Monday, November 9, 2009
Saturday, November 7, 2009
perpustakaan....
aku suka study kat dalam library...
entah la...
pada aku walaupun jauh jugak berjalan kaki....
tapi aku x kisah sbb walaupun aku letih n berpeluh melawan sinaran mentari terik....
tapi bila masuk dalam library sejuk macam kutub utara...
tapi aku tetap suka p library...
sbb bila aku rasa sikit penat mean kesusahan tu..
aku jadi makin bersemangat belajar sbb aku pk aku dah penat ke sana...takkan nak tidor kot...
mungkin sbb tu kot aku suka p sana....
then aku suka jugak tengok org study...
bukan nak usha ka apa..
tapi aura diowng study tu boleh sampai kat aku jugak....hehehe...
so minggu study week and exam...
aku akan sentiasa p library utk study...insya-Allah
skang pun baru ja balik...
saja nak coret skit2..nak hilagkan penat...hehehehe...
Friday, November 6, 2009
kampungku...
semalam baru habis satu paper final...
tetiba hari nih cam rindu kampung ja...
rindu rumah yg dikelilingi bendang...
rindu dgan suasana angin petang macam org cakap angin tiup mcam sepoi2 bahasa...
rindu nak naik motor...bukan nak merempit..jauh sekali...
tapi klu dok kg klu naik motor petang2 jalan2 kat bendang best sangat...
entah la...tapi aku lebih suka dok kg lagi walaupun jauh dari pusat membeli belah..tapi ketenangan yg ada tu satu nikmat la..
masa ghaya hari tu....aku ada p umah mak cik aku...dia ada crita adala cucu jiran dia balik kg utk beraya...dia org KL...then...yg lawaknya...cucu dia kejar ayam yg atuk dia bela dari ke pagi sampai petang...pastu dia duduk kat atas tanah sampai ke malam..dia main tanah...dia kata kat KL ada simen ja..sbb dok kat umah flat..tinggi plak tu...aku gelak ja..aku rasa ayam tu pasti dok menyumpah ja..penat dikejar budak tu tiap2 hari....hahahaha....
then satu lagi nikmat yg aku suka la...tyme aku pegi bendang akak aku...x jauh ngan umah aku...sbb dah lama x masuk bendang...aku pun cuba la msuk..tolong dia tanam pokok padi...org kedah cakap menyemai padi la...aku tolong skit ja...saja nak try...hehehe...almaklum la...asyik dok mengadap buku ja...hehehehe...cuba2 la nak rasa camna...takkan dok kedah x biasa kot...x mau jadi anak kedah celup...hehehehe
maaf aksi x bapa sopan..hehehe..saja nak kongsi pengalaman..hehehehe...
Saturday, September 5, 2009
KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS
Assalamualaikum, Untuk diketahui. Oleh Dr. M. Anjad Khan Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Thursday, July 30, 2009
jom kita cegah influenza H1N1@selsema _ _ _
jom kita pakat p memanah...
Tuesday, July 28, 2009
seminggu berada di bumi tronoh...
Wednesday, July 8, 2009
shahrul tag-tpi aku lmbt jawab..sorry..bz!!
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
cerita??..hehehe..dia nih aku jumpa kat tepi jalan ja..hehehe..tak la..aku jumpa kat kelab orator masa mula2 nak masuk debat...dia ngan aku adalah teammate waktu first tournament yg aku join...royal-08...dulu dia selalu buat aku nangis...nak tau sbb apa??sbb mulut dia macam lazer skit...hahaha....dia nih cakap straight ja....x ada bengkok2...tapi dia pun sensitive gak...aku tau..tapi sebenarnya ada hikamahnya..skang aku dah immune dah ngan dia...mean-dah x nangis dah..dah boleh caras dia balik..hahaha...terima kasih shahrul!!
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1)selalu mengamalkan dasar jangan meninggi diri walaupun kita lebih atau kurang dari org lain sbb yakin dan percaya.,..setiap org ada kelebihan masing2 dan hidup nih macam hukum karma..
