.t. Aku fikir aku adalah juara pada hari itu..hehe..pada malam harinya pulak aku mengetuai sekali lagi kumpulanku mendaki bukit yg lebih mencabar kerana ia dilakukan pada waktu malam hari yang hanya dibekalkan satu lampu suluh, satu peta, satu kompas dan tanpa pengiring. Aktiviti ini dijalankan hanya bermatlamatkan satu visi iaitu untuk mencari “Osama Laden”…kami meredah hutan yg gelap dengan berserah sepenuh hati kepada MAha PenciPta. Aku ghasa pengalamanku pada malam itu amat menyedarkan aku betapa rendahnya aku di depan yang Maha Esa dan betulah dengan ape yang orang selalu cakap bila susah baru ingat Allah tapi bukan aku nak kata aku tak ingat Allah pada hari2 biasa tetapi aku dapat merasakan keimanan aku makin bertambah terhadapnya malam itu. Kami dilepaskan pada pukul 11.30 malam. Sebelum kami berlepas aku mengetuai bacaan doa memohon supaya perjalanan kami dirahmati oleh-Nya. Aku senantiasa berpesan kepada rakan2 ku supaya berhati-hati dan membetulkan ‘nawaitu’ masing2 supaya tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. 1 jam kemudian kami selamat sampai ke tempat ‘Osama Laden’ setelah mengharungi bukit yg gelap gelita yang hanya bercahayakan satu lampu suluh dan cahaya bintang2 di langit. ‘sungguh mencabar sekali bagiku seorang perempuan’bolehkah anda bayangkan kami berjalan di atas bukit yang kiri dan kanannya ada curam2 yang tinggi dengan keadaan yang gelap gelita sekali. Disitulah peranan ku sebagai ketua kumpulan untuk memastikan ahli2 kumpulanku tidak menghadapi sebarang masalah. Sepanjang perjalanan kami, aku dan rakan2ku yang lain tidak putus2 membaca ayat2 suci Al-Quran dan zikir sebagai pengiring bersama walaupun dalam kumpulan kami ada pelajar non muslim tetapi aku meminta dia berdoa pada Tuhannya jugak.
Kami agak gembira kerana dapat mencari tempat yg hendak ditujui dengan selamat. Kami memulakan proses menggeledah rumah usang itu dengan berhati-hati. Bagiku rumah itu amat menggerunkan kerana disana kami dapat menemui botol2 arak yg pecah, kertas2 judi yang bertaburan, tabung2 uji makmal yg pecah, meja2 yang berkelimpangan dan yg paling mengujakan aku ialah dapat melihat ‘calendar’ tahun 1987 yg masih tergantung elok lagi didinding. Kami bertungkus lumus berusaha mencari hadiah dari Osama yang merupakan ‘sebatang buluh’. Tanpa kami sedari kami telah berada disitu selam 3 jam setengah. Penat bercampur dengan putus asa telah menjadi inti pati pada waktu itu. Sekali lagi peranan ku sebagai ketua diperlukan kerana separuh dari rakan2 ku telah berputus asa. Jadi dengan melihat ahli2 kumpulan aku yang sudah letih dan tidak terdaya untuk meneruskan aktiviti ini, aku pun mengambil keputusan untuk turun dan kembali semula ke tempat permulaan kami. Tetapi disana, Encik Jamal bertanya kepada aku adakah aku ingin meneruskan lagi aktiviti ini kerana ia melibatkan markah kami semua?? Perasaan aku bercampur aduk kerana 4 org rakan2 ku menghidap gasterik. Jadi aku mengambil keputusan untuk meneruskan kembali misi kami dengan meninggalkan rakan2 ku yg sakit di tapak kem dan 8 org dari kami mula membetulkan nawaitu kami kembali bahawa walau apa pun kami mesti mendapatkan buluh itu. Kami mendaki semula bukit tetapi dengan menggunakan jalan pintas untuk menjimatkan masa perjalanan. Dengan berbekalkan lampu suluh yg hanya nyawa2 ikan kami berusaha untuk mendapatkannya. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kami diberi lampu suluh yang baru kerana lampu suluh yg kami gunakan sudah kehabisan bateri. Alhamdulillah, akhirnya kami telah menjumpai ‘Osama Laden’ itu. Aku melompat dan berpelukan dengan rakan2 ku kerana terlalu gembira dan merasakan pengorbanan kami adalah tidak sia-sia.
Kami pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan kerana ‘kepuasan hidup adalah perjuangan…kepuasan perjuangan adalah kemenangan’. Encik Jamal dan staf2 yang ada disitu amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh kami. Walaupun kami bukanlah kumpulan yang pertama sampai tetapi merupakan kumpulan perempuan yang terakhir sampai. Kami akhiri aktiviti malam itu lebih kurang pada pukul 5 pagi.
Banyak benda yg aku perolehi dari kem ini disamping dapat berkenalan dengan kawan2 baru iaitu kenangan bersama kumpulan ‘BB’ dan juga dapat belajar banyak perkara mengenai ‘independent’ daripada Encik Jamal dan Encik Yussof khususnya. Terima kasih semua..
bergambar bersama-sama dengan staf2 UMP n komander Yusoff
minum ais kacang sambil tunggu bas..