2)suka jalan2 n shopping klu ada duit-selalu kena marah ngn mak..huhuhu
3)sangat suka chocolate n mencuba makanan best...sbb tu berat aku..hmmmmm...hehehe
4)suka belajar dari kejayaan org sebagai pembakar semangat
5)sangat x reti menyanyi dan susah giler nak ingat lagu-fail
6)suka dengar org nyanyi sbb kagum dengan suara-satu kurniaan yg agung
7)nak kawan ngan semua org..semua kaum...sbb kat situ boleh tau serba sikit kehidupan diowng...
8)tembam...makin berisi..sbb berlaku pertumbuhan.hahaha
9)nak makan spageti atas flight lagi...insyaAllah..skang kan influenza A H1N1
10)nak enjoy dalam semua aspek kehidupan..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog..tapi nak letak 7..hehe
1)adnor alhaimi-amyville-97
2)nurul aidilla
3)nur zalika zaini
4)helmi-heliumboy
5)haziatun
6)suharti
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"
malam bersama junior debat baru-09
dah update dah...
Saturday, June 13, 2009
rezeki ada dimana-mana.....kini aku berada di UNIMAS
kiranya dah lama aku sudah tidak mengupdate blog aku...
makin lama aku menjadi makin malas...tidak senafsu mula2 aku membuat blog...
tapi tak apa..aku akan cuba berkongsi cerita hidupku di dalam blog ini kembali...hehehe
alhamdulillah ku panjatkan kepada Yang Maha Esa...
aku di beri peluang pergi ke UNIMAS....
kali ini aku bersama-sama team UMP pergi ke sana atas tiket pertandingan DEBAT PERPADUAN...sebenarnya tipu la klu aku katakan jika aku x gembira pergi ke sana...
salah satu sebab yg terpenting ialah naik 'flight'...seumur hidup aku x pernah naik 'flight' lagi...
almaklum la..duduk kat semenanjung ja...mana la berpeluang naik flight lagi...klu nak p mekah buat haji pun x tau bila lagi..nak belajar kat oversea family x bagi...nak melancong ngan family???hmm..t la bila aku dah kerja....so peluang keemasan ini amat menarik la buat akunih aku masa kat air-port masa dah ada kat dalam 'flight'....dok sebelah Jumain
dan yang ke dua....aku dah berjanji ngan asfa...kalau berpeluang aku dapat pegi UNIMAS...dia nak bawak aku pusing sarawak...hehehe...mulut dia masin jugak...dapat aku sampai ke sarawak bumi kenyalang ni...
first sekali...aku risau jugak la sbb aku jer sorang pempuan kat dalam team nih yg pegi..yg lagi 5 semuanya lelaki...tapi alhamdulillah..semuanya baik2 belaka...walaupun muka korang nih ada macam2 jenis...hai nak cakap pun x sanggup....tapi statement dalam van tuer paling kelakar..."klu hisap rokok bukan perogol tak apa"....adui..hahaha...by the way..thanks U allz...hehehe...hahaha..kami sampai kat sarawak kul 10.30 am..2 jam sahaja perjalanan...hmm..aku sebenarnya takut pada ketinggian...masa flight dah start naik..rasa takut sangat...giler2 punya la...Allah ja tau tyme tu....nak ja aku bukak yassin tyme tuer tapi sebelah aku orang cina la plak kan..so control n selawat ja la...sepanjang kat dalam flight tuer..flight asyik goyang2 ja..adui..bagi yg first tyme cam aku nih cam risau gak la...tapi bila tengok jumain relax ja..aku pun jadi relax la..thanks jumain...hehehe...tapi best la....pengalaman dalam hidup..then bila dah sampai..aku kena jadi pegawai pengiring UMP...mula2 ingat dia tak asingkan aku ngan diowng...tapi semua pegawai pengiring n hakim duduk kat hotel...luar UNIMAS...sure la aku tak nak...aku bukan apa...aku rasa cam terpisah jauh ngan bebudak tuer la plak...then x boleh nak ngam dengan pegawai2 dari U lain...rasa double standard la plak...
so aku x kisah...aku cakap ja ngan urusetia dia yg aku nak menginap ngan budak2 debat lain...sbb aku datang sini nak belajar n mantapkan lagi debat aku...so alhamdulillah aku dapat...aku pun disokong oleh puan rozita dari UMT...thanks puan....kelam kabut jugak la diowng tapi jap jer...sorry korang semua...
Hehehe...nih yang paling kelakar...disebbkan semalam aku x cukup tidor....dengan perjalann yg amat penat dan x rehat pun petang tuer...so aku pun pengsan la dalam bilikku..sorang2 la plak...klu masa kat debat lain aku selalunya duduk ngan kawan la...kak mas..kak nadia..ka...yg kesiannya...aku silent enset plakkan...kesian bebudak tuer risaukan aku sbb x dapat contact aku..adui...maaf sangat...memang dah x sedar diri...
Wednesday, May 6, 2009
usul debat integriti '09
1Harga barang tanggungjawab peniaga
2Wawasan 2020 sukar dicapai
3Isu rasuah: NGO lepas tangan
4Mengatasi jenayah kolar putih: kita tidak bersatu
5PIN: Kita masih kabur
6Rasuah di Malaysia di tahap membimbangkan
7Ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
8Sektor swasta : keuntungan mengatasi integriti
9Politik Malaysia tidak telus
10Politik wang masih relevan
11Demokrasi di Malaysia semakin subur
12Integriti: Penyelesaian kepada krisis ekonomi
13Sistem pengurusan di Malaysia sudah cekap
14Politik wang: beri salah tak beri kalah
15Kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
16Youtube menjejaskan integriti
17Undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
18Pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
19Malaysia perlukan indeks rasuahnya sendiri
20Budaya “blogging” membentuk budaya tidak berintegriti
21Siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
22TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
23Insentif yang lebih menjanjikan penjawat awam yang lebih progressif
24Amalan tadbir urus korporat menjamin kecemerlangan ekonomi
25Warga tua di malaysia terabai
26Kerenah birokrasi punca amalan salah guna kuasa
27Pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
penyampaian khidmat awam
28Piagam pelanggan adalah mitos atau realiti
29ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30Etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31Negara maju, remaja berintegriti
32Peranan masyarakat boleh menyelesaikan jenayah rasuah
33Rasuah di malaysia: sejauh mana kejayaannya
34Sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35Program penerapan modal insan telah berjaya
36Peguam di malaysia amalkan integriti
37Politik stabil kerana integriti
38Sistem penghakiman kita sudah telus
39Penyelesaian rasuah terletak di tangan masyarakat
Gejala Rasuah :
Rasuah Menurut Islam
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
|
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
|
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
|
4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
|
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
|
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
|
7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan |
Wednesday, April 29, 2009
AkhiRnya..Final Dah Habis...
Walaupun dah tahu....
Tapi penantian sudah pun berakhir.....
Penantian untukku pulang ke rumahku...
Kangan rasanya hati kecilku mahu pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta....
Ya Allah selamatkanlah perjalananku nanti.....
Walau pada asalnya.....
Aku tidak dapat pulang ke rumah....
Memandangkan permohonanku untuk menjadi fasilitator MINDS'09 berjaya....
Jadi perlulah aku menghadiri kem Pra-MINDS bermula 1-4 Mei...
Ditambah pula...
Pada 2-4 Mei pula ada bengkel bagi expoconvo'09...
Adui....
Macam mana ni????semuanya clash...
Then....6-9 Mei pula ada kem debat UMP...
Jadi bila pula untuk aku balik rumah??
Jadi...
Pada minggu final exam...setelah berfikir panjang....
aku mengambil keputusan untuk menolak menghadiri bengkel dan kem tersebut..
Kerana apa???
kerana aku tidak tahan melihat kesayuan wajah ibuku yang rindu akan anaknya ini...
seperti mana aku merindui keluargaku....
maka..sebagai anak....tidak akan sesekali aku akan mementingkan diri sendiri....
Jadi tidak ada sesiapa dapat memujuk aku untuk tidak balik hanya kerana untuk menyertainya...
Keputusan hanya diantara aku dan Dia....
Dia tahu apa yang terbaik untukku...
Muktamad!!!!
Friday, April 24, 2009
sepetang bersama....mengukir kenangan...
hari ini..hari JUMAAT...
sebanyak 3 buah fakulti sudah menghabiskan final exam mereka....
dan hari ini juga kebanyakan mereka sudah pun pulang ke kampung masing2...
begitu juga dengan salah seorang teman sebilikku...dia pun bakal akan pulang..
jadi pada hari ini...
aku mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar di pantai Teluk Cempedak bersama mereka buat kali terakhir untuk sem ini....
sem depan aku sudah berpindah bilik dah sudah tidak bersama mereka lagi...huhuhu...
jadi.....
sepetang bersama-sama dengan teman sebilikku.....
menghabiskan sisa yang ada bersama-sama...
adalah sesuatu yang indah dan akan ku tambahkan dalam galeri kenangan buatku....
asfa jadi driver....fahna assistant.....eja tetamu kami...dan aku...apa ek???entahla..penyibuk kot...hehehe
almaklum la bertolak dalam pukul 12.30 tghari....
selepas ja aku habis test analytical chemistry yang agak susah tu...huhuhu...
mesti la belum makan...jadi sampainya di sana...kami pun solat then makan beralaskan pepasir putih...dengan view yang menarik...lagi la best!!!
tapi cuma bertiga ja yang dapat bersama...
biar aku kenalkan...
yang baju hijau tu aku...hehe...
yang baju hitam tu wan nur farhana...panggil farhana....
then yang kat tengah2 tu namanya hasfaresah...panggil asfa...
mesti ada ja gaya...hehehe...
apa pun..thanks to you all...
akan ku ingat segala pesanan korang terhadapku...terutamanya farhana la...
klu dia pesan...macam akak aku kat rumah...
tapi asfa ngan farhana memang akak aku pun...
mereka tua setahun dari aku...
tapi nampak seusia ja ngan aku...hehehe
so...please forgive me if i do anything wrong...
i wish a very good luck n always happy with ur life...
daaaaaaa......
lalalalala......
kerana mu mee kari cendawan.....
keranamu mee kari cendawan....
aku dan rakan2 sebilikku sanggup berbasikal pergi ke sana untuku menikmatimu...hahaha..
kedai makan ini hanya terletak kira2 500 meter sahaja daripada UMP....
walaupun minggu ni adalah minggu exam...
tapi dek kerana ingin melepaskan stress selepas menjawab paper engineering mechanics....
aku memaksa teman2ku ke sana....
gigih!!!!
tapi sangat best.....hehehe...
lagi mengkagumkan.....
walaupun aku mempunyai lesen motorsikal dan teman2ku mempunyai lesen kereta...
namun kami memilih basikal sebagai alternatif terbaik untuk ke sana...
walaupun penat....tapi berbaloi...
cubalah ek!!!
Thursday, April 16, 2009
Hai dah nak exam dah...nak habis dah sem 2!!
dah lama dah aku x update blog ni....
tapi sekarang...inilah perasaan aku minggu ni...
sangat pening....stress...
almaklumla minggu study week....
semoga aku dan rakan2 dapat buat terbaik pada final ExaM t..insyaAllah...
mataufiqwannajjah.....
Saturday, April 4, 2009
k-saintis'09
Sempena mengangkat tema k-sainstis II pada tahun ini iaitu
Kecemerlangan Sains & Teknologi
Pemangkin Ummah....
Jadi dengan mengadaptasikan hiburan nasyid sebagai salah satu medium berdakwah...
K-saintis II pada tahun ini membawakan khas kumpulan nasyid terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Rabbani
kepada warga UMP dan juga tetamu2 yg dijemput khas daripada luar UMP....
gambar ni masa interview utz Asri & utz Azdan...
sporting habis..tapi utz Asri x berapa sihat....
Wednesday, April 1, 2009
Pengalaman dikejar monyet dan konco-konconya.....
selepas itu, kami pergi baiki printer aku yang mengalami sedikit komplikasi...
sambil menunggu untuk siap...
jadi kami pun pergi ke Pantai Teluk Cempedak...
sambil-sambil nak makan angin di sana...tetiba...
ketua kepada monyet dan konco-konconya sudah menanti kami....
x friendly langsung..huhuhu...
aku ingat monyet2 tu baik...
masa sampai ja kami di jambatan tu...semua monyet2 tu turun dan kejar kami sampai ke tepi pantai...
sebab kami tengah makan buah masa tu...
mungkin monyet2 tu lapar sangat kot...
agak kecut perut juga la...huhuhu...lepas habis makan aku tekad
untuk harungi monyet2 itu...
hehehe...takut2 berani....tapi akhirnya kami berjaya...hehehe
alhamdulillah....
kedua-dua kami sebenarnya sama-sama suka lihat keindahan pantai.... kebiruan air laut, deruan ombak memukau hati kami sehinggakan kami sanggup harungi monyet2 yang tidak berapa senang dengan kehadiran kami...
Monday, March 30, 2009
Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April....
KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.
"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.
Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.
kem pemantapan ruhiyyah'09
Pada hari jumaat yang lepas....aku mengambil kesempatan untuk menyertai perkhemahan....
Walaupun pada mulanya berlaku banyak halangan dan sedikit komplikasi...
namun jika itu sudah takdir-Nya....
tertulis qoda' dan qodar-Nya....
akhirnya aku dapat menghabiskan masa hujung minggu ku disana...
Alhamdulillah...
Tuesday, March 24, 2009
nak makan sedap2 boleh??
Lepas kelas thermo tadi aku sangat lapar....kelemahan aku jika dah lapar susah nak study....hehehe....alasan kan????tapi betul!!!jadi tadi untuk hilangkan lapar aku pun bergerak-gerak la pergi cari makanan untuk mengisi perut yang kosong....namun nasi juga yang membuatkan aku kenyang....alhamdulillah...nasib baik ada hamba Allah ni yang baik hati memberi aku makan....hehehehe...akhirnya dah berhenti merungut....dan sudah boleh sambung belajar kembali.....hehehe
presentation week....
Saturday, March 14, 2009
konsep sabar menurut Islam
Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu
keadaan yang tidak disenangi oleh manusia
serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.
diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika
berperang menghadapi musuh atau
berjuang menjalankan dakwah Islam
kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu
menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau
ujian penderitaan seperti Allah memberi
ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam
kehidupan seperti pendapatan yang
semakin berkurangan, tanggungan yang
semakin ramai dan harta benda hilang
dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan
supaya berwaspada menggunakan
kesenangan yang ada untuk dibelanjakan
pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang
diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan
Ramadan dan kesabaran meninggalkan
segala amalan yang diharamkan oleh
Allah seperti memfitnah dan mengumpat
orang lain.....
seseorang Islam dan masyarakat Islam.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam
menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan
diri yang berterusan dan tidak mudah
putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha
untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah
kerana mereka mengetahui bahawa
Allah SWT ialah:
i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa
kerana dia menginsafi bahawa semua
yang berlaku adalah daripada ketentuan
Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan
reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu
masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.
Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan syariat Islam ketika
menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa
ke atas takdir dan ketentuan Allah yang
diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah
SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan
yang pernah dilakukan pada masa
lalu....
Dua sebab Allah menurunkan
pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar
ikhlas beriman kepada Allah dan
bagi memastikan golongan yang purapura
beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah di dalam mencipta
alam ini.
cara yang berbeza dilakukan oleh
orang beriman dengan orang yang kufur.
Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman
ketika menjalani ujian Allah ialah.....
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang
dan tabah.
Tindakan yang dilakukan oleh orang yang
kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:
i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan
menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah
kerana mereka berpendapat Allah tidak
menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan
kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya
dapat diselesaikan dengan apa
cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah
musnah dan kehidupannya tidak berguna
lagi....
malam penghayatan maulidurRasul 2009/1430H
Friday, March 13, 2009
majlis penutupan pecima'09
Tuesday, March 3, 2009
Friday, February 20, 2009
BluR
Sunday, February 15, 2009
i Have Been Tagged by 'CikGu'
1) Anda rasa anda hot??
Untuk jawab soalan ini...jika ya dia adalah org yang perasan..haha...then untuk tidak dia adalah org yg tak menghargai dirinya....kerana apa aku cakap camni???sbb padaku setiap orang Allah jadikan ada kelebihan masing2...maka jika dia menggunakan kelebihannya ke jalan yang sebaiknya maka dia dengan sendirinya akan terhot sendiri...hehe
3) Keistimewaan gambar2 ini
KepuTusaN DebaT NC UMP 2009
Kebudayaan
perdana menteri - Jumain Mapplati
timbalan perdana menteri - Iqram
dan saudara jumain sebagai pendebat akhir final..